Seperti apa yang disebut dalam
artikel sebelum ini, fatwa-fatwa ganjil tidak banyak berlaku dalam turath fiqh
silam, namun ia banyak terhasil dan disebarkan di zaman moden ini. Prof Dr
Yusof Al-Qaradhawi menghuraikan bab yang seterusnya dalam kitab fatawa syaz
beliau, telah menyebut beberapa faktor fatwa-fatwa ganjil ini. Antaranya:-
1. Fatwa yang bertentangan dengan Al-Quran
Umpamanya
menyamakan mirath lelaki dan perempuan seperti yang disebut oleh Presiden
Tunisia, Habib Bourqibah atas dasar maslahat dan perubahan zaman. Begitu juga
dakwaan bahawa babi yang diharamkan oleh islam adalah babi kotor yang makan
makanan yang kotor pada zaman silam, namun berbeza dengan babi zaman moden ini
yang dipelihara dengan baik, maka ia tidak lagi menjadi haram. Begitu juga
dengan arak, ia diharuskan di negara yang sejuk.
2. Fatwa yang bertentangan dengan As-sunnah
2. Fatwa yang bertentangan dengan As-sunnah
Fatwa keharusan
membina patung
Fatwa Imam
Mohammad Bin Abduh yang mengharuskan binaan patung atas dasar larangan hadith-hadith
sebelum ini adalah disebabkan akan membawa kepada penyembahan, namun berbeza
pada zaman kini.
Dakwaan ini
adalah batil dan jelas bertentangan dengan hadith yang menyebut pengharamannya
adalah disebabkan ( menyerupai makhluk Allah ), bukannya disebabkan
penyembahaan.
Tabaruj daripada
dosa-dosa kecil
Sebahagian ulama
mesir mendakwa bahawa bentuk perhiasan yang dilarang pada zaman jahilyyah
seperti mendedahkan kepala, menyambung rambut, menjarang gigi, melukis tatu
semuanya itu hanya merupakan dosa-dosa kecil semata-mata, cukup sekadar
dihapuskan dengan wuduk.
Ini adalah dakwaan
batil, sesiapa yang membaca hadith berkaitan dengan larangan-larangan tersebut
jelas disifatkan pelakunya oleh baginda s.a.w sebagai ‘ahli neraka’, dan ‘laknat
Allah’, yang semuanya membawa maksud sebagai dosa besar.
3. Fatwa bertentangan dengan Ijmak.
3. Fatwa bertentangan dengan Ijmak.
Haram emas yang
berlingkar
Fatwa Syeikh
Nasiruddin Al-bani mengharamkan emas yang berbentuk lingkaran kepada perempuan
seperti gelang, cincin dan rantai walhal ijmak ulama sepakat akan keharusan
emas kepada perempuan secara mutlak berdasarkan dalil yang sahih dan jelas.
Tidak wajib
zakat perniagaan.
Begitu juga
fatwa beliau tidak diwajib mengeluarkan zakat hasil daripada perniagaan,
bertentangan apa yang dinukilkan daripada Ibnu Munzir bahawa zakat tersebut
wajib disepakati oleh ulama.
Walaupun
sebenarnya terdapat beberapa ulama silam yang tidak mengiktibarnya seperti Ibnu
hazm, Syaukani dan juga Syiah Imamiyah, Dr Yusof Al-Qardhawi menyatakan rasa
ganjil beliau terhadap fatwa tersebut ( albani ) yang berlaku di zaman moden
dimana perniagaan adalah sumber kekayaan manusia dalam masa yang sama ramai ummat
islam menderita kelaparan.
4. Fatwa terbina atas Qias yang Batil
4. Fatwa terbina atas Qias yang Batil
Qias riba kerajaan dan rakyat
dengan bapa dan anak.
Fatwa diiharuskan riba antara
kerajaan dan rakyat berdasarkan qias kepada hadith ( tiada riba antara anak dan
ayah ). Walhal itu sebenarnya bukanlah hadith namun kaedah fiqh yang terbina
atas hadith ( kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu ).
Menyamakan hubungan antara rakyat
dan kerajaan dengan anak dan ayah adalah persamaan yang sangat jauh bahkan
sebenarnya terbina atas helah untuk menghalalkan riba.
Fatwa Penyusuan untuk mengelak
khalwat
Begitu juga fatwa yang
dikeluarkan oleh Dr ‘Izzah Atiyyah, ketua jabatan Usuludin Universiti Al-Azhar
yang cuba memberi penyelesaian bagi lelaki dan perempuan yang terpaksa berada
dalam bilik yang sama sewaktu bekerja agar lelaki tersebut menyusu dengannya. Dengan
demikian, lelaki tersebut akan menjadi anak susuan bagi perempuan sekaligus
menghalalkan khalwat bahkan aurat antara mereka.
Fatwa tersebut terbina atas qias
kepada kisah Salim maula Huzaifah yang merupakan anak angkat di zaman
jahiliyyah, dibesarkan dalam keluarga angkatnnya hinggalah turun ayat yang
melarang tabanni ( larangan menasabkan anak angkat ).
Melihat kepada kesukaran Salim
yang tidak mempunyai orang lain melainkan keluarganya, maka Rasulullah s.aw.
memberi penyelesaian agar disusukan Salim supaya menjadi anak susuan.
Qias terhadap masalah ini adalah
batil kerana kisah Salim adalah satu-satunya pengecualian oleh baginda s.a.w.
pada zaman tersebut.
Jika benar dakwaan Dr Atiyyah
bagaimana ingin melaksanakannya kerana penyusuan disyaratkan kekenyangan.
Bahkan penyelesaian yang dikemukan ini mengundang bahaya fitnah yang lebih
besar.
5. Bertentangan dengan Maqasid Syariah
5. Bertentangan dengan Maqasid Syariah
Fatwa makan bawang diharuskan
meninggalkan solat jumaat
Fatwa yang dipelopori golongan
Ahbash ini berdasarkan hadith-hadith yang menyeru agar menjauhkan daripada
jemaah solat jika makan bawang kerana boleh mengganggu jemaah yang lain.
Hadith ini sebenarnya bermaksud
agar ummat islam menjauhkan diri daripada memakan apa sahaja yang berbau
sebelum waktu solat bukannya sebagai helah mengelakkan diri daripada ke masjid.
Bahkan hadith tersebut merujuk
kepada larangan ke solat berjamaah bukannya solat jumaat yang menjadi kewajipan
kepada seluruh ummat islam.
Harus Melihat Gambar Lucah.
Begitu juga fatwa golongan Ahbash
yang menyatakan tidak haram melihat gambar yang lucah atas dasar ia bukanlah
perempuan yang sebenar namun adalah sekeping gambar!
Duit Kertas Bukan Duit Yang
Sebenarnya.
Fatwa seterusnya daripada golongan
yang sama ( Ahbash ) menganggap duit kertas pada zaman moden ini bukan duit atas
alasan duit yang sebenarnya hanyalah dinar dan dirham. Maka, duit kertas ini
tidak akan ada riba padanya begitu juga tidak diwajibkan zakat ke atasnya.
6. Kegagalan mendapatkann
gambaran yang sebenar keadaan yang ingin difatwakan.
Kewajipan Meninggalkan Palestin.
Fatwa Sheikh Al-bani menyebut
menjadi kewajipan bagi ummat islam Palestin berhijrah meninggalkan bumi
tersebut. Ini terbina atas dasar hijrah ummat islam di Mekah setelah tidak
mampu menegakkan syiar islam.
Hakikatnya, fatwa ini tidak
terbina atas realiti memandangkan keadaan ummat islam di Mekah, mereka berada
di negara yang kafir. Namun dalam isu Palestin mereka adalah penduduk asal
kemudian diceroboh dan dijajahi oleh Zionis
Faedah Bank adalah halal.
Fatwa daripada bekas mufti Mesir,
Sheikh Tantawi yang berpendapat harus faedah bank konvesional atas dasar ia
adalah satu pelaburan yang diharuskan oleh islam sama seperti konsep mudharah.
Hakikatnya ia bukanlah mudharabah
kerana bank menjadikan duit penyimpan sebagai pinjaman kepada orang yang
memerlukan kemudian mengenakan riba yang tinggi ke atas mereka.
Harus Berdamai Dengan Zionis
Fatwa ini dicetuskan oleh
sebahagian ulama Mesir dan juga bekas mufti Arab Saudi, Bin Baz setelah
berlakunya perjanjian damai antara Israel dan Mesir serta Jprdan. Mereka menyandarkan
fatwa ini berdasarkan keharusan genjatan senjata dalam islam dengan musuh jika
wujudnya maslahat.
Namun hakikatnya,
keadaan Zionis pada hari ini mustahil untuk mengaplikasikan pendapat tersebut
kerana tindakan mereka yang menjajah serta merampas tanah ummat islam,
menumpahkan darah mereka, merobohkan rumah, memenjarakan beribu-ribu rakyat
Palestin dan sentiasa memungkiri penjanjian-perjanjian yang termeterai sebelum
ini.
( Sambungan :
Fatwa yang tidak dianggap ganjil )
0 comments:
Post a Comment