Monday, July 9, 2012

Hukum Hakam Selepas 'Terlanjur' Zina ( Siri 2 )


Seterusnya perbincangan berkaitan wanita yang pernah berzina didapati hamil sebelum disentuh oleh suaminya selepas perkahwinan.

Berdasarkan pendapat ulama Mazhab Maliki dan Hanbali, mereka berpendirian bahawa tidak dibenarkan perkahwinan tersebut hinggalah perempuan itu melahirkan anaknya. Jika telah berkahwin, ia mesti dibatalkan. Larangan ini samada suami tersebut adalah pasangan zina yang sebelum ini ataupum orang lain. Ini berdasarkan riwayat daripada Said bin Musayyab:

أن رجلاً تزوج امرأة، فلما أصابها وجدها حبلى، فرفع ذلك إلى النبي صلى الله عليه وسلم، ففرق بينهما،
Seorang lelaki mengahwini perempuan, tatkala ingin menyetuhnya didapati perempuan tersebut hamil. Apabila dibawa kepada nabi s.a.w., baginda memisahkan antara kedua-dua mereka (Sunan Kubra Baihaqi )

Manakala Mazhab Hanafi dan Syafie membenarkan perkahwinan dengan perempuan yang hamil hasil daripada zina seperti mana mereka tidak mensyaratkan perempuan tersebut membersihkan rahimnya terlebih dahulu sebelum berkahwin.

Hujjah mereka:-
الولد للفراش وللعاهر الحجر
Anak itu kepada pemilik firash ( akad yang sah ), manakala penzina tiada apa-apa ( riwayat Bukhari )

Ini bermakna benih hasil daripada zina tidak diiktiraf dalam islam sebagai anak kepada bapanya kerana dia bukan pemilik firash. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku dan tiada kaitan dengan lelaki tersebut. Maka, ia tidak menghalang perkahwinan baru dengan suami yang sah.

Walaubagaimanapun, Ulama Mazhab Hanafi mensyaratkan tidak dibenarkan si suami menyentuh isterinya hinggalah lahir anak tersebut.

Ini berdasarkan hadith
لا توطأ حامل حتى تضع
Tidak boleh menyetubuhi wanita yang hamil hingga dia melahirkan. ( riwayat Abu Daud )

Jika kita lihat kesimpulan pandangan mereka, mazhab Maliki, Hanbali dan Hanafi ( walaupun membenarkan perkahwinan ) melihat benih yang wujud dalam rahim perempuan itu mesti dielak daripada berlakunya percampuran dengan benih baru.

Walaubagaimanapun, mazhab Syafie melihat seolah-olah benih itu tidak diiktiraf secara mutlak dan tidak menjadi halangan untuk suaminya yang baru menyentuh isterinya.

Pendapat Maliki dan Hanbali adalah lebih tepat, kuat dan selamat demi memelihara nasab dalam islam.

Walaubagaimanapun melihat kepada keadaan tertentu seperti boleh mengancam nyawa, maruah dan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada penzina yang sudah bertaubat beserta anaknya. Maka, pendapat Hanafi dan Syafie boleh disandarkan.

Bagaimana pula nasab anak?

Di ‘bin’kan kepada siapa?

0 ulasan em “Hukum Hakam Selepas 'Terlanjur' Zina ( Siri 2 )”

 

Bayu Timur Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger