
Kisah 1.
Saya menonton rancangan Al-Kuliyyah semalam, antara panelnya adalah Ustaz Nizam ( Pensyarah UIA ) dan seorang tokoh ulama yang paling ‘alim’ di Malaysia.
Jubahnya, serbannya, hatta janggutnya memang ciri-ciri penampilan ulama yang dikhaskan untuk golongan ini.
Tajuk forum adalah Ta’sub. Ustaz Nizam mengulas dengan baik betapa pentingnya kita menilai sesuatu kata-kata dengan ilmu dan adil. Namun, sering kali tiba giliran si alim ini perkara yang sama diulang-ulang adalah :-
“ Kita kena taat kepada pemimpin, sebab mereka adalah pemimpin islam walaupun membuat kesalahan. Kalau salah kita kena nasihat, bukannya memalukan, memaki, menghina. Ahli sunnah tak ajar cara macam ini.
“ Mereka pemimpin islam tentunya tidak akan mengajar rakyat menentang syariat”
Meluat, kecewa, tertanya-tanya saya dengan sikap ulama yang sedemikian.
Kisah 2.
Dalam forum Melayu Bersatu baru-baru ini di Kelantan, seorang Panelis yang bertaraf Ustaz bangkit dengan hujjah sangat ‘kuat’ mempertahankan partinya.
“ Sejak kami perintah Kelantan dulu, balai islam siapa yang bina? Masjid, pasar, bangunan itu, bangunan ini siapa yang bina?”
Meluat, kecewa dan pelik saya dengan hujjah-hujjah yang sebegini.
Kisah 3.
Kisah ini beberapa bulan yang lalu, saya berehat di masjid Sultan Zainal Abidin. Tiba-tiba saya terpandang ceramah yang bertajuk Katakan Tidak Pada Wahabi.
Penceramahnya adalah daripada JAKIM.
Jika anda lihat blognya, penuh dengan ‘fatwa-fatwa’ mengkafirkan dan menyesatkan ibnu taimiyah, wahabi, al-bani, sheikh Uthaimin…
Jika dilihat apa perjuangannya hanyalah menentang seorang tokoh agama yang mendapat tempat di sisi masyarakat pada masa ini.
Mula-mula mengkritik dengan wahabi.
Kemudian menunjukkan sijil.
Kemudian melaporkan kepada perisikan keselamatan negara tentang bahayanya dia ini.
Akhirnya, semua membenci beliau. Bukan sahaja pengikut sunnah@tajdid, penyokong PAS yang seramai 1juta semuanya menunjukkan rasa tidak puas hati gara-gara dikaitkan dengan presiden parti tersebut.
Baru-baru ini kawan saya berkata.. Ustaz ini tak de kerja lain ke? Apa yang dia takut sangat dekat Asri dan hantu wahabi tu?
Tatkala Prof Abdul Aziz Bari setiap minggu menulis kelemahan, ketidakadilan, ketiadaan ketelusan dan salah guna kuasa sang pemerintah, raja dan hakim dalam akhbar Sinar..
Tatkala Prof Khoo Kay Kim sering mengkritik dasar pendidikan negara yang tidak membentuk nilai-nilai kemanusiaan..
Tatkala Sasterawan Negara, A. Samad Said sanggup berceramah dipentas pembangkang membela bahasa ibunda demi mempertahankan jati diri bangsa dan negara..
Mengapakah terlalu ‘songsang’ perjuangan ulama-ulama ini?
Alhamdulillah.. Mereka hanyalah ulama yang terlalu minoriti. Dalam kaedah agama sekalipun kita menghukum berdasarkan yang kuliyyah ( majoriti )
Alhamdulillah TG Nik Abdul Aziz, TG Abdul Hadi Awang dan ulama-ulama PAS yang mencecah puluhan ribu orang..
Alhamdulillah tokoh-tokoh non Partisan Dr Asri, Dr Zulkifli Al-Bakry, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, Ustaz Zahazan dan ramai lagi tidaklah membodohkan diri dengan hujah-hujah tidak masuk akal demi mempertahankan sang pemerintah yang zalim..
"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar (syubhat), kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." Al-Hadith

.jpg)
.jpg)
.jpg)