Friday, July 6, 2012

Hukum Hakam Selepas 'Terlanjur' Zina


Zina adalah dosa besar di sisi islam. Bahkan, manusia yang normal pasti memandang jijik perbuatan tersebut. Maka tidak hairanlah di awal islam, antara perkara yang diharamkan serta merta adalah zina kerana mudharatnya sangat besar terutamanya terhadap maruah manusia.

Setelah itu, islam mendatangkan hukuman terhadap penzina. Ia terdiri daripada dua kategori:-
1. Penzina yang belum berkahwin- disebat 100 sebatan.
2. Penzina yang sudah berkahwin- direjam hingga mati.

Dengan hukuman berat yang menanti penzina, islam juga mengenakan syarat yang ketat bagi mereka yang ingin mendakwa seseorang itu berzina iaitu wajib mendatangkan 4 orang saksi.. Jika tidak, mereka bakal dikenakan 80 sebatan.

Konsep islam juga apabila mengharamkan sesuatu tidak hanya mengharamkan perbuatan tersebut  semata-mata, bahkan menutup segala jalan yang membawa kepadanya. Antaranya:-

Membataskan hubungan antara lelaki dan perempuan seperti mengharamkan Khalwat ( berdua-duan ) secara mutlak.. Begitu juga Ikhtilat ( percampuran ) antara mereka diletakkan garis panduan..

Selain itu juga, pandangan antara mereka mesti ditundukkan. Sebenarnya bukanlah bermaksud berjalan hingga melanggar dinding, namun seseorang itu mesti mengawal pandangan syahwatnya apabila berbicara dengan perempuan yang bukan mahram.

Bagi perempuan pula, ada kewajipan khas buat mereka iaitu:-
1. Mestilah menjaga penampilannya dengan menutup aurat..
2. Tidak berhias berlebih-lebihan..
3. Tidak keluar daripada rumah melainkan ada keperluan..

Semua ini bagi menutup jalan-jalan yang membawa kepada penzinaan..

Islam bukan sekadar agama yang menghukum..

Namun, islam juga adalah agama yang mendidik..
وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً
Janganlah kamu menghampiri zina kerana ia adalah suatu yang keji ( Isra’ : 32 )

Walaubagaimanapun, bagaimana pula apabila garis panduan itu dilanggar dan akhirnya berakhir dengan penzinaan ( nauzubillah )?

Apa yang perlu dilakukan oleh penzina? Adakah sudah tiada harapan?

Tidak, Islam tetap menyediakan jalan KEMBALI bagi mereka yang terlanjur..

1. Taubat.
Zina adalah perkara yang terkutuk dalam islam. Dosanya cukup besar dan pelakunya dilaknat. Walaubagaimanapun pintu taubat sentiasa terbuka bagi hamba Allah yang menyesali apa yang telah mereka lakukan.

Sesiapa yang terlanjur melakukan dosa mestilah bertaubat dengan taubat nasuha iaitu dengan syarat:
1. Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
2. Membenci perkara tersebut.
3. Menyesali apa yang telah dilakukan.

KESAN daripada taubat zina, seseorang itu PASTI :-
1. Menutup aurat.
2. Menjaga pergaulannya dengan bukan mahram.

Jika tidak, dia masih belum bertaubat dengan sebenar-benarnya..

Selain itu juga, Adalah lebih baik bagi penzina menyembunyikan dosanya berbanding menghebahkannya atau membawa kepada muka pengadilan. Begitu juga saksi yang melihat perbuatan zina, menutupnya LEBIH BAIK daripada melaporkan kepada pihak berkuasa jika ia dilakukan secara tertutup dan selagi mana tidak BERTERUSAN perbuatan tersebut. Moga-moga pelaku itu diberikan hidayah dan jalan taubat oleh Allah.

Perkahwinan dengan penzina
Terdapat ayat yang jelas tentang hal ini iaitu daripada surah An-Nisa’, ayat ke 3:-
الزَّانِي لا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik." (Surah An-Nur : 3)

Jika dilihat pada ayat di atas, sangat jelas maksudnya. Namun, ulama berbeza pendapat terhadap penafsiran dan penakwilannya sekaligus membawa kepada perbezaan hukum.

Imam Hasan Basri menyatakan haram secara mutlak perkahwinan dengan penzina berdasarkan zahir ayat di atas.

Manakala majoriti ulama berpendapat maksud ayat tersebut merujuk beberapa perkara seperti:-

1. Nikah itu merujuk kepada bersetubuh.
2. Ayat tersebut ingin membangkitkan rasa jijik orang beriman kepada perbuatan zina.
3. Ayat tersebut telah dinasakhkan

Kesimpulannya, mereka tidak mengharamkan perkahwinan dengan penzina secara mutlak samada dengan pasangan penzina itu sendiri ataupun bukan penzina ( orang lain ), namun meletakkan syarat mestilah bertaubat terlebih dahulu

Walaubagaimanapun, mereka berselisih pendapat adakah perlu bagi penzina perempuan itu memastikan rahimnya bersih? Umpamanya sebelum kahwin dia mesti memastikan dirinya tidak mengandung anak hasil daripada zina.

Mazhab Maliki dan Hanbali mensyaratkan perkahwinan dengan penzina yang bertaubat mestilah disyaratkan iddah. Iaitu perempuan itu mesti menunggu agar datangnya haid bagi memastikan rahimnya bersih.  Manakala mazhab hanafi dan Syafie tidak mensyaratkannya.  

Bagaimana pula jika perempuan yang dinikahi itu hamil hasil daripada zina?

Bagaimana pula dengan nasab anaknya?

4 ulasan em “Hukum Hakam Selepas 'Terlanjur' Zina”

 

Bayu Timur Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger