
Bulan ini mungkin bulan yang getir buat Israel. Cabaran buat negara Yahudi ini cukup berbeza yang tidak pernah dialami sebelum ini. Jika diawal-awal pembentukan negara tersebut, mereka mudah mematahkan gabungan tentera arab serta menundukkan mereka dalam perang Arab Israel 1 dan perang Arab Israel 2. Kesannya menjadikan Israel digeruni oleh negara-negara Arab yang menjadi jiran sekelilingnya
Begitu juga dengan ancaman kumpulan-kumpulan bersenjata kecil seperti HAMAS dan Hizbullah, walaupun gagal melumpuhkan kedua-dua musuh kerdil ini, namun mereka tahu apa yang perlu dilakukan tanpa rasa bimbang. Apabila HAMAS menculik seorang tenteranya, Gaza terus dicabul. Begitu juga apabila Hizbullah cuba campur tangan dengan menculik tentera mereka. Solusinya muntahkan terus bom kepada rakyat Lubnan.
Namun pada tahun ini, ada beberapa isu yang dihadapi oleh mereka berbeza daripada situasi sebelum ini. Musuh mereka tidak menggunakan senjata ataupun mengancam rakyat mereka seperti sebelum-sebelum ni. Ini yang memeningkan Israel, apatah lagi kini menghadapi penentangan daripada bangsanya sendiri yang terkesan dengan revolusi Arab.
Krisis dengan Mesir
Israel mungkin masih ingat lagi igauan buruk saat-saat mereka dikalahkan oleh bangsa Mesir pada Perang Ramadhan 1973. Walaupun mereka menang 2 kali bertempur dengan bangsa arab hingga berjaya menawan tanah Sinai ( wilayah Mesir ), namun akhirnya dikejutkan dengan serangan tentera Mesir bersama sukarelawan IM yang berjaya mengundurkan mereka dari tanah tersebut.
Mesir adalah negara Arab yang terbesar dan terpenting buat Israel yang mempunyai perjanjian keamanan dan diplomatik dengan mereka. Mesir adalah penyumbang gas terbesar kepada Israel. Namun apa yang juga penting adalah peranan Mesir membantu memudahkan Israel mencabul Gaza. Saat Israel meratah Gaza dengan rakus, dunia menyaksikan bagaimana negara ini bekerjasama dengan Israel dengan menutup pintu sempadannya kepada pelarian Palestin.
Namun, saat ‘Yaumul Ghadhab’ melanda Mesir baru-baru ini hingga mengheret bekas diktaktornya, Husni Mubarak ke muka pengadilan mengubah segala-galanya, ia begitu membimbangkan Israel. Bahkan jika memberi ruang demokrasi yang luas,kemungkinan besar IM akan mengambil alih tempuk pemerintahan Mesir, bagaikan malapetaka buat Israel apatah lagi kini mereka melonggarkan keluar masuk sempadan Refah.
Israel tersilap ataupun mungkin sengaja mencari pasal untuk menguji Mesir, dalam keghairahan memburu pengganas yang didakwa terlibat dengan pengebomam bas di Bandar Illat ( selatan Israel ), mereka mensasarkan kepada pegawai-pegawai sempadan Mesir hingga mengorbankan 6 orang.
Rakyat yang masih dalam mood revolusi terus menggempur kedutaan Israel di Kaherah. Dutanya terpaksa diselamatkan hingga menyebabkan USA masuk campur. Satu dunia menyaksikan bagaimana bendera bintang enam itu dilempar daripada bangunan kedutaan mereka sendiri.
Dingin dengan Turki.
Begitu juga dengan Turki, krisis antara kedua-dua negara ini sampai kemuncaknya apabila Turki menggantung kerjasama antara dua pihak serta memanggil kembali dutanya dari Tel Aviv selagi Israel tidak memohon maaf atas insiden kapal Mavi Marmara baru-baru ini. Polimik lebih besar lagi timbul apabila Turki mengisytiharkan akan menghantar kapal perangnya mengawasi kapal-kapal flotilla misi bantuan kemanusiaan di masa hadapan.
Israel mengetahui Turki bukan negara biasa. Ia sudah mencapai tahap negara kuasa besar dan sebuah negara maju, jauh meninggalkan jiran serantaunya. Ekonominya pesat meletakkan Turki antara 16 kuasa ekonomi dunia. Dari segi pengaruh, negara ini adalah anggota pakatan NATO dan bakal diterima sebagai anggota Kesatuan Eropah ( EU ). Selain itu, pemimpinnya kini adalah individu yang paling berpengaruh dikalangan ummat islam, negara islam dan negara membangun.
Pengundian Kemerdekaan Palestin.
Setelah menemui kebuntuan berunding dengan Israel, akhirnya pihak berkuasa Palestin ( PA ) tekad untuk membawa isu kemerdekaan Palestin di Perhimpunan Agung PBB. Sebenarnya semua mengetahui tiada rundingan yang paling lama yang tidak pernah membuah hasil melainkan rundingan antara Palestin dan Israel.
Untuk kali ini, PA telah berusaha melobi negara-negara anggota dan melahirkan keyakinan mampu mendapat majoriti 2/3 negara anggota perhimpunan agong.Ini disambut baik oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dan dibantu oleh kempen daripada liga arab. Begitu juga majoriti negara-negara Kesatuan Eropah, bahkan tinjauan mendapati di beberapa negara di sana, sebagai contoh di UK 71% rakyat inginkan kerajaan mereka menyokong usaha tersebut. Begitu juga Perancis seramai 86% rakyatnya positif dengan usaha tersebut.
US telah melaungkan vetonya, namun ada pihak yang mendesak agar bidaan tersebut terus dilakukan di perhimpunan agung tanpa menerusi majlis keselamatan yang mampu dibatalkan keputusannya oleh salah satu negara anggota tetap.
Berdasarkan ketiga-tiga isu tadi, walaupun ia tidak mengancam kekuatan tentera Israel dan tidak juga menakutkan rakyatnya seperti hujan roket HAMAS dan Hizbullah sebelum ini, hakikatnya Israel dilanda satu fenomena apa yang dinamakan oleh penganalisis sebagai ‘tsunami diplomatik’.
Sebagai sebuah negara yang dibina atas tanah orang lain secara haram, Israel semakin hari menambah kebencian masyarakat dunia terhadapnya. Simpati Holocoust semakin lupus daripada pandangan masyarakat dunia. Peristiwa yang dipertikaikan kesahihan itu cukup meragukan berbanding dengan kekejaman mereka terhadap Palestin..
1 ulasan:
Unlike other heeled shoes, Hogan Shoes shoes of borse prada series are medically supervised. Dolce & Gabbana Sunglasses That is why; the slightly raised heel is designed to support the back of the foot, while the wrap around supports ankles against jerks. These beautiful artifices are available in different Sizes like 5 to 10 and shapes like narrow and wide. Moreover, Abercrombie Fitch these shoes can be customized on as per the specifications and requirements of the customer's.
Post a Comment