Saturday, September 10, 2011

Jiran Membawa Ke Neraka?



Alhamdulillah, sejak menyewa rumah di Kampung Hayyu Ma’aniyah ini, saya dikurniakan dengan jiran yang baik. Yang paling rapat adalah sebelah rumah saya, seorang wanita yang mungkin berpangkat ibu kepada kami, Ummu Abdul Rahman bersama keluarganya.

Ummu Abdul Rahman telah kematian suaminya beberapa tahun yang lalu. Beliau tinggal bersama tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan yang semuanya masih belum berkahwin. Hanya seorang anak perempuan beliau berumah tangga dan telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata. Yang pasti, semua anak-anak beliau telah mempunyai pekerjaan tetap. Rutin harian Umm Abdul Rahman adalah menjaga dan bermain dengan cucu-cucunya.

Menceritakan kebaikan beliau kepada kami, Umm Abdul Rahman begitu mengambil berat sehingga begitu risau jika beberapa hari kami tidak kelihatan. Setiap tetamu yang datang, lelaki ataupun perempuan, beliau pasti ingin mengetahui. Selain itu,hampir setiap hari keluarga Um Abdul Rahman menghantar hidangan tengah hari. Mansaf, Maqlubah dan Kabsah adalah santapan yang paling kerap dihantar. Hinggakan bulan Ramadhan baru-baru ini, beliau melarang kami daripada masak, semuanya juadah berbuka disediakan oleh beliau.

Sehingga kini, kami merasa begitu tenang dan selamat sekiranya berada di rumah ataupun keluar.

Menyingkap hak-hak jiran dalam islam..

Islam adalah agama yang bersifat kemanusiaan. Antara tabiat manusia, makhluk ini mesti hidup secara berhubung antara satu sama lain. Ia bermula daripada sebuah keluarga kemudian masyarakat dan akhirnya sekali negara, demi melahirkan ummah yang sempurna. Dan Islam menitik berat semua hubungan tersebut.

Pemimpin ditentukan oleh masyarakat. Jika baik masyarakat, pasti mereka akan memilih pemimpin yang baik. Masyarakat pula tidak akan terbentuk dalam keadaan yang baik jika setiap muslim mengabaikan hubungan mereka dengan jiran tetangga.

Janganlah mengimpikan masyarakat yang penyayang jika anda sendiri bermasalah dengan jiran. Jangan menyalahkan politik negara yang kotor jika anda sendiri tidak pandai berpolitik dengan jiran.

Ia adalah tanggungjawab seorang muslim, tidak kiralah jiran itu dikalangan keluarga ataupun dikalangan mereka yang berlainan akidah. Ia menentukan iman seseorang.

Sesiapa beriman kepada Allah dan hari kiamat, maka hendaklah ia berbuat baik kepada jirannya.
(Hadis riwayat Muslim)

Bahkan Nabi sendiri pernah menyangka seakan-akan jiran berhak mendapat harta pusaka setelah mendengar malaikat Jibril sering berpesan agar berbuat baik dengan mereka. Betapa tingginya darjat jiran kepada seseorang muslim.

Kita dituntut berbuat baik dan berakhlak kepada mereka hingga mereka merasa aman dan bahagia tinggal berhampiran dengan kita. Seperti itu juga tanggungjawab mereka kepada kita..

Jika tidak..


Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.

(Riwayat Muslim)

Jika tidak di syurga.. di mana lagi..

Jenguklah jiran anda sekali sekala..

Mulakan masyarakat kita daripada mereka..

1 ulasan:

bfggds said...

Ankle Strap Day Flat Ballet Flats Patent Ankle Belstaff Jackets Wrap Prom High D'Orsay Exotic Block Heel Work Medium Espadrilles Patent Leather Comfort Party Low Gladiator Glitter Belstaff Jackets Flats Evening Knee Boots PVC Open Toe Wedding Mary Jane Metallic Leather Platform Weekend Pumps Biker Leather Pointed Rosetta Stone Toe Transitional Sandal Metallic Suede Rounded Toe Slide Vintage Suede Slingback Spectator Coarse Suede Stiletto Heels Thigh Boots Satin Wedges Thong Jeweled T-Strap Embossed Leather