Sunday, September 11, 2011

Penilaian : Jamak dan Qasar Daripada Mafraq ke Amman



Semalam di Education Malaysia Jordan, apabila-apabila pelajar baru mantiqah Mafraq bertanyakan kepada pelajar-pelajar senior bolehkah mengambil rukhsah jamak dan qasar dalam solat, mereka menyebut berdasarkan tulisan saya ada dua pendapat, tanpa menyatakan pendapat mana lebih tepat.

Sebenarnya ini agak merisaukan saya jika memberi pendapat sedemikian ia boleh mengelirukan kepada adik-adik kita atau sesiapa sahaja yang memerlukan jawapan untuk diamalkan segera bukan untuk dikaji. Artikel yang ditulis sebelum ini bertujuan menghormati pendapat mereka yang berbeza dengan kita setelah ( mereka ) mengkaji dan bertanyakan kepada ulama lain bukannya ( tujuan ) untuk menyatakan semua pendapat boleh diamalkan oleh setiap orang.

Dalam isu jamak daripada Mafraq ke EMJ ( Amman ), berdasarkan rujukan saya samada kitab atau pensyarah adalah TIDAK DIHARUSKAN kerana syarat dibolehkan jamak dan qasar adalah sekitar 89-90 km ke atas.

Untuk makluman jarak antara mantiqah Mafraq ke EMJ, sweifiah adalah 65 km sahaja ( rujuk google map )

Jika ingin mengetahui isu ini dengan lebih ilmiah untuk diamalkan, penilaian mestilah kepada dua aspek iaitu kekuatan dalil bagi setiap mazhab dan kesesuaian dalam mengaplikasikan hukum berdasarkan keadaan mereka yang bertanya.

1.Penilaian dari sudut dalil dan pendapat mazhab.
Isu ini dikatakan adalah paling banyak perbezaan dikalangan ulama ( menurut Ibnu Munzir : 20 pendapat ), Antaranya:-

1.Mazhab Hanafi :
Perjalanan selama 3 hari dan apabila dikadarkan dengan jarak perjalanan ialah sekitar 100 km.
Ini berdasarkan hadith :
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat bermusafir selama lebih dari 3 hari kecuali bersama mahram” (Riwayat Bukhari )

Hadith ini dianggap oleh mereka sebagai petunjuk bahawa musafir itu adalah perjalanan selama 3 hari.

Pendapat ini ditolak oleh jumhur kerana maksud hadith tersebut adalah larangan bagi wanita bermusafir tanpa mahram dan tiada kena mengena dengan jarak safar.

2.Pendapat Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim dan Ibnu Qudamah.
Tiada had tertentu bagi jarak musafir. Ia ditentukan oleh uruf manusia iaitu kebiasaan jarak yang dianggap sebagai safar maka diharuskan untuk jamak dan qasar.

Dalil mereka : Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih tidak meletakkan jarak yang khusus bagi safar secara jelas maka ia kembali kepada uruf dan kefahaman manusia berkenaan safar.

Pendapat ini dikritik atas beberapa sebab:-
1.Tiada seorang pun dikalangan generasi salafu salih menentapkan dalil berdasarkan uruf.
2.Surah An-Nisa’ ayat 101 masih lagi am dan mujmal memerlukan penerangan daripada sunnah dan dalil-dalil yang lain.
3.Meletakkan uruf sebagai penentu safar akan menjadikan ia tidak dhabit ( tidak boleh diukur ). Ini kerana ia tiada kayu ukur yang jelas berdasarkan uruf berkenaan safar itu sendiri.

3.Mazhab Zahiri : Sejauh 18 km ( anggaran )
Mazhab ini paling ringan dengan berdalilkan kepada hadith Anas R.A yang diriwayatkan dalam sahih Muslim :

Rasulullah s.a.w jika bermusafir sejauh tiga fasakh beliau akan solat dua rakaat.

Penilaian tentang hadith ini
1.Hadith ini didhaifkan oleh Imam Qurtubi dalam tafsirnya atas sebab perawinya ( syu’bah ) ragu-ragu menyebut tentangnya.
2.Majoriti ulama berpendapat hadith tersebut bermaksud jarak Nabi s.a.w melaksanakan qasar bukannya jarak keseluruhan perjalanan.

4.Mazhab Jumhur : 2 marhalah sekitar 89 km ( anggaran )
Ini berdasarkan perbuatan Ibnu Umar dan Ibnu Abbas r.a. yang tidak pernah menqasarkan solat dan berbuka puasa didalam perjalanan 4 Burd ( 2 marhalah ).

Setiap yang mengkaji akan memilih pendapat yang terbaik baginya berdasarkan kekuatan dalil, kefahaman nas, dan hujjah-hujjah ulama. Ini adalah perkara biasa. Yang paling tepat bagi saya adalah pendapat Jumhur Ulama.

Seterusnya kita melihat kepada aspek aplikasi ( tatbiqat ) hukum. Dalam hal ini, seseorang itu perlu berhati-hati mengeluarkan hukum berdasarkan keadaan orang yang bertanya dan situasi mereka itu sendiri. Ia sangat mempengaruhi pendapat mana yang perlu dipilih.

Dari aspek ini juga saya tetap cenderong dengan pendapat jumhur atas beberapa sebab. Antaranya:-
1. Ihtiyat ( berhati-hati )
Dalam menghadapi perbezaan pendapat antara ulama, adalah lebih baik kita keluar daripadanya dengan memilih pendapat yang lebih selamat. Jarak 89km adalah jarak minimum bagi jumhur dan telah melepasi jarak yang ditetapkan oleh ulama-ulama lain.

Bab solat adalah perkara terpenting bagi ummat islam, alangkah baiknya mereka mengambil pendapat yang sedikit ‘berat’ yang masih mampu untuk dilakukan. Ditambah dengan keadaan perjalanan ( kenderaan ) yang selesa dan tiada kesulitan, maka apa salahnya kita berpegang dengan pendapat jumhur.

2.Pendapat yang lebih sesuai diaplikasikan pada zaman moden.
Musafir di zaman moden tidak lagi sesuai ditentukan uruf manusia. Berbanding zaman silam yang sukar untuk menetapkan jarak antara tempat, di zaman ini, segala jarak diperincikan, setiap destinasi disebut jaraknya dengan tepat, bahkan hampir setiap kilometer perjalanan akan ditunjukkan jarak tempat-tempat tertentu.

3.Berpegang dengan Mazhab bagi mereka yang jahil.
Apabila melihat kebanyakan yang bertanya masih lagi belum bersedia mengkaji secara ilmiah, maka lebih kita berfatwa berdasarkan mazhab mereka. Adalah jarang kita mendengar dikalangan masyarakat Malaysia mengamalkan pendapat Zahiri, Hanafi ataupun Ibnu Taimiyah. Ini perlu dilihat bagi mengelak fitnah yang lebih besar.

Kesimpulan saya yang masih lagi dhaif ini:-
1.Jika orang bertanya secara umum, bolehkah jamak dan qasar daripada Mafraq ke Amman ( EMJ ), jawapannya adalah TIDAK BOLEH berdasarkan pendapat jumhur kerana jaraknya baru mencecah 65 km.

2.Jika dalam keadaan kesulitan seperti kesesakan lalu lintas, ingin mengejar temu janji, sesat di Amman, sulit kerana program yang padat. Maka, tidak menjadi kesalahan jika ingin beramal dengan pendapat lain yang lebih ringan.

3.Jika anda melihat mereka mengamalkan pendapat yang berbeza,janganla terlalu cepat melabel solat mereka batal. Ini masih dalam ruang lingkup khilafiyah antara ulama.

Apa pun, diri sendiri yang mengetahui keimanan dan kemampuan masing-masing.

Dan hanya Allah sahaja yang berhak menerima solat yang dikerjakan oleh hambanya.

3 ulasan:

::alifdalmim:: said...

Salam, sorry ifwat, aku nk tanya nih..boleh ke kalau kita dalam musafir yg dibolehkan jamak dan qasar kita buat jamak pastu tidak..maksud aku, hari ni rasa nk buat jamak..ok buat.esok mcm nk buat solat ikut waktu..pastu lusa buat jamak balik..boleh tak?

Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak said...

Tak de masalah dalam mazhab Syafie. Bahkan, dalam bab jamak ( bukan qasar ), adalah lebih baik tidak dilakukan secara kerap kerana isu jamak masih b'legar dikalangan ulama. Mazhab Hanafi tolak jamak. So, ada baiknya b'hati2 dgn tidak melakukan secara kerap. Blh rujuk Fiqh Adillah, Prof Dr Wahbah Zuhaili

bfggds said...

Bomber leather jackets are also available Moncler Jackets for men who want to look stylish and add a tough look to their personalities. the north face jackets Bomber leather jackets have always represented a person whose life is full adventures and who has enough dare to compete without any difficulty at any turn of his life. Women bomber leather jackets are also Ugg boots 5815 available that add an extra hot look to women wearing them.