Alhamdulillah, semester ini adalah yang terakhir bagi subjek
yang berbaki dalam pengajian MA saya. Hanya ada 3 lagi subjek yang perlu
ditempohi. Saya dapat menghidu cabaran kali ini mungkin semakin sukar
berbanding semester sebelum ini. Setiap
pensyarah kelihatan begitu tegas dengan masa dan tugasan.
Di tambah pula, setiap kali ke kelas saya terpaksa mendukung
Mukhlis yang sudah masuk 3 bulan ( berat 6 kg ). Setiap kali kelas, kami
meletakkan sementara di asrama perempuan. Terima kasih kepada khalah-khalah
yang menjaga beliau, Ustazah Aminah, Ustazah Islamiyyah dan Ustazah Syahida.
Tidak lupa Ustazah Maryam, Tia Farah, Aunty Sue ( Hamidah Harun ), Mok Ja dan
ramai lagi mak angkat Mukhlis. Moga Allah membalas jasa kalian.
Menghantar Propsosal
Untuk semester ini juga, saya telah menghantar proposal
cadangan bagi tajuk tesis MA. Alhamdulillah, Ketua Jabatan Fiqh, Dr Jabir sudah
menyatakan persetujuan secara lisan berkenaan tajuk tersebut. Ketika di bilik
beliau, saya perhatikan Dr Jabir cuba menaip tajuk proposal saya di ‘google’.
Alhamdulillah tidak muncul.
Itu perkara biasa apatah lagi, Dr Jabir kali pertama mengenali
saya. Namun ia mengingatkan saya kelas Asalib Bahas, 2 tahun yang lalu di
Universiti Mu’tah apabila assignment
untuk subjek tersebut enggan diterima oleh pensyarah atas alasan ia di’copy’ daripada
tajuk orang lain.
Penat lelah saya berulang alik ke Amman dari Mu’tah mencari
kitab..
Namun saya menerimanya kerana ‘saya masih seorang penuntut
ilmu’
Hari Al-Ghazali.
Alhamdulillah, program-program di bawah KALAM ( Karnival
Akademik ) berjaya dilaksanakan dengan baik. Bahkan mendapat sambutan dan kesan
yang positif daripada pelajar. Antaranya Hari Ghazali, hari yang dikhususkan
kepada pelajar Syariah telah menerima kehadiran di luar jangkaan. Peserta memenuhi
dewan bawah tanah Imarah Towilah itu. Kertas kerja lebih daripada 100 dicetak.
Ditambah dengan cuaca yang sangat sejuk , tarikan salji di Ajlun, bertembung
dengan kejohanan Futsal, namun kehadiran yang datang cukup membanggakan.
Saya diamanahkan untuk membentangkan slot bagaimana
berinteraksi dengan perbezaan pendapat dikalangan ulama. Dalam masa satu jam,
ia bukan tugas yang mudah untuk menceritakan isu ini yang wujud dalam akidah,
fiqh, tafsir dan hadith.
Lebih daripada itu bagaimana ingin men’jinak’kan mereka yang
keras dengan aliran dan pendapat tertentu
dan dalam masa yang sama bagaimana ingin ‘mengikat’ mereka
yang sewenang-wenangnya memetik mana-mana pendapat ulama tanpa rasa
bertanggungjawab atas dasar ‘ tidak diingkar apa yang diikhtilafkan”
Fahamilah khilaf dalam keadaan kita masih seorang penuntut
ilmu.
Kelas tafaquh Halal dan Haram
Alhamdulillah, kelas kendalian saya, diskusi kitab Halal dan
Haram dalam Islam karangan Prof Dr Yusof Al-Qardhawi sudah masuk semester yang
ketiga. Sudah separuh tajuk yang telah dibincangkan bersama. Kitab yang pernah disyarahkan
oleh Prof Dr Syuesh Mahamid beberapa tahun yang lalu di Mu’tah.
Kehadiran pelajar sentiasa bertambah. Baik syabab atau
akhwat. Tidak pernah saya mengajar atau mengendalikan kelas dengan kehadiran
seramai ini. Hinggalah khamis lepas, kehadiran masih juga ramai cuma agak
lewat. Ustaz Khairul selaku Exco Pembangunan Insan dan Ideologi melahirkan
kebimbangan beliau. Mungkin beliau risau saya terasa.
Namun, saya tidak pernah terkesan dengan kehadiran. Bagi
saya semakin ramai yang hadir semakin bertambah beban saya. Penyampaian ilmu
adalah satu amanah. Boleh jadi kalam kita memberi kesan kepada yang hadir.
Boleh jadi ia disebarkan. Siapa yang boleh menjamin kata-kata kita bebas
daripada kesilapan?
Moga saya dipelihara
oleh Allah akan ketelanjuran dalam berkata-kata.
Sebab itu, saya sering mengunakan perkataan ‘ saya
berkongsi’ atau ‘apa yang saya faham’ bagi setiap kelas saya. Kata-kata yang
bertujuan menyedarkan diri saya dan rakan-rakan pendengar bahawa
‘ Saya masih penuntut ilmu’
Kelas Dr Mahmud
Untuk semester ini juga saya menghadiri kelas tafaqquh Dr
Mahmud, pensyarah Universiti Jordan di masjid Usamah. Semua pelajar yang hadir
adalah dikalangan tahun satu dan dua sahaja. Dengan mengajar kitab fiqh ibadat
dalam Mazhab Syafie. Alhamdulillah, kelas selama 2 jam ini benar-benar memberi
manfaat buat saya.
Teringat saya selepas kelas, ada rakan yang menyapa
“ Ustaz datang juga ke kelas ni?”
Jika difikirkan
status, berat untuk hadir. Sebagai pelajar MA, ditambah pula dengan sikap Dr
Mahmud yang kadang kala sering menyoal pelajarnya. Bayangkan jika tidak dapat
menjawab, pasti reputasi saya sebagai pelajar MA dan ‘ustaz’ yang mengendalikan
kelas halal haram terjejas.
Namun, dari dulu hingga sekarang saya berusaha meletakkan diri
saya sebagai status seorang pelajar. Tidak kira setinggi mana pun kedudukan
kita, namun ia tetap rendah di bawah ilmu dan alim ulama.
Berusaha Untuk Berubah.
Saya sedar dikalangan mahasiswa yang agak jauh dengan
program-program akademik ataupun kelas pengajian menaruh harapan untuk berubah
dan menyertai usaha-usaha ilmu ini. Namun, mungkin faktor persekitaran
rakan-rakan, status yang berbeza dengan orang lain yang mungkin sebagai beban
untuk kita dilihat sebagai tidak sempurna ketika menuntut ilmu membantutkan
niat murni untuk diterjemahkan sebagai satu perbuatan.
Saya faham situasi itu memerlukan mujahadah yang tinggi
.
Dalam masa yang sama berada dalam kejahilan adalah keadaan
yang ‘maut’ buat seseorang penuntut syariah sebelum pulang ke tanah air.
Maka, carilah inisiatif untuk mengisi kekosongan dan memadamkan
kejahilan. Jika tidak mampu menuntut ilmu secara berkelompok, berinteraksilah
dengan orang yang alim secara individu. Manfaatkan mereka. Yang paling penting
adalah pensyarah-pensyarah kita.
Berubah itu besar cabarannya. ia mesti dimulakan dengan
langkah yang pertama..
Kita masih ada peluang dan sebab untuk berubah..
“ Kerana kita adalah seorang penuntut ilmu”
Ilmu dicari bukan datang sendiri..
6 ulasan:
Muhasabah dan motivasi yang sangat baik. Semoga berjaya dalam pengajian MA! :)
-MBH
MasyaAllah.
segan ana dgn enta ifwat.
hebat2. xtau bila boleh jadi hebat macam enta.
sekarang ni kerja pun masih lagi merangkak2. isk isk isk. xtahulah nanti nak sambung belajar masih ada semangat atau tak.
dukung mukhlis ke kelas tu satu mujahadah jgak. tak semua orang mampu. senang untuk berkata, tapi tidak untuk melakukannya.
semoga berjaya dengan cemerlang insyaAllah. nanti balik Malaysia datanglah menjenguk kami di Kuatan ye. hehehe. -nuek-
Marwan Bukhari : Terima kasih, ana kagum dengan pembacaan dan pengetahuan anta dalam politik, moga2 ana dapat manfaatnya
Nuek : Hebat apanya. mujahadah pelajar syariah menuntut ilmu tidak akan mencapai pelajar medic hakikatnya..
Takpela, sekurang2nya sudah boleh membina kehidupan di Malaysia. Ana ni balik nanti bakal b'hadapan dgn cabaran lg besar lg2 sudah menanggung amanah dan tanggungjawab sbg ayah dan suami.. Insyallah Nuek bulan 6 ni..
wah!ada mention nama auntysue! bila boleh jumpa mukhlis lagi ni..
terima kasih ust..banyak jasa ust ifwat.takyah balik lagi lah.=)
Nike is a brand name synonymous to shoes Nike Air Max 2009 . It's a household name that has accumulated billions in revenue since its humble beginnings. Hogan Shoes Online It's everybody favorite shoe company. Nike was founded in 1962, by Bill Bowerman and Phil Knight in the trunk of Knight's car and was originally started as Blue Ribbon Sports. North Face Jackets For Men Nike emanated from two sources: Bill Bowerman's quest for lighter, more durable racing shoes for his University of Oregon runners, and Knight's search for a way to make a living without having to Moncler Shoes give up his love of athletics. The name 'Nike' was established in 1972 after the winged Greek goddess of victory.
Post a Comment