Ramai yang bertanya tentang solat hormat waktu adakah ia mempunyai
sandaran atau tidak? Jika ada bagaimanakah perlaksanaannya? Bagaimana pula
dengan hukumnya, adakah solat tersebut sah ataupun sekadar mengangkat dosa
sahaja?
Untuk menghuraikan isu ini, perkara paling asas yang perlu
diketahui adalah mengapakah ulama menyebut tentang hal ini?
Isu ini berlaku apabila seseorang itu gagal menyempurnakan
syarat-syarat sah solat. Antara keadaan tersebut:-
1. Tidak dapat bersuci samada wuduk atau tayammum ( seperti dalam
kenderaan yang tidak mampu berhenti, atau menaiki kapal namun tidak sampai
untuk mengambil air )
2. Dalam keadaan pakaian terkena najis yang tidak mampu untuk
menukarkannya dalam tempoh waktu solat.
Boleh disimpulkan keadaan-keadaan yang disebut ganjil dan jarang
berlaku apatah lagi di zaman moden ini.
Terdapat empat pendapat utama dalam masalah ini. Antaranya:-
Pendapat pertama : Iman Abu Hanifah,
Sebahagian sahabat, Sebahagian Ulama Syafie, dan dinukilkan juga daripada Imam
Thauri dan Auzai, tidak perlu solat namun perlu diqada’ ( diganti ). Dalil
mereka:-
1. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim (
Tiada solat melainkan bersuci )
2. Qias kepada perempuan haid yang tidak wajib menunaikan
solat dalam keadaan hadath.
Pendapat kedua : Pendapat Imam Malek. Tidak perlu solat dan tidak perlu diqada’.
Kewajipan solat itu digugurkan.Dalil-dalilnya:-
1. " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah
mengetahui apa-apa yang kamu katakan dan jangan pula sedang junub “ ( An-Nisa’
: 43 )
2. Hadith : Allah tidak akan menerima solat seseorang daripada
kamu, apabila dia berhadath sehinggalah dia berwudhu.
Pendapat ketiga : Pendapat Imam Syafie, Abu Yusof ( Mazhab Hanafi ), Sebahagian
Ulama Malik, juga salah satu pendapat Iman Ahmad dan Imam Tabari. Wajib solat
sekadar rukun sahaja dan perlu diqada’ ( diulang kembali ). Solat ini dianggap
tidak sempurna dan hanya dilaksanakan demi menghormati waktu.
Dalil-dalilnya:-
1. Hadith Aisyah yang diriwayatkan dalam Bukhari dan Muslim :
Rasulullah s.a.w pernah menghantar Asid bin Hadr dan Anas untuk mencari kalung Aisyah yang hilang, apabila tiba waktu solat mereka tidak
menjumpai air lantas menunaikan solat tanpa bersuci, apabila diajukan kepada
baginda s.a.w turunlah ayat tayamum
Hadith ini menunjukkan bahawa baginda s.a.w tidak mengingkari
solat mereka ( tanpa bersuci ) dan perlu diulangi kembali kerana solat tidak
akan sempurna tanpa bersuci.
2. Nas-nas yang menyuruh melaksanakan solat pada waktunya tidak
memperincikan mereka yang boleh meninggalkan atau tidak. Ini menunjukkan
kewajipan tidak akan digugurkan walau apa keadaan sekali pun.
Pendapat keempat : Salah satu pendapat Imam Ahmad, Ibnu Hazm dan Sebahagian besar
ulama hadith.
Dalil-dalilnya:-
1. “Maka bertakwalah kepada
Allah dengan kadar kemampuan kamu.” (al-Taghabun:16),
“Allah tidak membebankan
seseorang melainkan sekadar kemampuannya.” (al-Baqarah:286)
“Allah tidak menghendaki
untuk menjadikan ke atas kamu kesusahan.” (al-Maidah:6),
Ayat-ayat diatas menunjukkan bahawa Islam tidak membebankan
penganutnya dalam menunaikan ibadat yang diperintahkan Allah. Maka,
laksanakanlah ibadat sekadar kemampuan.
2. Rasululullah s.a.w tidak pernah menyuruh sahabat agar
mengulangi solat tersebut.
Dalam memahami isu-isu perbezaan pendapat dikalangan ulama, adalah
lebih baik kita mencari apakah punca perbezaan dikalangan mereka terutamannya
dalam memahami nas. Dalam isu ini ia berpunca daripada kefahaman hadith sahabat
mencari kalung Aisyah.
1. Mereka yang menyatakan bahawa solat itu wajib digugurkan terus
berpendapat Rasulullah s.a.w tidak menyuruh mengulangi kembali solat tersebut
dan solat itu sememangnya tidak sah tanpa bersuci.
2. Mereka yang berpendapat solat itu wajib dilaksanakan dan wajib
diulang, melihat Rasulullah s.a.w tidak mengingkari solat mereka ( tanpa
bersuci ) dan dalam masa yang sama solat tersebut tidak sah dan mesti diulangi.
3. Mereka yang menyatakan hanya perlu solat tanpa qada’ melihat
baginda s.a.w tidak menyuruh sahabat mengulanginya kembali menunjukkan solat
tersebut adalah sah.
Kesimpulan.
Jika dilihat kepada kekuatan nas secara jelas atau tidak sudah
pasti pendapat wajib ditunaikan tanpa perlu diulang lebih kuat.
Namun, jika dilihat dari sudut berhati-hati pendapat wajib
menunaikan dan wajib menqadakkan kembali adalah paling selamat dan
meyakinkan.
Perkara yang perlu difahami asas ulama mewajibkan mengulangi solat
dan hanya mengiktibarkan solat tersebut hanyalah menghormati waktu dibina atas
dasar berhati-hati. Ia merupakan ijtihad mereka.
Jika anda yakin tidak ingin mengulanginya kembali terpulang..
Jika ada orang yang ingin mengulanginya mengapa perlu dihalang..
Keyakinan orang memilih pendapat adalah berbeza-beza..
Wallahua’lam.
2 comments:
Kita sebagai jiran tetangga digalakkan untuk saling ziarah menziarahi.. huhu..
Jom masuk blog saya. Ada post terbaru bertajuk Gambar Perang Betul Askar Amerika Dalam Ops Al-Fajr
http://sayap-kehidupanku.blogspot.com/
masih baru
Post a Comment