Alhamdulillah, suasana pelajar Malaysia di bumi Mafraq ini
semakin positif terutamanya dalam semangat memburu ilmu. Usaha ini perlu
disedarkan sebagai faktor utama mengapa kita wujud di bumi anbiya’ ini.
Perubahan ini saya kira sangat drastik. Kehadiran ke program
ilmu, kelas-kelas tafaquh semakin bertambah baik, begitu juga diskusi-diskusi
ilmu banyak dihidupkan dikalangan mahasiswa.
Kemuncaknya, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti
Al-Alibayt ( PRISMA ) telah menganjurkan Karnival Akademik atau singkatannya
KALAM untuk semester ini. Program yang digerakkan oleh pengarah Ustaz
Hasibullah bin Roslan bersama AJKnya akan berterusan selama sebulan dengan 5
matlamat dalam akademik iaitu
KEBERSAMAAN..
KESEDARAN,..
KEMAHIRAN..
KEMANTAPAN..
GIVE & RECEIVE AKADEMIK..
Apa yang penting, matlamat-matlamat ini sebenarnya ingin
mewujudkan biah ilmiah dikalangan komuniti PRISMA di Mafraq. Dalam masa yang
sama, saya juga dijemput sebagai penggerak bagi tujuan murni ini dan diminta
secara peribadi oleh Ustaz Hasib untuk menuliskan sesuatu tentangnya.
Ada beberapa perkara yang ingin saya sebutkan di sini. Moga
bermanfaat buat semua:-
1. Membina satu biah ilmu
bukan hanya bergantung kepada program, namun ia adalah kesedaran semua ahli.
Biah ini tidak akan terus wujud dengan sempurna, namun ia akan lahir, membesar
dan akan berkekalan untuk kesinambungan generasi-generasi akan datang.
2. Membina satu biah ilmu
tidak mampu bergantung kepada peranan individu yang cemerlang, ceramah yang
disampaikan oleh tokoh-tokoh yang hebat namun ia mesti digerakkan oleh semua
ahli dengan usaha yang pelbagai.
3. Pergerakan ke arah pubahan
ini juga tidak akan mampu juga masing-masing masih ingin menonjolkan ‘title’
seperti pimpinan, dirast ulya, pelajar mumtaz, pelajar senior,dan pelajar yang mempunyai latarbelakang pengajian
tinggi sebelum ini. Semua itu perlu di’cemar’
demi menyatukan hati kita dalam kempen ini.
4. Ukuran kejayaan juga tidak
sewajarnya 100 % dengan kehadiran ke program, namun sekurang-kurangnya semua
berubah menggerakkan usaha ilmiah. Samada memberi ilmu, mengatur program,
menghadirkan diri, menyokong atau sekurang-kurangnya memberi respon untuk
perjalanan program ini.
Konvensyen Akademik.
Sepanjang KALAM ini, saya mencadangkan agar diadakah satu
perhimpunan pelajar. Saya mengganggap ini adalah kemuncak KALAM dengan ‘
demonstrasi’ pelajar menyokong perubahan akademik. Datanglah
membawa usul,
membahaskannya atau sekurang-kurangnya menyokong suara ini dengan kehadiran
anda
Biarlah suara yang mendesak itu datang daripada mahasiswa
sendiri kepada mahasiswa..
Perubahan itu bermula
daripada kesedaran yang diterjemahkan kepada sikap dan perbuatan..
Itulah sifirnya..
1 ulasan:
The art of being a top golfer includes correct alignment of the pelvis, Moncler shoulders and neck in order to achieve the magic swing that takes them to the pinnacle of their class. UGG Bags The swing of the golfer is actually pelvic rotation which involves the lumbar spine, the sacrum and most importantly the sacroiliac joint. Nike Air Max Just read old Ben Hogan's book written years ago - somethings don't change Hogan Sale .
Post a Comment