Sunday, February 6, 2011

Kali ke dua di Bumi Urdun




Menjejak kaki kali kedua di bumi Syam mungkin satu fasal baru dalam hidup saya. Kali ini saya menjadi pelajar ijazah lanjutan di Universiti Al-Alibayt, Jordan. Saya tidak bersendirian, isteri tersayang turut menyertai dalam kembara ilmu kali ini. Pesawat GULF yang singgah di bumi Bahrain sebelum tiba di Amman turut menjadikan hati kami teruja dengan suasana tanah arab yang gersang. Kali ini suasana di bumi arab menyaksikan revolusi besar-besaran untuk menggulingkan pemerintahan kuku besi. Setelah melihat kejayaan revolusi Iran 1978 dan kemenangan pro Islam di Turki.

Tunisia telah pun Berjaya, Mesir dan Yaman terus mara. Jordan juga terkena tempiasnya hingga menyebabkan kerajaan terpaksa ditukarkan. Mungkin Raja Abdullah agak bernasib baik kerana protes rakyat Jordan adalah menuntut reformasi dalam pentadbiran kerajaan dan kos hidup masyarakat bukannya terhadap beliau. Apa yang menarik Ikhwanul Muslimin kini digeruni. Di Mesir mereka dijemput berbincang dengan pemerintah, begitu juga di Jordan. Cuma di Syria agak sedih.. mungkin belum tiba masanya. Namun, kita tetap yakin mana-mana regim yang menidas rakyat pasti tidak akan bertahan lama.

Cukup menarik juga apabila melihat reaksi ulama-ulama dalam hal ini. Hanya mufti Mesir yang menyeru agar dihentikan semua ini, manakala Dr Yusof Al-Qaradhawi dalam temuramahnya dengan Al-Jazeera menyatakan kematian mereka yang menyertai demonstrasi ini adalah syahid! Bahkan dalam temuramah itu beliau turut mendoakan kejayaan mereka. Ini satu tamparan hebat buat ulama-ulama kerajaan terutamanya di negara kita sendiri yang menyatakan menentang kerajaan adalah bughah ( pemberontak )

Inilah masanya kebangkitan Islam…

Alhamdulillah urusan pendaftaran di Universiti telah pun selesai walaupun sebelum ini dikejutkan bahawa kemasukan kami masih tergantung akibat ketiadaan sijil TOEFL. Syukur kepada Allah, kami sempat mengambil ujian tersebut beberapa hari sebelum pendaftaran. Isteri saya Berjaya mendapat keputusan tertinggi dikalangan calon. Tahniah kepada beliau, moga menjadi perangsang untuk terus bersemangat dalam kembara ilmu kali ini.

Bumi Syam.. Bumi Urdun.. Kadang-kadang saya terfikir mengapa ditakdirkan kali kedua berada di sini. Untuk kali ini, saya tidak lagi mendapat tajaan daripada Yayasan Terengganu seperti sebelum ini. Cuma sumbangan daripada masyarakat, sanak saudara dan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu ( MAIDAM ). Perancangan saya agar dapat mencapai keputusan cemerlang untuk beberapa semester demi memohon sumbangan daripada mana-mana agensi memandangkan kos di sini sangat tinggi.
Walaubagaimanapun, insyallah saya yakin rezeki itu daripada Allah. Tugas kami adalah menolong agama Allah pasti Allah akan menolong kami jua.

Berperang dalam medan fikr.

Semoga bertemu lagi..

5 ulasan:

Abdul Munir Sanusi said...

Ahlan wasahlan ya rijal!

Semoga berjumpa sambil makan cocktail. Mari Irbid oyak kek kawe.

::alifdalmim:: said...

All the best ifwat dan zaujah!

aku ni teringin nk sambung belajar dan ziarah ke Jordan balik..mungkin belum ada rezeki lagi..

awe-donde said...

Mari Muktah tuh....kapong asal..hehe

uhibbuusrati said...

ALFU MABRUK alaikuma ....nak berkenalan dgn zaujah us ifwat :) cantik bertuah us ifwat..hehe..

Muhammad Shahrul Ifwat bin Ishak said...

To Munir : Memang itu impiannya.
To Adam : Terima kasih cikgu Adam walaupun kita tiada 'jodoh' bertemu di Malaysia.
To Jemer : Teringin sangat tapi segan. Sek2 demo hebat2.
To Asma ke Aisyah? : Hari tu banyak kali nak ziarah Ust Osman, tapi ustaz tiada kelapangan. Insyallah nanti ye