
Jika dahulu ketika menghadiri sesuatu majlis di Amman, saya sering melihat terdapat dua kelompok daripada pelajar Mafraq ketika menunaikan solat. Ada yang solat secara sempurna dan ada yang solat secara musafir iaitu jamak dan qasar.
Berbanding Mu’tah dan Irbid, setiap daripada mahasiswa sana boleh mengambil rukhsah ini dengan yakin disebabkan jarak antara kedua-dua tempat ini melepasi jarak musafir sejauh 89 km berdasarkan pendapat jumhur ulama Syafie, Maliki dan Hanbali.
Namun bagi Mafraq hanya kekurangan sekitar 15 km sahaja daripada jarak tersebut..
Ada yang mengambil rukhsah ini dan ada yang tidak ‘berani’ mencubanya apatah lagi ia berkaitan dengan solat.
Ada dikalangan rakan-rakan kita mengkritik mereka yang mengambil kemudahan ini. Kalau dahulu di Mu’tah saya antara dikalangan mereka ( saya tak kritik tapi tidak setuju ).
Akhirnya apabila kita berada di bumi Mafraq ini, kita sendiri yang mengetahui keadaan sebenar dan tahap kesulitannya.
Sehingga kini musafir saya ke amman,adakalanya saya mengambil rukhsas ini, ada kalanya saya meninggalkan terus, adakalanya saya hanya mengambil sebahagian daripadanya.
Jika diteliti solat musafir ( jamak dan qasar ) mempunyai illah ( sebab tertentu ) mengapa ia harus diqasarkan ataupun dijamakkan antara dua solat. Illahnya seperti disepakati majoriti oleh ulama fiqh dan usul adalah safar iaitu perjalanan bagi seseorang musafir. Namun, ciri-ciri perjalanan musafir itu ditafsir dengan pelbagai pendapat.
Antaranya:-
1. Mazhab Hanafi : perjalanan 3 hari
2. Jumhur : 2 marhalah ( 89 km )
3. Zahiriah : 3 mil ( 5 km )
4. Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim dan beberapa ulama lain : Jarak ditentukan oleh uruf.
Berkenaan dengan musafir daripada mafraq ke Amman, saya meminta komentar daripada beberapa pensyarah Kuliyyah Syariah di Universiti Al-Alibayt. Antara 5 pensyarah ditanya, 3 daripadanya tidak membenarkan dan 2 daripadanya mengharuskannya.
Semua boleh merujuk dalil-dalil mereka dalam kitab dan internet, Cuma secara kesimpulan ringkas bagi kesemua dalil-dalil yang digunakan semuanya terdedah kepada kritikan dan tafsiran yang berbeza. Ada dalil yang sahih namun tidak jelas, ada nas yang jelas namun tidak sahih.
Akhirnya ia membawa kepada isu khilafiyyah..
Iaitu masih berlegar sekitar pendapat yang rajih dan marjuh bagi seseorang. Jika seseorang itu memilih salah satu pendapat janganlah mendakwa bahawa pendapatnya sunnah dan pendapat lain adalah bid’ah. Atau janganlah begitu cepat menghukum apa yang kita pegang sebagai sah dan pendapat yang kita tolak itu sebagai tidak sah solat mereka.
Setiap orang berhak mengikuti apa yang difatwakan kepadanya..
Walaupun ulama tidak mengiktibar kesulitan ( musyaqqah ) sebagai illh hukum yang tetap bagi isu-isu berkaitan dengan musafir, namun ia turut memberi kesan kepada hukum. Hanya kita yang mengetahui kesulitan diri sendiri.
Yang penting kemampuan taqwa kita.
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Sila rujuk artikel Penilaian : Jamak dan Qasar Dari Mafraq ke Amman.
1 ulasan:
The Nike Shox NZ 2.0 SI is great shoe Tiger Shoes for heavy runners and walkers. If you are a big man, the Nike Shox NZ 2.0 SI will work a lot better than the Nike Max Airs. If you have never worn Nike Shox before, Franklin Marshall Store then you will need to know that the shoe is not as comfortable right out of the box. You must "break your Shox in". Once the Shox are broke in, D&G sunglasses they tend to be more comfortable and durable for heavier people. Lighter people may want to stick to the Nike Air Max shoes.
Post a Comment