
Beberapa hari lepas, PBB mengeluarkan kenyataan Israel tidak perlu meminta maaf kepada Turki atas kejadian insiden serangan kapal misi bantuan Flotila Mawi Marmara milik negara tersebut Mei tahun lepas. Ini kerana kapal tersebut dikatakan menceroboh ruang perairan Israel. Ramai yang masih ingat betapa tidak berperikemanusiaannya komando-komando elit Israel menyerbu kapal bantuan kemanusiaan itu. Walaupun masyarakat dunia mengkritik tindakan tersebut namun apalah nilainya pada negara Zionis yang terkenal dengan pekak itu.
Turki dibawah pempinan Erdogan serta merta menggantung hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang melibatkan bidang ketenteraan dan ekonomi. Dutanya dipanggil kembali ke Istanbul selagi pihak Israel tidak meminta maaf atas tragedi tersebut. Ini dilihat tamparan hebat buat Israel yang kini berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat berdasarkan perkembangan terbaru di negara-negara arab sekitarnya setelah berlakunya revolusi baru-baru ini.
Menyingkap sejarah hubungan antara Turki dan Israel, kedua-duanya memang mempunyai kaitan sejak dahulu lagi. Ramai yang mengetahui saat Zionis Yahudi datang menghadap Sultan Abdul Hamid 2, sultan Turki Uthmaniyah untuk mem’beli’ bumi palestin, namun ditempelek oleh baginda. Saat itu, Zionis menyimpan dendam kepada Khilafah Uthmaniah. Setelah empayar itu berpecah, Israel diwujudkan atas tanah ummat islam Palestin secara haram dan paksa. Lebih daripada itu, Zionis cuba meluaskan tanahnya demi merealisasikan impian empayar Zionis, the Greater of Israel.
Jiran-jiran arabnya bangkit menentang, namun semuanya berjaya ditundukkan menerusi perang Arab Israel 1 ( 1948 ) dan 2 ( 1967 ) yang menyaksikan geografi Israel semakin luas. Walaupun beberapa tahun selepas itu Mesir, Jordan dan Syria berjaya mengundurkan Israel, itu hanya sekadar daripada wilayah mereka, yang pasti ia masih gagal menghalang penguasaan Israel di bumi Palestin dan meneruskan kekejaman mereka. Turki pula era tersebut masih mundur dan sibuk membina negara mereka dengan ideologi baru Kamalism selepas berakhirnya sistem khalifah.
Sebenarnya, Israel jika boleh ingin mengelak daripada mengundang masalah dengan jiran-jirannya. Bantuan dan sokongan daripada USA dan barat masih belum mencukupi. Israel memerlukan kestabilan rantaunya. Negara ini cuba berbaik-baik dengan jiran-jiran sekeliling seperti Jordan, Mesir dan Turki. Jika Jordan dan Mesir hanya mempunyai hubungan diplomatik biasa, Tukri lebih istimewa kerana hubungannya melangkaui kerjasama tentera dan ekonomi. Selain itu juga, terdapat etnikYahudi juga ada yang menetap di wilayah Turki.
Setelah HAMAS dan pejuang Palestin lain dilihat ampuh bertahan di genting Gaza dan Tebing barat, Israel sebenarnya semakin buntu memikirkan survival mereka. Ketakutan mereka makin bertambah sejak berlakunya revolusi arab. Rata-rata pemimpin yang dijatuhkan bukan hanya kerana mereka adalah diktaktor yang kejam namun kerana memekakkan diri daripada saudara mereka di Palestin.
Yang paling ketara adalah Mesir. Israel tersilap langkah ‘mencari pasal’ dengan menyerang tentera Mesir di sempadan atas alasan memburu pejuang Palestin. Walaupun pihak Tel Aviv cuba memulihkan keadaan dengan meminta maaf, namun pihak Mesir menyatakan ia tidak mencukupi hanya sekadar meminta maaf. Kedutaan Israel di Mesir diserbu dengan demonstrasi besar-besaran.

Turki pula setelah berjaya melemahkan pengaruh tentera dalam kerajaan yang menjadi ancaman mereka sebelum ini, menyaksikan pemimpinnya lebih beraksi diperingkat antarabangsa. Tukri kini meletakkan dirinya sebaris kuasa-kuasa besar dunia dalam memainkan peranan serantau. Dengan kemajuan ekonomi dan kestabilan politik Turki dilihat sebagai harapan ummat islam seluruh dunia membawa suara mereka.
Umum menyaksikan PM Turki memalukan Presiden Israel dalam forum ekonomi dunia beberapa tahun yang lalu. Ketegangan memuncak antara kedua-dua negara ini saat serangan kapal bantuan flotilla yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza. Israel menyedari ia tidak boleh melayan Turki seperti jiran-jiran arabnya sebelum ini. Negara yang mempunyai kestabilan politik, kekuatan ketenteraan dan pengaruh antarabangsa ini cukup bahaya buat Israel.
Semalam Turki mengisytiharkan akan menghantar kapal perangnya bagi mengawasi keselamatan kapal-kapal misi bantuan ke Gaza sebelum ini.
Respon daripada Israel
"These remarks are grave and serious, but we have no wish to add to the polemic,"
Beranikah?!
1 ulasan:
Regarding the above mentioned diagram, true religion outlet it is kindly noted that the high heel shoes are not so simply classified, babyliss Pro for the high heel shoes nowadays incorporate several factors such as style, attributes, heels height and etc. The different combination will offer you sheer different feeling when wearing them. Honda Fairings That is maybe the reason why ladies are usually smitten by the high heels.
Post a Comment