Sunday, January 1, 2012

Fenomena Ustaz Azhar Idrus: Teladan Buat Kita..




Pagi tadi apabila melihat laman social Facebook, majoriti status yang terpampang di ‘home’ adalah berkenaan dengan Ustaz Azhar Idrus. Tepat 1 Januari 2012, mungkin beliau layak menerima tokoh yang paling berpengaruh 2011.

Apa yang saya tahu ia setelah kemuncak tahun baru, bersama seorang lagi selebriti kelahiran Terengganu, Zizan raja lawak. Program yang dihadiri lebih daripada 70 ribu menjadi alternatif kepada sambutan tahun baru.

Ustaz Azhar Idrus.. mengingatkan saya tahun 2003 di SMAASZA..

Malam jumaat, jam 10 malam, surau kami didatangi seorang yang bekopiah putih, berjubah, datang dengan membonceng motosikal honda. Seorang ustaz misteri ( bagi saya pelajar baru ) mengadakan kelas talaqi bersama kami. Antara yang diajar pengajian fiqah kitab ‘kuning’ dan nahu.

Keesokan hari di sekolah, Ustaz Engku Hassan menceritakan kepada kami bahawa kelas tersebut diadakan secara rahsia daripada pihak sekolah sebagai ilmu tambahan buat kami terutamanya pelajar thanawi ( aliran agama ).

Beliau menceritakan Ustaz Azhar adalah dikalangan mereka yang agak ‘lewat’ terjun dalam dunia ilmu, namun dalam beberapa tahun sahaja beliau sudah menghafal separuh Al-Quran dan mahir dalam membaca kitab membuktikan ketajaman minda beliau.

Sekitar tahun 2006 saya di UIA, saya mengikuti tulisan beliau dalam surauladang.net. Antara web islam popular ketika itu.

Semakin hari beliau mendapat tempat dikalangan masyarakat hinggalah tercetusnya fenomena Ustaz Azhar Idrus.

Saya tidak ingin bercakap tentang fatwa beliau, pengajian beliau ataupun lawak beliau yang menjadi tumpuan ramai namun sebagai orang yang mendalami agama, mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita teladani. Antaranya :-

Kehebatan Ilmu
Bukan tiada ustaz-ustaz yang meletup sebelum ini, bukan tiada lawak jenaka mereka, namun apa yang membezakan dengan Ustaz Azhar? Jawapannya kerana ilmu..

Perhatikan cara beliau menjawab soalan, beliau tahu dimana perkara yang perlu dikeraskan jawapannya. Beliau juga tahu dimana tempat yang perlu dilembutkan. Jawapan yang yakin dan kadangkala perhatikan kitab-kitab yang disebut, bukan calang-calang orang yang membacanya.

Ada yang mendakwa Ustaz Azhar tiada asas dalam bahasa arab, ini adalah tuduhan yang somborono, bahkan beliau adalah ahlinya.

Ada yang mendakwa Ustaz Azhar hanya hebat dihadapan masyarakat awam yang level ilmunya rendah, bahkan itulah kehebatan beliau seperti kata ahli bijak pandai

“genius is about changing something complicated into simple“

Begitu juga dengan keberanian beliau menjadikan separuh dari kelas pengajian untuk sesi soal jawab. Bukan mudah menjawab dengan spontan dan tepat. Bahkan, cara ini wajar dipuji dan diikuti oleh ustaz-ustaz lain kerana memberi ilmu ( menjawab soalan ) bagi yang behajat jauh lebih baik daripada memberi ilmu untuk didengari sahaja.

Politik
Seterusnya kita adalah lihat bagaimana tegasnya beliau dalam pendirian politik. Saya pernah mendengar, beliau dilarang berceramah di masjid di bawah kerajaan BN Terengganu setelah tumbangnya kerajaan PAS Terengganu. Ada yang menyatakan ini adalah angkara JKKK. Tidak hairanlah hingga kini ‘JKKK’ sering dijadikan bahan lawak bagi mengajar sikap mereka yang busuk hati.

Dalam keadaan pengaruh beliau semakin meningkat, beliau tidak memilih untuk bertembung dengan jemaah sepertimana Dr Asri ketika baru menonjol ( baru cenderung kepada pembangkang selepas 2008 ). Ada juga ceramah beliau menghentam sebahagian ahli jemaah, namun apa yang beliau pertegaskan adalah tepat.

“ Kita bukang maroh ke pemimpin tapi kepada ahli yang tidak mboh ngaji dan dengor ( menuntut ilmu )”

Daripada jemaah politik PAS hinggalah jemaah Tabligh.. Pendekatan beliau lebih harmoni berbanding Dr Asri.

Imej
Ketayap, janggut dan jubah, Ustaz Azhar kekal dengan imej tersebut. Tidak kira ketika membonceng motosikal berkuasa tinggi, dalam kuliah, memancing hingga malam tadi memetik gitar. Imej yang tidak menghalang beliau untuk berada di mana sahaja dan kepada mana-mana golongan termasuk orang muda.

Ini menolak tanggapan jika ingin terjun dalam masyarakat terutamanya orang muda hendaklah berimej moden, membuang kopiah, menanggalkan jubah dan menyarung jeans. Kemudian berhujjah jubah itu hanyalah sunnah jibliyyah ( sunnah adat yang tidak termasuk dalam bab pensyariatan )

Hakikat , jika kita kosisten dengan penampilan kita, masyarakat akan faham dan menghormati. Ia adalah isu kecil, namun ada nilainya untuk diteladani oleh pendakwah.
Hari ini beliau adalah satu fenomena.

Daripada orang tua hinggalah orang muda hatta kanak-kanak.

Daripada kuliah di surau usang hinggalah bergema di UIA, pusat ilmu yang terulung di Malaysia.

Daripada kuliah, dibukukan, dirakam hingga dimuatkan dalam youtube.

Bagaimana dengan orang yang mengutuk beliau?

Ustaz gitar..

Ustaz kasar..

Ustaz habiskan masa dengan kelakar..

Memerangi golongan tajdid ( Salaf )

Beliau menghabiskan masa ke sana ke sini menumpahkan ilmu dan menasihati masyarakat. Berapa ramai yang sebelum ini jahil di’selamatkan’ oleh beliau.

Anda? Apa yang anda ubah dan apa sumbangan anda?

Saya sebenarnya yakin mereka yang mengkritik bertujuan menjatuhkan ulama-ulama hakikatnya mereka itu sendiri akhirnya yang dijadikan hujjah perlu dijauhi.

Bagaimana pula dengan mereka-mereka yang ingin ‘naik’ cepat seperti beliau?

Apa yang saya kenal dan saya yakin, Ustaz Azhar tidak mengimpikan semua ini. Beliau berhijrah kepada agama dan mendalaminya dengan penuh tekun dan sedar. Tawaduk dan menjaga hubungan dengan Allah.. Akhirnya barulah datang peluang untuk membentuk masyarakat sebagai satu amanah.

Penuhkan ilmu dahulu, betulkan sikap, jaga hubungan dengan Allah..

Selebihnya tawakkal kepadanya.

Teringat kepada jawapan Ustaz Anhar Opir apabila ditanya apa keperluan belajar untuk mendapatkan MA ( Forum MA PRISMA )sedangkan orang tanpa sijil pun boleh jadi hebat dalam dakwah dan ilmu?

“ Jika orang yang tiada MA pun boleh berdakwah dan hebat dalam ilmu, min bab aula ( lagilah ) orang yang ada MA mesti LEBIH dalam dakwah dan ilmu”

7 ulasan em “Fenomena Ustaz Azhar Idrus: Teladan Buat Kita..”

  • January 3, 2012 at 6:47 AM
    refah00 Disse:

    Ustaz Azhar Idrus memang "terbest" of the best

    delete
  • January 3, 2012 at 8:11 AM

    Dan kita mesti belajar daripadanya...

    delete
  • January 3, 2012 at 9:26 PM
    mu'minah Disse:

    salam dik, memangla ustaz azhar best. tapi lg best kalau adik takyah bandingkan dengan sesapa. juz bgtau tentang beliau je

    delete
  • January 5, 2012 at 8:47 PM

    Banding sape? DrMAZA ke? cuma nak bandingkan pendekatan je.. bukankah ada perbezaan yng mgkn boleh diambil teladan.. Lg pn DrMAZA pn dah lain pendekatannya skrng..

    delete
  • January 23, 2012 at 3:21 AM
    roye Disse:

    Consistent with "reverse positioning" understand the REAL Second coming would equate with The Matrix's Anti-Christ, the fake battle of good and evil which will come at the end.
    I have spoken on this issue in years past. Understanding how they use the political environment to redefine people's value system, realize anyone who speaks of the old world and its ways will envoke hatred. So when/if the Anti-Christ comes along speaking of reverting back to what liberalism would consider repressed and immoral may be the only hope to salvage the god's favor and keep moving forward rather than begin the 1000 year clock. The fake Second Coming will feed into this political enviornment.
    Cheap Flights to Mauritius
    Flights to Mauritius
    Mauritius Flights

    delete
  • March 30, 2012 at 12:56 AM
    bfggds Disse:

    Hogan interactive shoes are designed keeping in mind Tiger Shoes medical issues like painful joints and injuries to knees and back. The shoes are made comfortable but not monotonous; Beats By Dr Dre one will always find elegance in Interactive Hogan shoes. Weather it be plain leather shoes available in brown, Hogan Scarpe gray and blue or the latest Interactive Hogan suede brown with light blue and gray shades.

    delete
  • May 24, 2012 at 5:57 PM
    ibnu dinar Disse:

    pernahkah terfikir apa akan jadi pada pengikut-pengikut UAI ini bila dia meninggal dunia nanti? apakah situasi pada masa itu...? adakah pengikut-pengikut UIA ini akan hanya melihat youtube sebagai kenangan...?
    atau masih ada lagi majlis sperti majlis UIA yang dihadiri ribuan umat?
    pernahkah kita terfikir?
    apakah yang kita perlu lakukan sekarang ini?

    delete
 

Bayu Timur Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger