Tuesday, July 3, 2012

Mana Satu Agama Yang Benar

Jika ditanya bagaimanakah untuk menentukan sesuatu agama itu adalah BENAR?

Apakah ukuran dan kriterianya?

Mengapa?

Seorang Hindu menyatakan agamanya lebih BENAR kerana agama yang paling awal muncul adalah hindu .

Jika benar tempoh lama sebagai ukuran sesuatu agama itu BENAR, maka islam lebih awal muncul kerana ia adalah agama para anbiya bermula daripada nabi Adam. Islam adalah agama yang menyeru menyembah Tuhan yang satu.

Yang membezakan antara ajaran para anbiya hanyalah hukum hakam yang kecil, sedangkan ketuhanan, akidah, halal haram yang utama dan akhlak adalah sama.

Seorang Yahudi pula menyatakan agama mereka lebih BENAR kerana kebanyakan para Nabi diutuskan untuk bangsa ini.

Diutuskan para anbiya bukanlah penentu kebenaran bahkan ia bukti ummat tersebut sangat degil dan liat untuk menerima perintah Tuhan. Boleh jadi juga agama itu tidak sempurna dan terhad kepada golongan tertentu serta tempoh tertentu kerana memerlukan nabi yang ramai.

Seorang Kristian menyatakan agamanya benar kerana memperjuangkan kasih sayang Tuhan.

Manusia tidak mampu hidup aman dan sempurna hanya kerana kasih sayang. Ada manusia yang perlu dikawal dengan undang-undang. Jika benar memperjuangkan kasih sayang Tuhan, mengapakah menganggap semua manusia yang lahir adalah berdosa?

Islam pula bagaimana?

Hingga hari ini sumber agama ini iaitu Al-Quran dan Al-Hadith kekal asli dan tulen berbanding agama lain.

Hanya dengan seorang Nabi dan dalam tempoh 23 tahun berjaya menyelesaikan misinya tanpa tokok tambah. Berbeza dengan pengasas-pengasas agama lain yang meninggal dunia tanpa sempat me'nurun'kan ajaran mereka dengan sempurna.

Namun, realiti sebagai manusia, kriteria agama yang paling BENAR adalah agama yang paling berperanan dalam hidup manusia hingga manusia memerlukannya.

Dengan kata lain agama yang menyelesaikan masalah manusia.

Islam bukan hanya datang dengan memperkenalkan ritual-ritual ibadat..

Bukan juga hanya menceritakan tentang akhirat

Atau sekadar nasihat yang baik dan buruk.

Namun lebih daripada itu, islam datang sebagai panduan menyelesaikan masalah manusia. Antara masalah manusia yang utama adalah:-


1. Kemiskinan
Islam bukan bermatlamat ingin menghapuskan kemiskinan secara total kerana dunia ini kewujudan miskin dan kaya adalah hukum alam. Namun, islam ingin menjadikan samada orang miskin atau orang kaya itu sebenarnya mereka ditaraf yang sama.

Walaubagaimanapun islam mengasaskan sistem zakat untuk menjaga kebajikan golongan yang lemah ini. Ia adalah satu sistem yang unik. Bukan tiada suruhan membantu orang miskin dalam agama lain, namun yang membezakan islam, agama ini memperincikan beberapa perkara dalam sistem zakat.

Antaranya:-
1. Ia adalah rukun islam yang ketiga. Mereka yang meninggalkannnya bakal diperangi.
2. Jenis harta yang perlu dikeluarkan zakat.
2. Keadaan orang yang ingin mengeluarkan zakat.
3. Kadar zakat.
4. Dan yang paling penting 8 golongan yang layak menerima zakat.

Akhirnya sistem ini :-
1. Tidak menzalimkan orang yang kaya.
2. Menyampaikan hak-hak orang yang memerlukan bukan hanya miskin semata-mata bahkan orang yang berhutang, orang yang sesat jalan, orang yang berjihad dan lain-lain asnaf.
3. Mewujudkan kestabilan dalam masyarakat dan hubungan yang baik antara orang miskin dan kaya.

2. Jenayah
Indeks jenayah adalah perkara yang menentukan sesebuah negara itu aman atau tidak. Hakikatnya di negara yang bergelar maju, ia masih gagal mengawalnya sekaligus menjadikan rakyat hidup ketakutan. Dalam hal ini islam datang dengan beberapa perkara:-
1. Didikan seperti membentuk akhlak, mengajar erti dosa dan pahala, membataskan hubungan lelaki dan perempuan serta pelbagai lagi.
2. Hukuman seperti hudud dan qisas bagi mereka yang sengaja melakukan jenayah. Bahkan diat kepada mereka yang tidak sengaja dalam menumpahkan darah orang lain demi menjaga hak-hak seorang manusia.

3. Ekonomi
Begitu juga dalam ekonomi kerana ketidakstabilannya membawa kepada dua masalah di atas. Banyak perkara yang ditunjukkan islam dalam bukan sekadar memajukan ekonomi tetapi menguruskannya.

Namun yang paling besar adalah islam memerangi unsur riba dalam sistem ekonomi. Pakar-pakar ekonomi dunia bersetuju masalah utama yang melanda ekonomi dunia ialah riba. Satu bentuk kegiatan yang menyebabkan yang miskin terus miskin. Yang kaya terus kaya. Daripada kesan terhadap individu merebak kepada keluarga, masyarakat, negara hatta dunia..

Ini beberapa contoh yang besar bagaimana islam berperanan dalam kehidupan manusia menyelesaikan masalah mereka.

Itu belum termasuk masalah-masalah masyarakat, keluarga dan individu..

Maka, islam adalah agama yang BENAR kerana mampu menyelesaikan masalah manusia..

Kerana islam itu berasal daripada PENCIPTA manusia..

Wallahu'alam..

2 ulasan em “Mana Satu Agama Yang Benar”

  • May 28, 2013 at 9:55 PM
    Joe Disse:

    Kristian..aku lah jln kebenaran dan kehidupan

    delete
  • This comment has been removed by the author.
    May 28, 2013 at 9:57 PM
    Joe Disse:

    This comment has been removed by the author.

    delete
 

Bayu Timur Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger