Sunday, May 30, 2010

Terkini : Perkataan Damai Yang Tiada Dalam Kamus Zionis




Saya mengikuti perkembangan kapal-kapal aktivis kemanusiaan yang disertai oleh aktivis keamanan dan ahli parlimen Eropah menghampiri Gaza dengan penuh cemas. Malam tadi semasa menonton berita, tentera Zionis sanggup mengambil tindakan ketenteraan jika kapal itu tidak singgah ke Israel terlebih dahulu.

Menteri luarnya ketika ditemuramah tidak melihat kepada kamera menegaskan kapal-kapal tersebut mencabuli kedaulatannya.

Sehingga sekarang Al-Jazeera melaporkan sudah 16 orang terkorban dan 30 cedera apabila tentera komando Israel sudah menyerbu kapal tersebut.

Baru-baru ini Britain dan Australia sudah pun menghalau diplomat Israel di negara mereka kerana memalsukan pasport negara tersebut. Satu tindakan yang penuh kebanggaan.

Bagaimanapula dengan Keldai-keldai Jordan, Arab Saudi, Mesir? Masih lena kekenyangan..

Bagaimanapula dengan rakyat Malaysia? Baik tengok AF..

Kehancuran Zionis semakin hampir.. Namun bukan dengan keajaiban, tapi dengan kemenangan yang diizinkan Allah atas jihad umat islam.

Pukul 1.48 PM

Tuesday, May 25, 2010

Ijtihad Maqasidi dalam Isu Perubatan ( siri 1 )

Perubatan merupakan antara bahagian baru dalam bidang fiqh. Kebanyakkan isu yang timbul adalah perkara baru yang tidak dinyatakan hukum oleh ulama sebelum ini. Jika ada sekali pun, penilaian harus dilakukan oleh ulama moden agar lebih praktikal dan sesuai dengan kehidupan.

Dalam hal ini, kebanyakkan nas Al-Quran dan Hadith yang menyebut berkenaan perubatan secara terperinci adalah terhad. Maka, satu kaedah baru diperlukan, bukan untuk menafikan Al-Quran dan Hadith namun sebagai tafsiran yang tepat agar aplikasinya sesuai untuk manusia.

Ijtihad Maqasid, iaitu mengeluarkan hukum berdasarkan keutamaan dan kepentingan agama dan manusia.

Secara asasnya teori maqasid dalam membicarakan kepentingan manusia, tahapnya keutamaan manusia terbahagi kepada 3 iaitu:-
1.Dharuriyyat ( penting )
2.Hajiyyat ( keperluan )
3.Tahsiniyyat ( pelengkap )

Dharuriat merujuk kepada keperluan asas manusia. Tanpanya manusia tidak akan mampu untuk hidup. Maka islam meletakkan kewajipan memelihara 5 keperluan manusia iaitu :-
1.Memelihara agama.
2.Memelihara nyawa.
3.Memelihara keturunan.
4.Memelihara akal.
5.Memelihara harta.

Antara hukum-hakam yang terbina atas kepentingan nyawa adalah:-
1.Menjadikan ilmu perubatan fardhu kifayah terhadap ummat islam agar mengusai bidang ini kerana menyelamatkan nyawa adalah wajib.
2.Mengharuskan bahan-bahan yang dilarang pada asalnya terhadap ummat islam untuk dijadikan penawar seperti arak ( sebahagian pendapat ), anggota badan haiwan dan anggota badan manusia untuk tujuan perubatan.
3.Mengharuskan memotong sebahagian anggota badan manusia demi menyelamatkan nyawa seperti kes pesakit kencing manis. Sama juga kes menggugurkan janin untuk menyelamatkan nyawa ibu dan memotong payu dara bagi pesakit kanser.
4.Mengharuskan pemindahan organ dan pendermaan darah.

Antara hukum-hakam yang terbina atas keutamaan keturunan:-
1.Mengharuskan mengubati bagi merawat kemandulan
2.Mengharamkan permanian beradas bagi benih yang berlainan.
3.Mengharamkan pengguguran
4.Mengharamkan pengklonan manusia

Antara hukum-hakam yang terbina atas maslahat akal:-
1.Larangan menggunakan dos ubat bius yang berlebihan yang merosakkan akal.
2.Larangan mengambil ubat tanpa panduan dan kebenaran daripada pakar seperti ubat batuk dan pil.
3.Diharuskan perubatan pesakit mental.

Hukum-hakam yang terbina atas maslahat harta
1.Harus membedah perut orang yang mati tertelan wang kerana untuk mengambilnya.
2.Harus menanggalkan alat bantuan pernafasan bagi seseorang yang sudah mati otak kerana kosnya sangat tinggi dalam masa yang sama sudah tidak mampu untuk menyelamatkan nyawa.

Sunday, May 23, 2010

Sehingga Saat Ini..

Alhamdulillah, hingga kini walaupun banyak peluang pekerjaan saya terlepas, namun sering kali rezeki itu datang.

Tiba di Malaysia tidak sampai 2 minggu dipanggil berkhidmat sebagai guru ganti di MRSM selama sebulan lebih. Pengalaman berinteraksi dengan non muslim dan pelajar sains merupakan kenangan yang terbaik untuk saya dalam bidang dakwah.

Sesekali mengikuti syarikat motivasi Al-Faliheen dibawah kelolaan Mohammad Mohsen yang sentiasa saya kagumi. Falsafah dan misi beliau jelas, walaupun saya mengharap agar dapat bersama beliau, mungkin kami tidak ditakdirkan begitu.

Ketika beberapa minggu di MRSM, saya dihubungi oleh seseorang.

" Shahrul Ifwat, saya dan bos saya nak jumpa kamu. Boleh datang esok?" Panggilan daripada terengganu.

" Maaf,saya di negeri sembilan"

Tiba waktu cuti sekolah saya memilih untuk 'makan angin' di negeri utara demi melawat rakan-rakan di sana terutama Tarmizi. Pengalaman terjun daripada kereta api dan diketawakan oleh beliau tidak dapat dilupakan.

Di sana saya dihubungi lagi.

" Tolongla balik, bos saya nak jumpa awak. Mengapa berkhidmat untuk negeri luar, negeri kita perlukan awak"

Saya akur, tiba di terengganu, saya diapit oleh seorang ustaz dan pegawai. Kami bertemu dengan seseorang yang bergelar CEO..

" Apa perancangan kamu selepas ni?"
" Saya ingin menyampung pelajaran"

Tiba-tiba orang tua itu tergelak.

" Pergilah, sesiapa pun boleh menyambung MA, tapi sapa nak bayar?"

Ustaz disebelah saya menyampuk.

" Tuan haji, result dia bukan sebarangan. Masa saya di Mu'tah dahulu, hanya beberapa orang sahaja yang dapat result seperti dia"

'Tuan Haji' tersebut tersentak. Mula mengubah cara bercakap.

" Begini, kami ada cadangan nak tawarkan kamu program ulama muda. Kamu ada potensi. Result kamu tak kan nak ajar budak sekolah, kamu patut beri ceramah kepada pekerja. Awak boleh bekerja esok di sini."

" Maaf, anak-anak murid saya masih perlukan saya di negeri sembilan"

Terkejut CEO itu, mungkin menyangka saya akan terliur dengan tawaran itu berbanding menjadi guru ganti.

"Oklah, nanti apabila selesai kamu datang jumpa kami lagi"

Di Negeri Sembilan..

Saya cukup gembira apabila Timb Pengetua memberi peluang kepada saya membentangkan slot Kembara Mencari Tuhan selama 4 jam kepada semua pelajar. Cukup puas dapat memberi yang terbaik.

Namun.. Hari terakhir saya di sana, saya bertemu dengan watak yang paling 'berkuasa' di situ untuk meminta surat sokongan.

" Awak hanya dipanggil untuk mengisi kekosongan. Itu sahaja. Saya tidak boleh bagi surat sokongan pada awak. Saya tidak kenal awak"

Berubah muka saya. terkilan,tapi tidak terkejut. Sudah banyak cerita tentang keegoan beliau.

Saya pulang, namun akhirnya selepas 3 hari, surat itu tiba juga, mungkin atas nasihat timbalan beliau.

Saya tiba di terengganu dan bertemu kembali pegawai yang pernah menjanjikan 'kerja'.

" Awak sudah confirm dapat, cuma awak kena bertemu seseorang, bawak ayah sekali"

Saya meneliti orang tersebut, rupa-rupanya calon pilihanraya BN yang tewas. Kawasan DUN saya dimenangi oleh Ustaz Mohd Nor ( PAS ).

Saya sudah menjangka. Inilah Terengganu dan Malaysia.

Saya datang dengan persedian soalan politik, namun tidak ditanya tentang itu. Tapi yang pasti selepas pertemuan itu, sudah tiada lagi janji manis, bahkan apabila saya bertanya kepada pegawai tersebut, jawapannya sudah lain.

Kata Abah, kawasan rumah kami adalah kawasan hitam ( Hijau ) yang ditanda oleh JKKK.

Apa yang boleh dilakukan sambil bersabar dan simpati terhadap mereka yang merasakan kuasa ada pada mereka.

Namun, tidak sampai seminggu, tempat yang menawarkan kerja kepada saya itu telah dikaitkan dengan penyelewengan pembahagian zakat kepada ibu wakil rakyat dan kepada 'fakir miskin' yang mempunyai akuan sebanyak 79 ribu dalam bank.

Seminggu selepas itu, keluar lagi berita para amil tidak amanah.

Berkenaan dengan sekolah itu, misinya sentiasa gagal.

Tentu anda pening membaca apa kesimpulan cerita saya..

Begini, saya bertemu dengan orang-orang 'besar' yang cukup bongkak. Mereka beranggapan merekalah yang memberi rezeki dan mereka merasakan fresh graduate seperti saya ini pengemis kerja.

Maaf. Jangan bongkak, sekejap sahaja Tuhan sudah tunjuk. Teringat kata-kata seorang guru di MRSM

" Ifwat,ko tau tak sebab apa aku harap sangat Anwar, Tok Guru dapat kuasai Malaysia, Aku tak peduli politik dan parti, tapi mereka ini adalah orang yang tidak sombong. Jika mereka jadi pemimpin, sudah tentu yang bawah tidak berani lagi bongkak"

Kawan-kawan, kesusahan di dunia hanya sementara dan rezeki Allah yang kurniakan.

Kata Ustaz Hasrizal kepada saya ketika kami dalam penerbangan dari Jordan ke Malaysia

" Merasai Allah itu Ar-Razzaq berbeza daripada mengetahui Allah itu Ar-Razzaq"

Sebelum ini saya hampir dinafikan tajaan YT disebabkan politik, saya juga mungkin bakal dinafikan tawaran kerja itu disebabkan politik, walhal nama saya tidak pernah wujud dalam rekod kesetiausahaan PAS, PKR dan DAP.

Esok saya ada temuduga sebagai pensyarah INPIS di bawah kelolaan Yayasan Islam Terengganu.

" Awak dah dapat, tapi awak kena jumpa..."

Itu yang saya jangkakan? Anda rasa?

Saturday, May 22, 2010

Kesedaran Kita

Wahai mereka yang mendalami bidang agama, anda semua diajar dan memegang amanah yang diwariskan oleh Nabi s.a.w. Sesungguhnya telah jelas yang benar dan yang salah dalam hidup ini.

Namun, setiap kita ada cara masing-masing. Ada yang memilih untuk berjuang di medan politik melalui parti islam se Malaysia, tidak kurang juga yang berada dalam UMNO dengan harapan masih mampu mengubah parti tersebut.

Ada yang memilih bidang akademik untuk membentuk generasi-generasi ilmuwan yang mempunyai kesedaran beragama. Ada yang memilih institusi pendidikan sekolah menengah dengan harapan membentuk anak-anak kita yang sudah teruk perangainya. Ada yang memilih peringkat sekolah rendah agar rebungnya lebih mudah dilenturkan.

Dalam kehakiman, perjuangan kita tidak kurang pentingnya. Jangan sempitkan fikiran dengan isu peguam syariah bukan islam, lagi banyak isu kehakiman yang lain. Kita perlu kekuatan dalam majlis peguam agar tidak dimonopoli oleh mereka yang anti islam. Begitu juga para hakim, kita perlu ramaikan mereka dari kalangan kita agar dapat mentafsirkan undang-undang dengan cara islam.

Kita sedar.. Kita adalah pemegang amanah.. pemberi peringatan kepada kaum kita agar tidak hilang rahmat ilahi

Kawan-kawan yang dikasihi, tanah air kita terlalu banyak ujian yang menanti. Sukar untuk mempertahankan prinsip kita, lantas ramai daripada kita terus kabur. Saya tidak kisah jika ada yang mengambil langkah berhati-hati agak strategi baru dapat disusun dengan berkesan untuk membentuk masyarakat, politik dan negara, asalkan prinsip kita berterusan.

Anda tahu apa yang saya ingin cakapkan.. Saya kecewa sebab..

" Anta jangan peduli politik, kitakan belajar 4 mazhab" jawab seorang ustaz yang sentiasa berbangga dengan 4 mazhabnya.

" Masuklah UMNO" seorang ustaz menghisap rokok sambil me'nasihat'i saya.

" Apa pejuang-pejuang islam. Susahkan hidup" sindir seorang ustaz.

" Sekarang kerja susah, anta ikut je kata dia" seorang ustaz membetulkan tali lehernya penuh dengan bangga.

Rakan-rakan, islam itu bukanlah PAS. Itu hanyalah saluran perjuangan islam melalui politik.

Saya belajar judi itu haram secara Qatie', apakah anda ingin ubah akidah saya?

Maaf, saya yakin kesukaran sekarang akan hilang sekelip mata apabila mendapat nikmat yang berkekalan di akhirat.

Anda berani cabar Allah walaupun anda sendiri belajar ilmunya?

Saya takut...

Sunday, May 16, 2010

DAP rupanya

Semalam, saya menunggu keputusan pilihanraya kecil Sibu. Takala pengerusinya menjanjikan akan memaklumkan keputusan antara pukul 9 hingga 10 malam,saya terus ke surau. Kemudian agak lama juga menanti sehingga mak bising kerana saya menonton rancangan hiburan Mentor 4 di TV 3suku.

Semata-mata menantikan keputusan tersebut disebabkan saya mendapat mesej kejutan bakal berlaku.

Namun tidak keluar-keluar juga hingga saya tertidur.

Keesokan harinya, saya masih tidak sempat menonton berita pagi, namun mengharapkan MHI dalam rancangan akhbar akan menyebut keputusannya. Walaubagaimanapun, itu tidak disentuh. Yang digembar-gemburkan hanyalah berita kenaikan insentif guru.

Saya ke perpustakaan Kuala Terengganu. Dalam perjalanan cuba menjeling ke arah gerai-gerai yang menggantung surat khabar, namun masih tidak nampak berita itu disensasikan. Ada yang tidak kena.

Sampai di Perpustakaan baru nampak di dada akhbar dengan kolum yang kecil, bahawa DAP diisytiharkan pemenang.

Parti sekular, anti islam, laknatulllah ( kata zulkifli nordin ), cina, komunis..

Sabar.. Kenal dulu mereka, jika salah kita dakwah, jika benar, kita yang patut berubah..

DAP ( Parti Tindakan Demokrasi )adalah satu parti politik yang berkonsepkan sosialis demokratik. Ditubuhkan pada 1965. Ada yang menyatakan parti ini adalah serpihan PAP di Singapura.

Mana-mana negara, pasti akan wujud parti yang memperjuangkan idea sosialis seperti parti Buruh di UK. Ramai orang yang apabila disebut sosialis terus terbayang komunis dan anti islam.

Tapi ramai yang tidak menyedari sosialis adalah satu sistem kemasyarakatan dan kebajikan. Menentang rasuah, penyelewengan dan penindasan.

Jika anda kata sosialis itu daripada barat dan anti islam, apa bezanya dengan Nasionalis, Demokrasi, Liberal, Pilihanraya, Parlimen dan lain-lain. Bagi saya semua sistem-sistem tersebut ada percanggahan dengan islam, namun boleh di'islam'kan.

Satu perkara yang menarik tentang DAP, parti ini sentiasa teguh dengan pendirian mereka. Slogan-slogan tidak pernah bertukar, kalah menang, perjuangan sentiasa cekal. Bahkan ketika idea Barisan Nasional diwujudkan oleh Tun Razak, parti ini tidak berminat menyertainya berbanding PAS yang akhirnya ditendang oleh UMNO.

Apabila mereka memperolehi peluang mentadbir sebuah negeri:-
1. Mengisytiharkan modul Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai modul pemerintahan.
2. Bantuan sekolah agama dinaikkan.
3. Tander lebih banyak diberi kepada bumiputera.

Apa yang tak kena? Orang melayu kenalkah Umar Abdul Aziz?

Muslim tanpa islam. Islam tanpa muslim.

p/s : Menanti komen Prof Abdul Aziz Bari yang sebelum ini mencadangkan Lim Guan Eng sebagai PM bukan melayu.

Teringat cadangan Ustaz Maszlee Malik kepada Ustaz Mahadi agar menyertai DAP dan menubuhkan Dewan Ulama DAP.

Tuesday, May 11, 2010

Makhluk Politik.

Di Jordan, saya mengambil subjek prinsip-prinsip undang-undang, subjek yang membincangkan tabiat manusia dalam mewujudkan undang-undang. Yang menariknya, Dr. Basil seorang yang gemar bercerita realiti politik Jordan, banyak juga kisah-kisah lucu mengenai mereka.

Sistem Jordan lebih kurang sama dengan Malaysia cuma Rajanya masih berstatus 'monarki'. Buktinya, 11 hak tidak boleh disentuh oleh parlimen dan kerajaan yang melibatkan kuasa mutlak raja. Antaranya hubungan luar. Tidak hairanlah anda lihat Rajanya bertemu dengan Presiden USA dan PM Israel ( tanpa nasihat APCO ).

Pengamal undang-undang Jordan juga kadangkala berbangga bahawa mereka adalah pendokong demokrasi, buktinya apabila dua-dua dewan ( Parlimen ) meluluskan sesuatu usul dengan mejoriti 2/3 sebanyak 2 kali perbahasan, maka raja tidak boleh menolak lagi.

Tapi yang peliknya, raja boleh menggantung parlimen. Bahkan pernah selama 2 tahun parlimen jordan tergantung.

Kisah yang lain Dr Basil mendedahkan ada dikalangan wakil rakyat yang tidak tahu membaca, maklumlah mereka dipilih secara membuta tuli oleh rakyat. Yang penting mereka satu kabilah ( keluarga ). Yang menariknya, pernah terjadi ahli parlimen Jordan ingin merangka undang-undang dengan mengambil 100% daripada undang-undang Mesir dan Lubnan, hingga terlupa membuang perkataan negara tersebut..

Orang politik oh orang politik.

Di Malaysia..

Betul kata Pak Lah, infranstruktur kelas pertama, tapi pemikiran kelas ketiga.

Wakil rakyat melompat. Sebelum lompat wakil rakyat ini dituduh perasuah oleh parti yang dilompat itu, namun lepas melompat dipuji pulak.

Semua yang melompat alasan yang sama, hilang kepercayaan.

Kemudian ketika kempen, media massa cukup meluat itu ditonton, yang ketara TV3 (3suku ), Utusan Meloya, Berita Hairan.

Tidak hairanlah kini surat khabar Sinar dan Kosmo lebih diminati.

Kempen pula cukup bosan didengar, pampasan itu, bonus itu, pembangunan itu, hingga tidak kenal rasuah. Maklumlah nama itu kini ditukar menjadi politik wang.

Cukup meluat, bagaimana jika parti yang menjanjikan pembangunan itu bukan kerajaan.

Enjin Jet hilang, kapal selam tidak mampu menyelam, 77 juta untuk membayar kepada APCO, Judi yang ada lesen halal..

Pelik pelik..

P/s : Culture Shock dengan politik Malaysia

Saturday, May 8, 2010

Roh atau Jasad?

Membuktikan wujudnya kehidupan selepas mati adalah satu sangat mustahil jika berdasarkan bukti pancaindera semata-mata. Walaupun sebelum ini telah tersebar gambar seorang budak yang dikeluarkan kembali daripada kuburnya dan didapati seolah-olah beliau diazab, kesahihannya masih diragui.

Apa pun jika benar, itu adalah tanda kekuasaan Allah, jika tidak ini adalah satu ujian untuk manusia mempercayai wujudnya kehidupan selepas mati.

Sebab itulah manusia perlu beralih kepada rujukan wahyu apabila akal tidak mampu lagi melepasi batasan pengetahuan.

Timbul persoalan, adakah balasan terhadap manusia hanya pada roh ataupun jasad dan roh bersama?

Sebahagian kecil ulama Ahli Sunnah ada yang berpendapat hanya roh sahaja yang diazab. Ini juga adalah pendapat muktazilah yang sering berpaksikan kepada akal dalam menilai isu agama. Hujjah mereka jelas dan nampak kukuh iaitu, bukan semua orang yang mati mempunyai jasad yang sempurna. Bagaimana situasi dengan mereka yang mati ditelan haiwan, terbakar ataupun yang sudah tidak wujud lagi jasad.

Walaubagaimanapun ini disanggah oleh mejoriti ulama Ahli Sunnah yang berpendapat jasad turut merasai azab ataupun nikmat.

Di sana terdapat beberapa dalil walaupun tidak jelas namun memberi petunjuk apabila ditafsirkan. Antaranya:-

"Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang Telah hancur luluh?"Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. dan dia Maha mengetahui tentang segala makhluk. ( Yassin : 78-79 )

Jika dilihat mengapakah persoalan menghidupkan tulang belulang dibangkitkan oleh orang kafir yang tidak mempercayai azab selepas mati? Dan Allah menegaskan ia akan dihidupkan kembali. Ini menunjukkan bahawa Allah akan menjadikan kembali jasad manusia untuk merasai balasan azab.

Begitu juga dalam surah Ar-Rum, ayat 27.

Dan dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, Kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya


Jika difikir secara logik sekalipun sekiranya azab tersebut hanya dikenakan ke atas roh sahaja samalah dengan mimpi manusia yang diazab yang tidak membawa kesakitan.

Walaubagaimanapun perbezaan ini masih dalam kerangka masalah furu' akidah yang tidak membatalkan akidah seseorang.

Yang penting ummat islam mestilah meyakini bahawa azab kubur dan pembalasan hari akhirat pasti berlaku.

Merindui diskusi bersama ulama di Jordan.