Saya akui apabila menulis beberapa artikel sebelum ini berkenaan kepentingan sikap dan cara berfikir yang betul dalam memahami sesuatu isu kebanyakannya dituju kepada mereka yang pernah ada perbezaan pendapat dengan saya. Saya tidak ingin menamakan dengan nama golongan-golongan tertentu selain tidak mendatangkan faedah ia sebenarnya boleh menyemarakkan lagi perselisihan.
Sepanjang pengalaman yang saya lalui ketika di Mu’tah dan Al-Alibayt, berikut adalah isunya. Saya coretkan di sini moga-moga kita lebih faham sebelum mengkritik. Antaranya:-
1. Isu Jamak Ketika Hujan.
Ketika semester terakhir pengajian ijazah,
saya pernah menulis isu Jamak Ketika Hujan ( Siri 1 ), dan Jamak Ketika Hujan ( Siri 2 ). Bukan sehari dua saya memikirkannya, namun sejak saya berada
di tanah air lagi, memerhati, berfikir, merujuk kepada kitab dan yang penting
‘berguru’ sebelum melahirkan pendapat.
Seorang rakan memberi respon hingga
berbelas-belas komen terhadap dalil yang saya gunakan. Respon yang sangat
banyak namun berulang-ulang dan menjadinya perkara yang sia-sia untuk dilayan.
Rakan ini menyangka saya menganggap mereka yang menjamakkan solat ketika hujan
secara MUTLAK tanpa mengikut syarat yang ditetapkan oleh jumhur ulama adalah
TIDAK SAH.
Walhal saya hanya menyatakan pendapat yang
lebih selamat untuk diikuti pada penilaian saya adalah mengikut syarat yang
ditetapkan. Seterusnya, saya juga ingin menegur kata-kata mereka yang mendabik
dada bahawa pendapat jamak tanpa syarat itu lebih sunnah daripada yang lain. Alangkah
baiknya jika memahami terlebih dahulu sebelum menerjah.
2. Isu Solat Hormat Waktu
Di Mafraq, ia bermula ketika kami mengikuti
program bersama menteri dan Persatuan Peguam Islam di EMJ. Kami pulang setelah
waktu asar dalam keadaan pemandu bas enggan berhenti untuk solat maghrib dan berjanji akan tiba di Mafraq sebelum waktu isyak, namun akhirnya terlewet jua.
Saya merujuk kepada Dr Ali Umari dan beliau
memberi penyelesaian jika berlaku situasi yang sama agar melaksanakan solat
hormat waktu dalam keadaan tiada upaya untuk melaksanakan dengan sempurna. Saya meletakkan di FB
beserta pandangan lain samada ingin menjamak atau menqada’ apa yang penting
berdoalah agar solat di terima dan pengajaran bagi kita semua jangan
bekerjasama dengan orang yang tidak solat.
Tiba-tiba ada rakan yang kurang senang hanya kerana perkataan solat hormat waktu lantas
meletakkan pendapat Dr Asri Zainal Abidin bahawa tidak wujud apa yang dinamakan
sebagai solat hormat waktu.
Tahukah dia bahawa dia hanya bertaqlid dan
saya juga bertaqlid dalam memetik pendapat? Kalau ijtihad pun tidak boleh
membatalkan ijtihad orang lain, maka apatah lagi jika hanya bertaqlid kemudian
mendakwa pendapat itu lebih sunnah.
Atau fahamkah dia, saya meletakkan jawapan
Dr Ali Umari itu sebagai jawapan kepada persoalan yang ditanya bersama dengan
pilihan lain. Ini bukan hanya bincang ilmiah, namun penyelesaian kepada
realiti yang berlaku
3. Isu Keharusan Jamak dan
Qasar di Mafraq.
Mulanya saya menulis artikel Jamak dan Qasar Mafraq Amman semata-mata ingin menyatakan ada pelbagai pendapat berkenaan
dengan jarak musafir dengan harapan kita perlu memahami keterbukaan dan juga
beramal dengan pendapat yang sesuai berdasarkan kekuatan dan keadaan.
Saya mengikuti satu ‘forum’ FB daripada
rakan-rakan bahawa pendapat yang sunnah adalah tidak meletakkan jarak ketika
musafir. ‘Panel-panel’ forum itu menjadikan rujukan Dr Anas dan kitab fiqh
sunnah ( kalau tidak silap ) sebagai bahan diskusi. Saya tidak mengusik forum
itu atas dasar menghormati pendapat.
Namun, saya juga tidak ingin rakan-rakan lain
merasakan pendapat jumhur yang meletakkan syarat itu hanyalah kalam ulama
semata-mata tanpa sandaran. Maka saya menulis artikel seterusnya Jamak dan Qasar Mafraq Amman ( satu penilaian ) menyokong pendapat jumhur dan merasakan
pendapat ini paling selamat, sesuai serta pendapat majoriti pensyarah fiqh Uni.
Al-Alibayt ( survey saya )
Kebebasan ingin mengamalkan mana-mana
pendapat bukanlah isunya, namun mendakwa pendapat ini lebih sunnah dan pendapat
lain tidak sunnah agak kurang sesuai disebut dalam perbezaan pendapat yang
muktabar ( sebaiknya disebut rajih dan marjuh ). Selain perlu diingat memberi
fatwa atau menjawab hukum perlu diambil berat kesan fatwa tersebut.
4. Isu Solat Jumaat.
Saya kira ini juga isu yang penting. Ada rakan
yang menyatakan boleh meninggalkan solat jumaat secara mutlak jika bermusafir
berdasarkan kata-kata Dr Anas. Benar ada pendapat itu di sisi imam-imam atau
ulama yang lain.
Namun kita menyokong pendapat dikalangan Ulama mazhab Syafie ( tidak meninggalkan solat jumaat melainkan bertolak sebelum fajar ) kerana kesannya besar. Ramai rakan akan meninggalkan solat jumaat hanya kerana ingin membeli barang bundle, bercuti ke laut mati atau Petra dan pelbagai lagi urusan yang bertaraf 'remeh'.
Bukankah ini akan membawa kepada meninggalkan solat jumaat dengan mudah? Walhal ia antara syiar islam yang utama hingga disebut dalam Al-Quran mesti besegera serta meninggalkan jual beli meskipun ia adalah urusan kehidupan manusia yang penting.
Namun kita menyokong pendapat dikalangan Ulama mazhab Syafie ( tidak meninggalkan solat jumaat melainkan bertolak sebelum fajar ) kerana kesannya besar. Ramai rakan akan meninggalkan solat jumaat hanya kerana ingin membeli barang bundle, bercuti ke laut mati atau Petra dan pelbagai lagi urusan yang bertaraf 'remeh'.
Bukankah ini akan membawa kepada meninggalkan solat jumaat dengan mudah? Walhal ia antara syiar islam yang utama hingga disebut dalam Al-Quran mesti besegera serta meninggalkan jual beli meskipun ia adalah urusan kehidupan manusia yang penting.
5. Isu Hadith Dhaif dan Maudu’
Begitu juga ada segelintir daripada kita
yang telalu cepat mendhaifkan hadith kemudian mempamerkan di FB. Niatnya bagus,
cuma sebagai mereka yang mendalami ilmu syariah sikap berhati-hati mesti
diambil kira.
Harus difahami memaudhu'kan hadith yang
sampai kepada Nabi s.a.w sama keadaan dengan mereka-rekakan hadith. Bukan saya
ingin mempertikaikan apa yang disebut, namun alangkah baiknya jika menulis
sebegini “ hadith ini dhaif di sisi fulan”.
Selain menunjukkan kecermatan kita dalam menilai,
ia juga adalah bentuk tawaduk. Sepanjang mendalami pengajian hadith, saya
dapati ulama hadith adalah mereka yang paling lebih berhati-hati dalam menilai
dan menghukum, mengapa tidak mencontohi mereka?
6. Isu muzik.
Boleh baca artikel saya, isunya mengapa
hanya ingin mendengar apa yang ingin didengar sahaja?
Untuk akhirnya..
Kebebasan memilih pendapat adalah hak
setiap orang. Mengkritik pendapat juga adalah hak jika dirasakan berada di pihak
yang benar. Namun, alangkah baiknya difahami dahulu isu sebelum menegur atau
mengkritik.
Saya memohon maaf kepada rakan-rakan yang
mungkin terasa akibat berbeza pendapat dalam isu-isu yang disebutkan tadi. Dalam
isu hukum hakam, fiqh, salafi atau apa sahaja isu perbezaan pendapat dalam
agama, saya tidak pernah menerjah FB atau blog orang yang berbeza pendapat atas
dasar hormat.
Dan saya rasa ini hikmah yang terbaik untuk
menegur yang boleh saya lakukan.
Mungkn ada berkata, isu di atas cuma kecil
sahaja, mengapa ingin diperbesarkan. Saya tidak membesarkan isu tersebut kerana
ia hanyalah contoh, Isunya adalah
Betulkan SIKAP..
Betulkan CARA BERFIKIR..
Samada isu keluarga, politik, agama,
perjuangan semuanya bermula dari situ..
0 comments:
Post a Comment