Tuesday, September 20, 2011

Catatan Semester Baru : Antara Orang Yang Berfatwa dan Meminta Fatwa



Alhamdulillah, semester baru telah pun bermula. Untuk kali ini saya mengambil subjek Fiqh Uqaubat, Maqasid Syariah dan Usul Fiqh Dalalah. Antara ketiga-tiga subjek itu, subjek Usul Fiqh Dalalah cukup mencabar yang dianggap subjek MA paling sukar di sini. Kelas pertama pun, kami telah di’hidang’ dengan kerja yang banyak.

Menyelusuri pengajian usul fiqh dalalah,ia terdiri daripada tiga aliran iaitu Mazhab Mutakalim ( Syafie ), Mazhab Fuqaha’ ( Hanafi ) dan Muta’khirin ( menghimpunkan dua aliran ). Lapangan fiqh dan usul fiqh adalah bebeza. Umpamanya ulama usul yang ber’mazhab’ Syafie dalam fiqh tidak semestinya memilih mazhab mutakallim dalam usul. Begitu juga sebaliknya.

Berbalik kepada kelas pertama tadi. Satu perkara yang menarik disentuh oleh Dr Hammad Abdul Hamid berkenaan sikap sebahagian daripada pelajar Syariah yang gemar ‘berfatwa’ dengan mana-mana pendapat tanpa melihat asas fatwa itu dibina.

Umpamanya dalam bab qada’ solat bagi mereka meninggalkannya dengan sengaja. Jumhur dan ijmak 4 imam mazhab menyatakan kewajipan mengqada’kan apa yang telah tinggalkan. Bagi aliran Zahiriyyah dan beberapa ulama ( saya mengelak untuk menyebutnya ) mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja tidak wajib qada’, namun mestilah bertaubat dan memperbanyakkan solat sunat.

Menurut Dr Hammad, apa yang menjadi masalah pelajar yang ‘berfatwa’ itu tidak mengetahui usul fatwa tersebut. Harus difahami bahawa mazhab Zahiriah membina fatwa mereka secara zahir nas dan mereka menganggap orang yang meninggalkan solat itu sebagai kafir.

Jika seseorang itu berfatwa sedemikian, dia seharusnya menyedari bahawa ia dibina atas asas orang yang bertanya itu dalam keadaan kafir selama dia meninggalkan solat dengan sengaja. Bila disebut kafir ia memberi kesan kepada hukum seperti mirath, perkahwinan, saksi dan lain-lain lagi.

Berbanding jumhur,meninggalkan solat dengan sengaja itu masih lagi muslim maka apa yang ditinggalkan itu dianggap sebagai hutang yang mesti dilangsaikan. Jika tidak sempat menghabiskan semua, semoga Allah mengampunkannya.

Cerita di Café.
Hari ini di Café Ghazali saya sempat berborak dengan beberapa pelajar. Daripada cerita kelas MA dan subjek Usul Fiqh Dalalah hinggalah mengheret kepada isu-isu fiqh khilafiyyah.

Mereka bertanya bagaimana jika seseorang pelajar itu beramal dengan pendapat yang dilihat ringan dan bercanggah dengan kebanyakan fatwa ulama-ulama lain yang lebih ramai setelah bertanyakan kepada mana-mana pensyarah.

Apa yang perlu difahami, seseorang itu berhak mengamalkan apa yang difatwakan oleh seseorang mufti kepadanya walaupun kita merasakan ia bertentangan dengan pendapat yang lebih ramai, kukuh dan selamat. Umpamanya jika ada pensyarah yang berfatwakan keharusan qasar solat walaupun tidak sampai 2 marhalah dan apabila ada pelajar yang mengamalkannya ia bukan satu isu yang besar. Bahkan itu adalah hak orang yang bertanya.

Yang menjadi masalah adalah sikap yang tidak cermat. Jika kita bertanya atas dasar sebagai seorang mustafti atau muqallid, tidak salah untuk beramal dengannya kerana kita tidak menanggung fatwa tersebut. Yang bertanggungjawab adalah mereka yang berfatwa.

Sebaliknya jika kita meletakan diri sebagai pentarjih ( orang yang menentukan pendapat yang lebih kuat dan lemah ) dan kemudian mendakwa apa yang ditanya itu lebih sunnah ditambah pula mengkritik pendapat lain tanpa mengetahuinya secara mendalam ia bakal mengundang masalah yang lebih besar. Apatah lagi pendapat tersebut adalah pendapat jumhur.

Ia memerlukan sikap yang berhati-hati dan bertanggungjawab.

Salam semester baru..

1 ulasan:

bfggds said...

Like it's older cousin, the north face jackets the 2012 BaByliss Pro 230 Elegance straightener gets to 230 degrees salon temperature and it is ready to use in just Just a few seconds.
Moncler Jackets The super shine, 25% longer true titanium plates, straighten up larger sections of hair at one time for rapid results and give an ultimate sleek finish. Buy Ugg Boots Featuring its State-of-the-art Ceramics heating system, it offers extremely rapid heat recovery to maintain consistent high heat throughout use. Nike Air Max Shoes Sounds excellent doesn't it? Well it is!