Sunday, September 18, 2011

Pakatan Turki Arab Bermula.



Minggu ni sahaja, PM Turki, Racip Tayyeb Erdorgan memulakan lawatan kerja beliau ke negara Mesir dan Libya, dua negara yang baru mencapai kemerdekaan daripada cengkaman diktaktor sebangsa dengan mereka sendiri. Ini dilihat sebagai persaingan antara pemimpin Turki dengan pemimpin barat yang turut mengintai peluang keuntungan daripada kejatuhan pemerintah-pemerintah arab terutamanya di Libya.

Dalam bulan ini sahaja pelbagai peristiwa berlaku di timur tengah melibatkan Turki. Bahkan ia menaikkan nama Tukri di mata dunia dan meletakkan kedudukan dan pengaruh mereka diperingkat tersendiri. Ketegangan dan ketegasan dengan Israel sampai ke kemuncaknya apabila kerjasama antara mereka digantung dan duta masing-masing dipanggil pulang. Begitu juga sokongan Turki kepada kemerdekaan Palestin, seperti ucapan Erdorgan

" Kita akan melihat bendera Palestin berkibar di PBB"

Erdogan tiba di Mesir untuk memberi ucapan dalam persidangan liga Arab. Beliau disambut dengan begitu meriah oleh rakyat tempatan. Bendera-bendera Turki dikibarkan di Mesir, bahkan di Palestin turut sama sebagai tanda sokongan kepada keberanian dan pembelaan pemimpin negara islam ini.

‘Arab Spring’ mungkin di fasal yang terakhir dan era baru pasti bermula. Tunisia, Libya dan Mesir telah menyaksikan kejatuhan pemerintah kuku besi mereka. Yaman dan Syria pula diktaktornya masih bergantung dengan talian hayat. Morocco, Algeria, dan Jordan, pemerintahan diraja terpaksa mengubah landskap negara mereka demi meredakan tuntutan rakyat.

Mereka yang menganalisis dan mengikuti perkembangan ini secara berterusan pasti memahami apa yang tersurat dan yang tersirat. Mungkin tidaklah terlalu skeptik menyatakan bahawa apa yang berlaku ini semuanya perancangan barat demi menghancurkan dunia islam. Kebangkitan tersebut adalah daripada rakyat mereka sendiri yang menuntut hak-hak dan keadilan seperti yang disebut oleh tokoh ulama dan daei’ terkenal Prof Dr Yusof Al-Qaradhwai,

"hati-hati mereka telah digerakkan oleh Allah".

Walaubagaimanpun jangan lupa dengan barat, mereka bagaikan dubuk-dubuk yang menunggu singa memburu mangsanya dan setelah itu mereka menghalau singa demi mendapat merampas buruan tersebut. Menyulusuri sorotan sejarah, sejak zaman kolonalis barat yang menjajah hampir seluruh dunia islam dan menyedut kekayaan bumi mereka, hinggalah era mellenium yang manyaksikan pelanggaran USA terhadap Afghanistan dan Iraq tanpa alasan yang kukuh, mereka tidak akan melakukkannya melainkan ada keuntungan yang tersembunyi.

Barat mendakwa merekalah jaguh dalam hak asasi manusia dan kebebasan individu, namun mereka hipokrit jika berkaitan dengan kepentingan negara dan ummat islam. Yang paling terang lagi bersuluh adalah sikap mereka terhadap isu Palestin. Mereka memekakkan telinga dengan tuntutan rakyat Palestin dan membuta mata terhadap kekejaman yang berlaku.

Berbalik kepada isu tadi, ummat islam dan negara arab perlu mengisi ‘kemerdekaan’ baru ini sebelum barat campur tangan. Dalam keadaan negara yang lemah dan memerlukan sumbangan antarabangsa, barat pasti menunggu saat ini, seperti mana mereka meninggalkan tanah jajahan dengan warisan pemerintahan mereka yang berbangsa tempatan.

Erdogan dilihat cuba memainkan peranan ini semaksimun mungkin bagi mengukuhkan hubungan negara-negara islam. Apatah lagi tercetus ketegangan antara Israel dengan Mesir setelah Turki. Akhirnya menyatukan antara dua negara paling berpengaruh dalam dunia islam ini.

Bukan senang untuk meletakkan diri sebagai pemimpin yang memainkan peranan antarabangsa. Ia mesti dimulakan dengan kestabilan negara dari sudut politik, ekonomi, ketenteraan dan sokongan rakyat. Turki meletakkan diri mereka ke arah itu.

Bukan senang mencari negara yang berani mencari pasal dengan Israel. Jika wujud pun adalah dikalangan negara-negara dunia ketiga yang hanya lantang dihadapan rakyat mereka namun membisu di pentas antarbangsa. Israel mempunyai imuniti dengan peristiwa Holocoaust demi meneruskan survival mereka di bumi Palestin. Semua negara barat terutamanya kuasa-kuasa besar tidak berani menyanggahi apatah lagi mengambil tindakan terhadap negara bintang enam itu.

dan kini, jelajah Turki adalah untuk mendedahkan kebusukan Israel agar negara ini terus dipinggirkan.

Teringat kata-kata Erdorgan terhadap Presiden Israel dalam sidang ekonomi Davos beberapa tahun yang lalu.

"I'll say [it] again. I say in English 'you shall not kill'. Did you still not understand? So I'll say it to you in your own language. I say in Hebrew, 'Lo Tirtzakh'."

1 ulasan:

bfggds said...

Unlike other series, as it first released by Nike in 1987, Nike has frequently introduced new and updated models in the same product line. From the first pair of Nike Air Max,
Motorcycle Fairings the advantage of Nike Air Max shoe Asics Tiger is using of large air cushioning unit at he heel which is visible from the side of the midsole in most models. Different types of Air Max cushioning include "Air Max2" which does not have the "holes" in the cushioning unit and is of high pressure,Beats By Dre