Friday, January 6, 2012

Muzik : Lebih Sikap Dari Ilmu


“ Baiklah, anta cakap anta semakin memahami hukum setelah belajar usul fiqh, apa hukum muzik?”

“ Ia adalah masalah perselisihan pendapat antara ulama, bahkan hadith yang mencela muzik dan alatannya kebanyakannya adalah dhaif…” belum sempat lagi saya menghabiskannya, rakan ini terus menambah.

“ Ana dah tanya empat orang pensyarah, semua cakap haram, bahkan Dr Mohammad Hammad pun cakap haram. Hadith tersebut ana dah tanya , dia kata sahih ” merujuk kepada pensyarah usul fiqh saya.

“Anta tanya Dr Mohammad Hammad berkenaan muzik? Cuba anta tanya dia apa hukum pelajar perempuan datang belajar di Jordan tanpa mahram? Cuba tanya dia juga hukum aurat perempuan ( wajah ). Mengapa hanya ambil fatwa muzik sahaja?.

“ Mengapa hanya ingin mendengar apa yang ingin kita dengar sahaja? Dan mengapa bertanya hukum tanpa dalil dan sebab? Adakah ingin menambah koleksi pendapat yang selari dengan kita semata-mata?”

“ Bahkan pensyarah-pensyarah yang menyebut muzik itu haram semuanya ana dengar bunyi ringtone handset mereka. Bukan ana ingin pertikaikan, namun boleh jadi soalan yang ditanya tidak diperincikan dengan jelas”.

Hukum Muzik… Terlalu umum..

Konsertkah?

Lirikkah?

Bunyi-bunyiankah?

Dalam membicarakan isu-isu agama terutamanya berkaitan dengan hukum hakam, perkara yang boleh menjadikan perbincangan itu sia-sia ibarat mengepam tayar kereta api adalah kegagalan untuk mengubah sikap dan memperbetulkan cara berfikir.
Ia sepuluh kali ganda lebih penting diperbetulkan berbanding hanya meminta dalil-dalil.

Sikap dan Niat
Dalam menilai isu muzik, apakah niat kita? Hanya ingin membuktikan kita dipihak yang benar kerana rasa kurang senang dengan pihak yang berpegang dengan sebaliknya?

Ramai yang ingin tahu kerana ingin tahu… dan..

Ramai juga yang hanya ingin tahu apa yang dia mahu sahaja..

Berlakulah adil kerana ia dekat dengan taqwa.

JIka ingin mengkaji, sucikan hati, dan mohonlah petunjuk daripada Allah untuk mencari kebenaran.

Begitu juga dengan pemikiran, ia juga perlu diperbetulkan. Teliti perkara berikut terlebih dahulu:-

Isu Khilaf atau Ittifa
Ulama telah meletakkan dua kaedah

“ Tidak diingkar perkara yang diperselisihkan, namun yang diingkar adalah perkara yang disepakati”.

Jika perkara tersebut berbeza pendapat dikalangan ulama, maka tiada sesiapa boleh mengingkarkannya.

“ Ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain”

Jika ada dua pendapat yang berbeza berdasarkan ijtihad masing-masing, islam menganjurkan agar berlapang dada selagi semuanya berpandukan syariat.

Cukuplah,jika kita yakin dengan sesuatu perkara, amalkanlah untuk diri kita dan sampaikan kepada orang lain bahawa pendapat itu lebih tepat pada pandangan kita, jika mereka lebih cenderung kepada pendapat yang lain biarkanlah. Setiap orang berdasarkan I’tikad dan pegangan masing-masing.

Berkeras dalam mempertahankan pendapat yang diperselisihkan adalah perkara yang sia-sia dan tidak akan selesai hingga ke hari akhirat.

Dalil yang diragukan.
Asas kepada perbezaan pendapat ulama adalah daripada dalilnya. Dalil yang bertaraf mutawatir dan jelas maksudnya disepakati ulama jika ingkar akan mengeluarkan seseorang daripada iman.

Pengharaman arak, judi, riba, zina, bunuh semuanya daripada dalil yang sangat kuat.

Adapun muzik seperti tulisan Prof Dr Yusof Al-Qaradhawi bagi pendapat beliau dalil pengharamannya ada yang sahih tapi tidak sarih ( jelas ), ada yang sarih tapi tidak sahih. Maka ia tidak mampu mengharamkannya secara mutlak.

Bagi yang tidak bersetuju, teruskan mengkaji namun hasilnya anda tidak boleh mendakwa untuk membatalkan pendapat Qaradhawai kerana masing-masing berijtihad.

Dalil tersebut jatuh tarafnya kepada keraguan seperti kaedah fiqh:-
“ Jika wujudnya keraguan ( pada dalil ) maka batallah pendalilannya”

Itu dua perkara yang perlu diambil kira dalam memperbetulkan pemikiran sebelum ingin mengetahui ataupun mengkaji.

Seterusnya lihat juga beberapa aspek sebelum mengisytihar atau ingin mengeluarkan hukum. Ini berdasarkan pertimbangan maqasid syariah.

Fiqh Ma’alat ( Kesan Hukum )
Jika memilih ingin mengharamkan muzik secara mutlak, bukan gitar, drum yang perlu dilupuskan tapi laptop, televisyen, internet, hatta telefon bimbit anda. Bukankah ia menyukarkan berbanding menyatakan muzik itu harus dengan bersyarat?

Fiqh Waqieyat
Mereka yang belajar fiqh atau hadith tanpa mendalami ilmu thaqafah dan sejarah islam akan menghadapi sedikit kesulitan. Thaqafah islam mengajar kita bagaimana islam berhadapan dengan tamadun Rom, Parsi, uruf masyarakat jahiliyyah hatta ‘ghuzwatul fikr’ serangan pemikiran dan budaya oleh barat.

Jika ingin menggunakan kaedah saad zarai’ iaitu menutup segala ruang yang boleh membawa kepada yang haram walaupun sedikit, mampukah kita mengawalnya? Jika demikian apa yang diharus secara mutlak dalam dunia pada waktu kini?

Maka, jalan yang terbaik ( bagi penulis ) adalah kita cuba ‘islah’kan perkara tersebut selagi mana ia bukan haram lizatih ( secara zat seperti arak, babi dan zina ). Asalnya adalah harus cuma kegagalan manusia mengawalnya menjadikan unsur-unsur
haram merebak ke dalamnya seperti berhibur ataupun muzik.

Jangan risau orang memilih pendapat yang mengharuskan muzik dengan bersyarat, sekurang-kurangnya mereka bertaqlid kepada ulama dan ulama tersebutlah yang menanggung fatwa itu.

Untuk akhirnya saya teringat Prof Dr Syuesh Mahamid ketika mengajar subjek isu-isu fiqh moden berkaitan tajuk muzik.

“ Jika anda ingin syadid ( keras ), keraslah untuk pengamalan diri anda, jangan marahkan orang lain yang ingin memilih pendapat yang ringan”

Wallhu’alam..

5 comments:

Munira said...

penjelasan yang menarik.. terime kasih berkongsi.. btw, I've own the book entitled "Kembara Mencari Tuhan" written by u..Alhamdulillah.. it helps me a lot..because I hve a friend who intended to convert her religion into Islam.. pray for her..insyaAllah..

Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak said...

Amin.. alhamdulillah..

dRopPuc!noo™ said...

Salam.. just click next on the blogger bar above,(x selalu buat) and found this interesting blog! banyak info2.. terus follow :)
tahniah anak sulung.. moga dimurahkan rezeki.. :)

zeqzeq z said...

Assalam izin link

roye said...

Consistent with "reverse positioning" understand the REAL Second coming would equate with The Matrix's Anti-Christ, the fake battle of good and evil which will come at the end.
I have spoken on this issue in years past. Understanding how they use the political environment to redefine people's value system, realize anyone who speaks of the old world and its ways will envoke hatred. So when/if the Anti-Christ comes along speaking of reverting back to what liberalism would consider repressed and immoral may be the only hope to salvage the god's favor and keep moving forward rather than begin the 1000 year clock. The fake Second Coming will feed into this political enviornment.
Cheap Flights to Accra
Flights to Accra
Accra Flight