Sunday, July 28, 2013

Tragedi Mesir : Siapa Firaun Baru?


Hari ke 20 ramadhan , genap 28 hari tragedi rampasan kuasa di Mesir yang menggulingkan Presiden Dr Mohammad Morsi..

Keadaan bertambah buruk.. Belum ada tanda-tanda keadaan negara akan pulih..

130 nyawa yang melayang dengan ratusan lagi yang cedera. Majoritinya adalah dikalangan penyokong 
Morsi yang masih setia berkampung di Nasr city dalam keadaan mengerjakan ibadat puasa dan tarawih di sana.

Hari ini pihak berkuasa Mesir yang terdiri daripada Presiden sementara, Perdana mentari dan orang yang paling berkuasa, Janeral Abdul Fattah Al-Sisi telah mengumumkan akan agar penyokong Morsi segera menghentikan keganasan dan menjauhi unsur-unsur terrorist yang dikatakan ‘bersembunyi’ dalam protest mereka sebelum diambil tindakan.

Kenyataan ini dilihat sebagai ugutan terakhir sebelum mengambil tindakan yang lebih agrasif.

Sepanjang tempoh ini, kedua-dua kumpulan dan penentang Morsi melabelkan pemimpin lawan sabagai Firaun.

Penyokong Morsi menuduh Al-Sisi adalah Firaun..

Penentang Morsi pula menuduh Morsi adalah Firaun.

Siapa Firaun sebenarnya?

Al-Quran dan Dialog Firaun
Al-Quran menyingkap kisah Firaun dan Nabi Allah Musa a.s dalam beberapa surah. Antaranya Syuara’, 
Toha dan Al-Ghafir. Terdapat perbezaan ulama dan sejarawan berkenaan siapakah yang dimaksudkan dengan Firaun pada zaman tersebut. Ini kerana Firaun adalah gelaran Raja Mesir purba. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa beliau adalah Ramses 2 yang kini jasad beliau disemadikan dalam piramid.
Ramses 2 yang dikatakan Firaun pada zaman Nabi Musa a.s.

Walaubagaimanapun Al-Quran tidak memberikan petunjuk yang jelas dalam masalah ini sekaligus membuka peluang kepada kajian manusia itu sendiri. Namun apa penting, cukup bagi kita mengambil ‘ibrah daripada kisah manusia yang paling toghut, angkuh dan kafur ini.

Kisah Firaun dan Musa a.s. sebenarnya jika diteliti tidak hanya terhad dengan kisah pertembungan antara ahli sihir beliau dan Nabi Musa a.s. sahaja. Begitu juga peristiwa Firaun dan bala tenteranya ditelan Laut Merah setelah mengejar Musa a.s. Kedua-dua peristiwa ini diketahui oleh semua pihak hatta dikalangan penganut Yahudi dan Kristian.

Namun apa yang membezakan kisah manusia yang paling baik dan paling jahat ini dalam Al-Quran berbeza daripada kitab-kitab agama lain, Al-Quran merakamkan banyak dialog-dialog yang diungkapkan oleh Firaun untuk di’tadabbur’kan oleh pembacanya.

Hakikatnya, Firaun tidak terus menggunakan kekerasan. Beliau pada awalnya memberi peluang kepada Musa a.s. untuk menjelaskan apa yang ingin disampaikan walaupun dalam masa yang sama memperlekehkan baginda s.a.w. .
‘Menghadkan’ kebenaran
Setelah  melihat satu demi satu hujjah Nabi Musa a.s berjaya menafikan ketuhanan beliau, Firaun menyedari kesannya terhadap kaum beliau, lantas risau cuba meyakinkan rakyatnya bahawa ‘kebenaran’ hanya daripada beliau. Kata Firaun:

مَا أُرِيكُمْ إِلَّا مَا أَرَى وَمَا أَهْدِيكُمْ إِلَّا سَبِيلَ الرَّشَادِ.
“Aku tidak mengemukakan kepadamu, melainkan apa yang aku pandang baik; dan aku tiada menunjukkan kepadamu selain jalan yang benar".(Al-Ghafir : 29)

Firaun cuba menyekat pendapat yang berbeza daripadanya, beliau hanya inginkan rakyat Mesir menerima kebenaran daripadanya sahaja.

‘Demokrasi’ paksa
ذَرُونِي أَقْتُلْ مُوسَى
Biar aku bunuh Musa ( Al-Ghafir : 26 )

Agak ganjil ungkapan Firaun. Mengapakah beliau berkata “ Biar aku bunuh Musa” seolah-olah meminta kebenaran daripada rakyatnya untuk tindakan tersebut walhal bukankah beliau seorang diktaktor bahkan mengaku tuhan? Akan wujudkah mereka yang berani menentang keputusan beliau?

Hakikatnya, inilah permainan regim yang zalim. Mereka akan cuba mengheret sama orang lain dalam tindakan mereka. Seperti Firaun inginkan agar beliau tidak bersendirian dalam menumpahkan darah Musa a.s bahkan biar semua bertanggungjawab. Begitu juga tindakan tersebut dilakukan demi mendekatkan hubungan beliau dengan rakyat jelata, seolah-oalh membuat keputusan dengan meraikan pendapat ‘demokrasi’.

Hakikatnya Regim yang zalim adalah pengecut.

Tindakan Atas Dasar Menghapuskan Keganasan

إِنِّي أَخَافُ أَنْ يُبَدِّلَ دِينَكُمْ أَوْ أَنْ يُظْهِرَ فِي الأرْضِ الْفَسَادَ
Sesungguhnya aku ini bimbang dia akan mengubah agama kamu ini a tau dia akan melahirkan kerosakan di atas muka bumi ini. ( Al-Ghafir : 26 )

Permintaan Firaun untuk mengambil tindakan ke atas Musa a.s. melalui ‘demokrasi paksa’ turut disertakan dengan hujjah. Firaun beralasan bahawa Musa a.s. perlu dihapuskan kerana risau akan memberi kesan ke atas apa yang dianuti oleh rakyatnya. Ini kerana seruan Musa a.s. pasti berjaya menukar pegangan rakyatnya selama ini kepada agama yang baru.

Firaun juga mendakwa dengan seruan yang dibawa oleh Musa a.s akan mendatangkan mudharat serta kerosakan di bumi Mesir. Ia seolah-olah menunjukkan Musa a.s. adalah seorang pengganas dan Firaun perlu bertindak atas alasan menyelamatkan negara!!

Memperlekehkan keupayaan penentang.
Seterusnya, Firaun juga cuba memperlekehkan mereka yang menentang beliau adalah golongan yang kecil.
إِنَّ هَؤُلاءِ لَشِرْذِمَةٌ قَلِيلُونَ
Sesungguhnya mereka ( Bani Israel ) benar- benar golongan kecil (Al-Syuara’ : 54)

Ini jelas untuk menyedapkan hati dan meyakinkan rakyat beliau terhadap seruan Musa a.s. tidak mendapat tempat di sisi majoriti. Walhal ia tidak lebih sekadar menyedapkan hati apabila ramai rakyat sudah mula sedar kepalsuan selama ini. Lebih-lebih lagi apabila ahli-ahli sihir beliau sendiri yang dianggap golongan yang paling hebat dalam masyarakat ketika itu turut mengakui seruan Musa a.s.

Berbalik kepada keadaan di Mesir pada hari ini, jelas apa yang berlaku adalah seperti berikut:-
1. Menyekat kebebasan menyampaikan maklumat. Hanya membenarkan stesen TV yang pro kudeta sahaja membuat liputan. Ini seolah-olah menunjukkan hanya satu pihak sahaja yang benar!
2. Menjatuhkan mereka dengan mendakwa keadaan akan menjadi pulih selepas itu.
3. Memperlekehkan para demonstrasi yang menentang tindakan tersebut.
4. Akhir sekali mengugut untuk mengambil tindakan ke atas peserta demonstrasi atas alasan mereka adalah pengganas yang akan merosakkan bumi Mesir.

Morsikah Firaun?

Yang jelas beliau yang dizalim, pengikutnya ditembak dan diugut..
Hakikatnya tindakan Al-Sisi yang hampir sama dengan Firuan..

Moga-moga tidak mengaku Tuhan!


2 ulasan em “Tragedi Mesir : Siapa Firaun Baru?”

  • August 3, 2013 at 10:09 AM

    Kacau-bilau di Mesir ini kelihatan melalui media massa, rakyat Mesir terbahagi kepada tiga kelompok utama. Kelompok Morsi, kelompok Mubarak dan lagi satu kelompok yang berkumpul di dataran sphinx.

    Pada faham saya, selain daripada 'tangan-tangan halus' yang menjatuhkan Morsi, perkara yang mustahak untuk rakyat bawahan Mesir, iaitu ekonomi semasa pemerintahan singkat Morsi dikatakan tiada perkembangan yang baik.

    Mohon pihak tuan memberikan penjelasan lanjut berkenaan keadaan yang sebenarnya tentang sosio-ekonomi majoriti rakyat Mesir dari golongan berpendapatan rendah semasa era pemerintahan singkat Morsi.

    delete
  • August 4, 2013 at 3:25 AM

    Saya setuju, cuma saya masih fokus kpd tindakan tentera yg masih tidak boleh diterima.. Saya masih mengumpul maklumat, insya Allah akan dikongsikan

    delete
 

Bayu Timur Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger