
Memahami Syariat islam di atas kertas begitu mudah. Dengan penguasaan Al-Quran, As-sunnah dan bahasa arab, semua yang diinginkan iaitu untuk bergelar alim tidak begitu sukar.
Namun mengapa ulama mensyaratkan setinggi mana pun ilmu yang dipelajari masih belum layak bergelar mufti tanpa mengetahui realiti sekeliling. Ini kerana sesuatu fatwa bukanlah sekadar hukum. Boleh jadi fatwa itu adalah satu dakwah yang perlu dilembutkan. Boleh jadi fatwa itu satu bentuk pencegahan yang memerlukan penegasan. Semua itu tidak akan berhasil tanpa memahami isu, realiti sebelum diadunkan dengan kefahaman dalil.
Dr Yusof Al-Qaradhawai dalam ‘teguran’nya terhadap Syeikh Bin Baz berkenaan fatwa keharusan berdamai dengan Israel.
Kata Beliau dengan penuh adab.
“ Pada pandangan aku, kesilapan Syeikh Bin Baz bukan pada dalil yang beliau kemukakan. Bahkan hukumnya sahih, cara beliau menggunakan dalil tidak syak lagi, namun kesilapan di sini adalah meletak hukum pada tempat yang salah”
Benar terdapat dalil yang sahih dan sarih ( jelas ) berkenaan keharusan berdamai dengan bukan islam, namun dalam isu Palestin, fatwanya bukan berdamai. Palestin adalah tanah air ummat islam yang dirampas. Jadi fatwa yang sepatutnya dikeluarkan adalah jihad dalam mengembalikan tanah air tersebut.
Beberapa isu di Malaysia.
1.kalimah Allah.
Saya meneliti isu ini dengan penuh tekun. Mereka yang berhujjah cukup hebat dalam mempertahankan pendapat masing-masing. Kaedah bahasa, dalil Al-Quran dan As-sunnah ditambah pula dengan hujjah saad zarai’.
Kesannya begitu ketara hingga membawa kepada lompatan katak jarak jauh ahli parti politik. Ulama pula bertelagah, mengkritik dan menghukum. Mengapa?
Yang menukar nama Tuhan adalah orang kristian. Mengapa ummat islam termasuk ulama dan orang politik bergaduh? Apa kena mengena dengan ummat islam? Membenarkan mereka memanggil tuhan mereka Allah membatalkan akidahkah?
Ulama yang menyatakan tiada masalah bukan calang-calang orang. Ulama yang menentang juga bukannya orang biasa. Maka, isu ini bukanlah Qatie dari sudut hukuum.
Bukankah Ulama telah meletakkan kaedah:-
“ Tidak dibantah perkara yang menjadi perbezaan pendapat, namun yang dibantah adalah perkara yang disepakati”
Maksudnya, selagi perkara tersebut dalam konteks perbezaan pendapat, diamkan sahaja mulut. Simpan dalil itu semua itu bahan akademik dan ilmiah untuk dibaca oleh orang akan datang.
Saya tertarik dengan pendapat Ust Maszlee Malik, ramai yang tidak sedar isu tersebut adalah senjata politik perkauman bagi pihak pemerintah untuk menghuru-harakan parti pembangkang. Mereka benar-benar ketandusan isu dan tidak bersedia menghadapi pilihanraya yang mendatang.
Ada benarnya, sebelum isu itu banyak isu-isu perkauman dan sentimen agama ditiupkan.
2.Undi Cina
Apabila landskap politik negara berubah setelah parti pemerintah diajar oleh bukan Melayu dan islam, tiba-tiba keluar isu ini.
Parti bukan islam pembangkang dikatakan kafir harbi.
Parti bukan islam kerajaan dikatakan kafir zimmi.
Haram mengundi calon cina parti pembangkang.
Mengundi bukan islam boleh memudharatkan islam. Undilah calon Melayu agar kuasa politik ditangan Melayu yang akhirnya islam kekal berkuasa.
Muncul dalil-dalil yang melarang memberi wala’ kepada bukan islam. Mengapa baru keluar sekarang bukannya ketika merdeka dahulu.
Rujuk sejarah, rujuk perlembagaan dan rujuk realiti baru boleh tahu apa itu uruf dan apa itu maslahat!
Pembinaan negara ini syernya turut dipegang oleh bukan islam. Mereka adalah warganegara yang sah. Maka,mereka berhak bersuara hingga ke peringkat tertinggi termasuk di parlimen. Jika kawasan mereka majoritinya bukan islam, bagaimanakah untuk menafikan wakil rakyat daripada kalangan mereka?
Apa yang anda faham tentang perlaksanaan islam?
Untuk Melayu dan ummat islam sahajakah islam itu?
Jika demikian apa erti ayat
" Tidaklah aku utuskan engkau ( Muhammad ) melainkan sebagai rahmat kepada alam"
Maka, islam yang dilaksanakan mestilah turut memberi rahamat kepada semua bukan hanya untuk Melayu semata-mata. Mustahil menghapuskan suara politik bukan islam ataupun bukan Melayu. Yang lebih utama ceritalah islam supaya mereka tidak fobia.
Islam bukan untuk melayu, tapi untuk alam.
Bila bercakap demikian, muncullah mereka dengan mata yang merah dengan tangan terketar-ketar.
“ Orang muda tak hidup zaman merdeka dan 13 Mei”
“ Orang muda tak sedar cina dah kuasai negara”
Wahai orang tua. Semenjak 53 tahun negara kita merdeka siapa yang memegang kuasa! Siapa yang bertanggungjawab hingga nasib kita begini? Siapa yang bertanggung jawab merugikan 51 bilion duit negara? Siapa yang bazirkan khazanah minyak dan hasil bumi? Siapa yang gadaikan maruah islam dan bangsa?
Eh ustaz, cakap agama ke politik?
Pelik ke agama dalam politik?

