Saturday, February 12, 2011

Harapan IM Impian Gerakan Islam ( Siri 2 )


Setelah kejayaan revolusi Islam di Iran, rakan-rakan IM melihat cara yang terbaik untuk menjatuhkan para dictator arab. Maka, IM di Syria yang pertama mencuba formula terbaru ini. Namun apa yang berlaku, Singa Syria lebih cepat mencantas mereka. Pengeboman dan pembunuhan besar-besaran di Bandar Hama pada tahun 1982 begitu mengejutkan dunia. Mangsa yang terkorban dianggarkan melebihi 15 ribu orang. IM diharamkan dan ramai pemimpin mereka lari diri ke negara jiran. Lebih memeritkan lagi pemerintah Iran yang baru menyokong kerajaan Syria ini atas semangat Syiah.

Selanjutnya, IM terus mencuba dengan segala peluang yang termampu. Parti-parti Islam terus kosisten dengan penyertaan mereka dalam pilihan raya walaupun terpaksa menghadapi serangan bertali arus daripada parti yang berideologikan kebangsaan. Mereka ini kebanyakannya parti pemerintah Negara ummat islam. Akhirnya, parti Refah di Turki memenangi pilihanraya 1997, namun disebabkan perubahan Islam yang agak drastik, kuasa mereka dirampas oleh tentera.

Pada tahun 2000, muncul parti yang lahir daripada parti REFAH sebelum ini dalam arena politik Turki. Parti baru yang dipimpin oleh Erdogan Berjaya memenangi pilihanraya legislatif dengan membentuk kerajaan campuran. Kali ini mereka tidak melakukan sebarang perubahan Islam melainkan reformasi ekonomi, pentadbiran dan kebajikan. Bahkan kenyataan awal Erdogan, partinya tidak mempunyai agenda Islam dan tetap sekular. 5 tahun selepas itu, mereka berjaya memenangi pilihanraya tanpa memerlukan parti lain dan pada tahun 2007, mereka Berjaya memenangi pilihan raya presiden. Ketika itu baru la mereka agak ‘berani’ dalam menunjukkan imej Islam.

Formula Erdogan ini iaitu bermula dengan kemenangan terlebih dahulu baru melaksanakan agenda islam menjadi ilham kepada sesetengah pemimpin parti-parti Islam termasuk Malaysia. Adalah lebih baik tidak bercakap tentang Islam, Negara Islam, hudud, namun mengantikan dengan reformasi, kebajikan dan keadilan rakyat. Mencapai kemenangan terlebih dahulu walaupun terpaksa bertahaluf dengan parti yang tidak berminat kepada Islam.

Walaubagaimanapun, Tunisia berjaya membuktikan kekuatan suara rakyat walaupun tanpa melalui pilihanraya. Rapat umum yang diadakan berhasil. Presidennya terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi setelah begitu lama membolot harta negara.IM Mesir mengambil kesempatan ini yang akhirnya berjaya menundukkan keegoaan Mubarak dalam masa 18 hari. Jordan pula, Rajanya terpaksa menukarkan kerajaan dan dalam sejarah mendengar tuntutan daripada pemimpin IM Jordan. Yaman dalam proses, Algeria sudah mula menyalakan api kebangkitan

Setelah kejayaan tuntutan rakyat Mesir, ramai pemimpin antarabangsa mengucapkan tahniah. Namun berlainan pula di Malaysia. Pemimpin pembangkang terlebih dahulu member respon yang senada dengan kegembiraan masyarakat antarabangsa. Pada pihak kerajaan pula, PM agak lambat mengeluarkan kenyataan dan yang peliknya beliau seakan-akan memberi amaran peristiwa itu tidak akan berlaku di Malaysia. Hanya timbalan menteri pengajian tinggi yang mengeluarkan kenyataan agar kerajaan BN mengambil iktibar.

Setuasi yang berlaku di negara-negara Islam sebenarnya hampir sama. Mereka diperintah oleh pemimpin yang cuba menyekat kemaraan rakyat agar mereka lebih mudah untuk mengaut keuntungan kekayaan negara.
Apa pun, bagi wakil IM di Malaysia ( maksud saya PAS ) mereka pasti mendapat sesuatu hikmah daripada semua ini. Mereka perlu yakin bahawa perjuangan mereka tidak sia-sia. Segala kekalahan, tekanan, yang mereka hadapi akan mematangkan mereka untuk menginta peluang.

Saya teringat ketika kursus BTN, seorang ustaz berkata.
“ PAS nak menang dengan 60 kerusi je bertanding. Mustahil”.

Bagaimana dengan IM di Mesir yang langsung diharamkan boleh berjaya?

Hanya Allah yang berkuasa

Tu’ti mulka man tasya’..

0 ulasan: