Semalam saya berada di Mu’tah atas jemputan sebagai panel Forum Menara Gading sempena Minggu Haluan Siswa. Bergandingan dengan saya adalah keluaran cemerlang Universiti tersebut yang masih lagi fresh dan bakal menyambung ijazah lanjutannya di UIA dibawah tajaan USIM, Ustazah Iffah bintin Mohammad Nasir. Tidak dilupakan moderator yang merupakan sahabat dan rujukan saya secara tidak langsung, Ustaz Ihsan Fadhli yang luas pembacaan dan pengalamannya dalam isu-isu ummat islam terutama yang melibatkan fikrah dan harakah islamiyyah.
Kembali ke Mu’tah buat kali kedua benar-benar menjadikan saya rasa begitu dihargai oleh komuniti Malaysia di sana. Tahun lepas saya hadir selaku panel dalam forum Akses Pemikiran Islam. Apa yang menarik, tidak tahu ia satu kebetulan ataupun tidak, saya pasti ditanya bagaimana membentuk mahasiswa yang memanfaatkan pengajian di universiti dan dalam masa yang sama berperanan dalam persatuan.
Dalam menghuraikan misi mendalami bidang agama, Surah At-Taubah, ayat 122 jelas sebagai panduan kepada mahasiswa. Ayat tersebut menyebut tiga perkara iaitu kedudukan, matlamat dan tugasan.
Dari segi kedudukan mereka yang ingin mem’fakih’kan diri dalam agama setaraf dengan mereka yang keluar berjihad, sebab itulah mereka dikecualikan daripada jihad dan berhak mendapat zakat atas asnaf fi sabilillah.
Dari segi matlamat jelas menuntut mereka mestilah belajar agama sehingga faham ‘dalam’ agama itu sendiri.
Dan dari segi tugasan, apabila pulang kepada masyarakat, kewajipan seterusnya adalah memberi peringatan kepada mereka.
Untuk persatuan pula, saya suka memudahkan istilah tersebut kepada tanggungjawab sosial agar pelajar lebih nampak selain daripada belajar, erti hidup kita sebagai musafir di bumi Syam ini memerlukan keprihatinan antara satu sama lain.
Kita hidup dalam kesusahan sebagai seorang musafir dan berjauhan daripada keluarga. Persatuanlah sebagai keluarga dan komuniti kita di sini. Berbeza dengan persatuan universiti, kolej dan sekolah di Malaysia, ia benar-benar sebuah realiti susah senang hidup kita di sini.
Untuk menyeimbangkan antara kedua-duanya mahasiswa mestilah mempunyai dua sikap iaitu merasa kekurangan dalam menuntut ilmu agar membuahkan sikap bersungguh-sungguh dalam mendalaminya.
Manakala dalam tanggungjawab sosial ataupun khidmat dalam persatuan, mahasiswa mestilah merasakan mereka ada kekuatan agar sentiasa memberikan khidmat yang terbaik buat teman-teman semusafir kita di sana.
Seterusnya, saya lebih suka untuk menyedarkan mahasiswa Mu’tah bahawa keistimewaan belajar di sana adalah tempoh pengajian yang pendek. Tempoh ini menjadikan matlamat yang dirancang adalah jelas untuk diisi selama 3 tahun. Dalam tempoh ini juga semangat mahasiswa masih lagi berkobar-kobar berbanding membiarkan diri bertahun-tahun boleh melahirkan perasaan tepu dan bosan.
Belajar agama mesti bermula dengan sikap. Sikap terbuka dalam menerima ilmu dan yang paling penting adalah sikap bertanggungjawab dalam mempelajari wahyu Allah ini.
Ilmu agama adalah ilmu yang luas khazanahnya, jika belajar tanpa perancangan dan bimbingan ia boleh melunturkan minat penuntutnya dan menjadikan pengajiannya sukar difahami.
Saya yakin dengan kelebihan pensyarah universiti Mu’tah yang terkenal hubungan baik mereka dengan pelajar Malaysia membantu cita-cita anda di sana.
Begitu juga faktor kekuatan komuniti PERMATA Jordan yang kini bolehlah digelar antara persatuan matang dan yang terbaik dalam memainkan peranan akademik dan kebajikannya terhadap ahli di sana.
Tiada alasan gagal dalam pengembaraan ilmu di sana melainkan sikap diri sendiri.
Saya bangga selaku keluaran Universiti Mu’tah
Saya juga bangga berkhidmat dengan PERMATA Jordan.
Moga hubungan kita makin akrab
4 ulasan:
alhamdulillah ustaz...syukran ustaz ats perkongsian dml forum itu bsama ustzh iffah...tp mcm mne nk punye hubungan yg baik ngan pensyarah??? mohon pnjelasan...
Tak payah pun, pensyarah lagi suka jika pelajar melayu merujuk mereka. Kerapkan perjumpaan, tanya pasal pelajaran dan hukum hakam. Soal bahasa kita belum mantap isu lain.. yang penting kerap jumpa..
syukran ust...
jazakallah
The art of being a top golfer includes correct alignment of the pelvis, Moncler shoulders and neck in order to achieve the magic swing that takes them to the pinnacle of their class. UGG Bags The swing of the golfer is actually pelvic rotation which involves the lumbar spine, the sacrum and most importantly the sacroiliac joint. Nike Air Max Just read old Ben Hogan's book written years ago - somethings don't change Hogan Sale .
Post a Comment