Sebuah negara yang pernah dikiblatkan oleh Tun Mahathir dalam ekonomi dan pembangunan sekitar tahun 80an dengan memperkenalkan dasar pandang ke timur ini mempunyai signifikasi yang tersendiri kepada bangsa-bangsa lain khususnya ummat islam.
Jepun pernah meletakkan namanya dalam sejarah dunia. Sekitar abad ke 18 tatkala kemaraan kuasa-kuasa imperialis barat ke Timur, Jepun cepat mereformasikan negaranya seperti Thailand bagi mengelak dijajah. Negara paling timur ini meletakkan dirinya sebagai kuasa tentera dunia setelah menundukkan dua jiran gergasinya, China dan Russia.
Tatkala revolusi perindustrian berlaku di negara tersebut, ramai kuasa-kuasa barat bimbang akan perkembangannya yang dilihat akan mengikut jejak langkah mereka untuk membentuk empayar dengan menjajah negara lain demi sumber ekonomi.
Antaranya USA yang mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun yang akhirnya menyaksikan amukan negara matahari terbit ini meranapkan Pearl Habour, salah satu pengkalan tentera US yang terlengkap di Hawaii. Saat itu, meletuslah perang dunia kedua.
Jepun meluaskan pengaruhnya ke asia timur dan asia tenggara demi memenuhi cita-citanya menjadi sebuah kuasa empayar dunia. Dengan kemodenan ketenteraan, strategi yang bekesan di tambah dengan penjajah-penjajah terpaksa menghadapi ancaman Jerman dan Itali di tanah air mereka sendiri, Jepun mengambil kesempatan ini menghalau mereka dengan mudah. Selain itu, negara samurai ini melancarkan perang psikologi demi meraih sokongan rakyat tempatan agar berpihak kepada mereka.
Setelah beberapa tahun, tanah-tanah jajahan tersebut menjadi satu liabiliti buat Jepun. Akhirnya mereka kehilangan satu persatu dek penentangan rakyat tempatan. Kekalahan dua sekutu Jepun di eropah menyaksikan kuasa-kuasa barat kembali memfokuskan Asia. Keengganannya untuk menyerah kalah menyaksiakan US mengambil cara mudah memuntahkan bom atom ke bumi Jepun yang mengorbankan 200 ribu orang.
Seperti biasa, kuasa-kuasa yang menang membentuk badan dunia sama seperti perang dunia pertama dahulu. Kuasa-kuasa yang kalah ditekan daripada membina kekuatan ketenteraan antaranya Jepun.
Namun, ini semua tidak melemahkan semangat negara ini untuk menjadi kuasa dunia. Kekuatan ketenteraan ditukar kepada kekuatan ekonomi. Dalam masa tidak sampai 50 tahun, Jepun meletakkan dirinya dalam kelompok negara G-8, kelompok 8 kuasa ekonomi yang menguasai 50% kekayaan dunia.
Jepun pernah melobi untuk menjadi ahli tetap majlis keselamatan dunia yang mempunyai kuasa veto seperti US, Britain, Perancis, Russia dan China namun ditentang oleh jirannya China yang masih lagi terluka dengan kekejaman tentera mereka sewaktu perang dunia kedua dulu.
Beberapa bulan lepas, Tsunami dasyat melanda negara ini. Yang paling parah, berlaku kebocoran pada loji nuklearnya, sebuah tempat yang dianggap paling kukuh dan selamat jika berlaku bencana alam. Dalam keadaan negara yang tercemar dengan radiasi nuklear, rakyatnya masih lagi berdisiplin dalam mematuhi arahan kerajaan terutama dalam agihan air bersih.
Hari ini, walaupun Kerajaan Jepun terpaksa mengeluarkan bertrillion-trillion bill out demi memulihkan ekonomi dan negara mereka akibat tsunami baru-baru ini, ia langsung tidak menjejaskan kedudukan negara ini sebagai kuasa ketiga ekonomi dunia.
Jepun tidak akan menjadi begini tanpa sikap rakyat dan juga pemimpinnya.
Rakyat yang bekerja selama 17 jam sehari. Rakyat yang terkenal dengan disiplin, berjimat cermat, pantang menyerah dan kuat membaca.
Berkenaan dengan pemimpin pula, sebuah kerajaan yang mempunyai visi jauh mensasarkan sebagai negara terbaik di dunia berbanding dengan pemimpin negara islam yang lebih gemar memperbodohkan rakyat mereka agar mengganggap negara mereka adalah yang terbaik dunia.
Seperti negara-negara maju barat, pemimpinnya cepat turun jika dikaitkan dengan apa-apa skandal dan rasuah. Tidak kedengaran pula ingin mempertahankan Tokyo walaupun sampai pecah perut.
Semangat Jepun... Semua boleh mengambil pengajaran daripadanya..
1 ulasan:
Hogan interactive shoes are designed keeping in mind Tiger Shoes medical issues like painful joints and injuries to knees and back. The shoes are made comfortable but not monotonous; Beats By Dr Dre one will always find elegance in Interactive Hogan shoes. Weather it be plain leather shoes available in brown, Hogan Scarpe gray and blue or the latest Interactive Hogan suede brown with light blue and gray shades.
Post a Comment