Tuesday, September 27, 2011

Masa Depan Tahaluf Siasi PAS-DAP..


Saya mula mengikuti politik sejak tahun 1998 berikutan peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ( DSAI ). Ketika itu, saya mendengar pakatan GERAK, Gerakan Keadilan Rakyat kalau tidak silap antara PAS,DAP dan PRM. Kemudian mereka menubuhkan Barisan Alternatif ( BA ). Hasil pilihanraya 1999, PAS dan KeADILan mengaut sokongan yang besar daripada orang Melayu manakala DAP pula kehilangan sokongan bukan Islam.

Menjelang tahun 2003, keretakan antara parti-parti BA semakin jelas. Isunya apabila PAS melancarkan modul negara islam menyebabkan DAP keluar daripada pakatan ini. Ia berlaku pada zaman PAS di bawah Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang turut memperkenalkan enakmen hudud dan qisas sebagai undang-undang Syariah Terengganu. Setahun kemudian ( 2004 ) menyaksikan kemenangan besar BN dibawah pimpinan Tun Abdulullah. Pembangkang pula dalam keadaan goyah kesatuan mereka.

Sehinggalah pembebasan DSAI, parti-parti pembangkang mendapat nafas baru, ditambah pula dengan pentadbiran Tun Abdullah yang dilihat lemah. Ketika itu berlaku apa yang diistilahkan sebagai tsunami politik yang turut mengubah landskap politik negara. Kali pertama saya mendengar PAS menyebut kerjasamanya dengan DAP adalah ia berasaskan tahaluf siasi.

Ini berdasarkan sebuah hadith:
Sesungguhnya Aku telah menyaksikan satu sumpah setia [ perjanjian ] yang dimeterai di rumah Abdullah bin Jad'an . Aku tidak akan suka bahawa aku menerima unta yang hebat sebagai ganti untuk menyalahi sumpah setia itu . Jika di Islam mengajak dengan perjanjian yang serupa nescaya aku menerimanya ( Riwayat Ahmad dan Ibnu Hisyam )

Kisahnya secara ringkas, kabilah-kabilah Arab membuat sumpah setia akan membela mereka yang lemah yang dizalimi. Ia berlaku pada zaman sebelum baginda s.a.w diangkat menjadi Rasul dan baginda memujinya setelah diangkat sebagai rasul.

Ini menunjukkan persepakatan antara ummat islam dan bukan islam adalah digalakkan dalam menentang kezaliman, menegak keadilan dan hak-hak manusia. Surah Al-Mumtahinah, ayat 8 menyokong asas ini.

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang (kafir) yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengusir kamu keluar dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil” (Surah al-Mumtanahah, ayat 8)

Ayat ini turut membuktikan asas hubungan islam dan bukan islam adalah pendamaian, bukannya permusuhan. Malah disebut berbuat baik dan berlaku adil ke atas mereka adalah dikasihi oleh Allah.

Walaubagaimanapun, dalam Politik yang melibatkan maslahat yang lebih besar, percaturannya tidak cukup sekadar zahir nas. Sirah baginda adalah sesuatu yang perlu diteliti. Antaranya:-

1.Piagam madinah iaitu perjanjian antara ummat islam dan Yahudi dikhianati apabila mereka membantu puak musyrikin Mekah dalam perang Ahzab.
2.Perjanjian Hudaibiyyah antara Negara Islam Madinah dan Mekah turut dikhianati oleh Quraisy Mekah.

Merujuk kepada kerjasama PAS dan DAP dari segi sejarah sentiasa ada isu yang merenggangkan antara kedua-duanya. Yang paling jelas adalah isu hudud dan negara islam. Cuma mereka boleh bersatu atas usaha menumbangkan BN.

Selain itu juga, asas yang kedua yang menyatukan mereka adalah perjuangan menegakkan keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran negara. Kelantan dan Pulau Pinang membuktikan indeks rasuah, ketelusan pentadbiran dan kebajikan rakyat berada ditahap yang paling baik.

Itu menjadikan kerjasama PAS lebih baik dengan DAP berbanding BN. Pengalaman sejarah adalah penting dalam politik seperti pengalaman PAS ditendang daripada gabungan BN. Bekerjasama dengan parti bukan islam sama sahaja dengan parti nasionalis sekular. Bahkan di tanah arab ini, isu tahaluf siasi yang dibincangkan di sini adalah kerjasama parti islam dengan parti nasionalis.

Apabila PAS memperkasakan penyertaan bukan islam dengan menubuhkan dewan himpunan penyokong PAS, ia dilihat sebagai percubaan parti itu untuk berdiri sendiri untuk jangka masa panjang. Begitu juga slogan PAS for all. Dalam politik semua boleh berlaku dan PAS menyedari realiti ini. Ini juga disedari oleh DAP yang turut mengangkat pemimpin Melayu Islam dalam parti mereka.

Sehingga minggu ini, isu hudud muncul kembali. Tuan Guru Nik Abdul Aziz cukup tegas kali ini. Ramai juga melahirkan kebimbangan akan perpecahan dalam PR yang boleh merugikan semua pihak.

Terdapat juga dikalangan tokoh-tokoh islam menyebut bahawa hudud belum sesuai dengan kondisi negara kita ini. Namun, itu bukan isunya.. Bahkan PM pun sudah pandai mengaitkan perlaksanaannya dengan maqasid Syariah..

Sehinggalah tulisan dan pandangan Prof Abdul Aziz Bari sangat memberikan pencerahan dan keyakinan kepada semua. Beliau adalah individu yang dijemput oleh TGNA untuk membincangkan hal ini dari sudut perlembagaan. Ulasan beliau..

"Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Phimpun Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri"

Bahkan beliau melahirkan keyakinan ini adalah peluang terbaik PAS membuka pekung kepura-puraan UMNO dan NGO-NGO ultra Melayu dalam memperjuangkan isu-isu islam dan melayu.

Selain itu juga membuktikan PAS tidak dibawah telunjuk DAP berbanding UMNO yang sering kecut dengan ugutan MCA dan Gerakan.

Jika terus berjuang dengan tahaluf, kemenangan nanti pun terpaksa dengan tahaluf..

Alangkah baiknya DAP bertolak ansur..

Moga mesyuarat PR hari ini membuahkan keputusan yang terbaik..

2 ulasan:

asma bintang said...

SEO Tools
http://asmabintang12.blogspot.com/search/label/SEO%20TOOLS

bfggds said...

Nike is a brand name synonymous to shoes Nike Air Max 2009 . It's a household name that has accumulated billions in revenue since its humble beginnings. Hogan Shoes Online It's everybody favorite shoe company. Nike was founded in 1962, by Bill Bowerman and Phil Knight in the trunk of Knight's car and was originally started as Blue Ribbon Sports. North Face Jackets For Men Nike emanated from two sources: Bill Bowerman's quest for lighter, more durable racing shoes for his University of Oregon runners, and Knight's search for a way to make a living without having to Moncler Shoes give up his love of athletics. The name 'Nike' was established in 1972 after the winged Greek goddess of victory.