Kehadiran ke bumi Mutah buat kali kedua begitu mengujakan. Hati mana yang tidak gembira mengunjungi bumi yang menjadikan diri ini mampu berdikari dalam pencarian agama. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahli Jawatankuasa Akses Pemikiran islam ( API ). Sejak pulang ke Malaysia, saya sering mengharapkan untuk mengosongkan fikiran akan segala kenangan dan perkembangan Mu’tah. Namun, dalam diam-diam saya tidak mampu menahan diri untuk melawat blog PERMATA, dan rakan-rakan di sana untuk mengetahui perkembangan.
Sudah setahun saya meninggalkan Mu’tah kini kembali untuk memberi. Lebih manis apabila dijemput menjayakan program tersebut bersama sahabat baik saya, Syaheed Nizar yang turut diundang sebagai panel forum tersebut. Begitu juga Abdul Hadi yang kehadapan satu fasal daripada kami.
Mu’tah tetap Mu’tah.
Debaran begitu memuncak apabila memasuki pintu utama universiti ini. Rupa-rupanya sudah ada wakil AJK yang menunggu. Begitu juga apabila tiba di bangunan mujamma’ jadid dengan ramai AJK yang menyambut kami. Isteri saya sendiri tidak menyangka mendapat layanan seistimewa ini. Itulah Mu’tah, kemegahannya adalah nilai-nilai ukhuwah, menyambut tetamu dan perpaduan.
Program begitu kemas, rancak dan sentiasa ke arah penambahbaikan. Apabila melihat web PERMATA, aktiviti mereka sentiasa terbaik. Yang terbaru, PERMATA berjaya mengeluarkan buku-bukunya yang tersendiri.
Kata Ustaz Hussin, Presiden PERMATA
” Tahniah ustaz Ifwat, usaha yang anta lakukan dulu. Sekarang sudah ada yang mengikut jejak langkah anta”
Hasil karya Ustaz ’Al-Kutawi’ dibukukan untuk PERMATA jauh lebih baik berbanding saya yang menulis untuk peribadi.
Alhamdulillah, perkembangan muaddal dikalangan mereka juga mengkagumkan. Sudah beberapa orang pelajar menggapai mumtaz.
” Ala, mutah macam mudah je nak dapat mumtaz”
Sedih mendengar kata-kata tersebut.Baiklah, saya ceritakan keadaan Mu’tah. Interaksi mereka cukup baik dengan pensyarah. Bahkan, Dekan kuliah sentiasa mengadakan kelas tafaquh bersama pelajar Malaysia setiap minggu. Merujuk, bertanya hukum, berdiskusi dengan pensyarah adalah satu kebiasaan. Lihatlah tulisan blog-blog pelajar mereka. Penuh dengan nukilan-nukilan pensyarah. Lihatlah kelas bantuan akademik mereka, samada yang mengajar dan yang menerima begitu mengkagumkan. Kita yang mengkritik, lihatlah diri kita dahulu.
Cukuplah saya buat kesimpulan, dari dahulu saya kecewa dengan kenyataan-kenyataan seperti ini.
Generasi baru..
Dalam forum tersebut saya telah memberikan apa yang terbaik setakat kemampuan saya. Semua itu saya kutip sejak menjejak kaki di bumi Mu’tah pada 2006 hingga pulang ke Malaysia pada 2010. Apa yang saya lihat, dengar dan yang paling penting menilai dan mengambil pengajaran. Itulah hidup..
Kita dinilai dengan perjalanan kita bukannya destinasi kita. Itulah yang membezakan kita dengan mereka yang belajar dalam negara. Bukan ijazah kita, tapi jauhnya perjalanan kita di sini dan betapa luasnya pemandangan kita. Namun, itu itu mereka yang ulu absor bukannya orang yang buta.
Carilah jawapan mengapa anda perlu berada di Jordan secepat mungkin sebelum anda menyedari jawapan itu setelah anda berakhir di sini.
Apa pun,sekali lagi saya mengucapkan penghargaan kepada.
Ustaz Syaheed Nizar, Ustaz Abdul Hadi, Ustaz Hussin, Saudara Rahim, Abdullah, Ustazah Farhain, Junaid, Azmir dan Azmuddin dan ramai sahabat-sahabat Mu’tah. Hingga bertemu lagi

