Dalam tempoh ini ada juga peluang saya untuk memasuki jabatan kerajaan. Walaupun sudah selangkah di dalamnya, namun apa boleh buat.. Anda faham Terengganu macam mana kan?
Kami berbangga generasi sekolah rendah berjaya mengekalkan rekod 10 tahun berturut-turut dalam UPSR sebagai negeri terbaik.
Kami juga berbangga di negeri kami ramai alim ulama dan mereka yang hebat dalam pelbagai bidang.
Lebih membanggakan bumi kami kaya dengan hasilnya.
Namun, semua itu tiada makna dengan perangai ahli politik negeri ini yang sangat........
Kesimpulan mudah, jangan takut dan mengampu pada mereka! Jika orang alim diam, bila lagi kebenaran akan muncul.
15 Jun – 17 Nov
Ada beberapa tawaran mengajar untuk saya, namun saya memilih menjadi guru sementara di sebuah sekolah menengah agama kelolaan HALUAN. 3 bulan berada jauh dari rumah sebelum ini, saya merasakan bahasa arab saya semakin hilang. Kitab-kitab Tafsir, Fiqh dan Hadith semakin kabur untuk dibaca. Benarlah kata-kata Ulama, 3 perkara mesti dilakukan secara berterusan ; solat, bahasa dan bercakap supaya tidak hilang dan menjadi mudah.
Saya diberi peluang mengajar Nahu & Sorof untuk pelajar tingkatan 5 dan 3 serta subjek Balaghah untuk pelajar tingkatan 4. Di sekolah kami sangat unik, terdapat 5 orang guru lulusan Al-Azhar, seorang daripada UK dan beberapa orang daripada universiti tempatan. Peluang itu sangat bagus untuk saya bertutur dalam bahasa arab dan membincangkan isu-isu agama dan politik peringkat tertinggi.
Lebih dari itu mereka juga ber’fikrah’ dengan pelbagai aliran jemaah. Ada daripada NGO HALUAN, ISMA, PAS, fikrah Tajdid dan pelbagai lagi. Pelajar-pelajarnya pula ada yang luar biasa kemampuannya dan ada juga yang agak ketinggalan.
Dalam tempoh itu, saya sentiasa memikirkan bagaimana pengajian agama yang terbaik untuk generasi kita. Sistem pengajian agama yang ada sekarang terlalu rigid dengan meghafal semata-mata. Ini mungkin langkah ekspress bagi mengatasi kegagalan pelajar menguasai bahasa arab dengan cepat. Pembawakan ilmu agama juga kadang kala terlalu tinggi dan kitab-kitabnya yang agak kabur, begitu juga bahasa arab yang dipersembahkan dalam bentuk yang sukar untuk menarik minat pelajar.
Kita sepatutnya mengambil contoh bagaimana inisiatif pihak-pihak yang memperjuangkan penguasaan bahasa inggeris. Mereka memperkenalkannya dengan pelbagai method untuk menggalakkan masyarakat menguasainya berbanding dengan bahasa arab.
November
Dalam tempoh itu saya masih berhubung dengan pihak AFM.
Pengalaman yang sangat beharga apabila diberi peluang berinteraksi dengan saudara-saudara baru dalam porgram PERKIM. Terima kasih kepada sahabat Ustaz Jogi dan rakan-rakan AFM kerana memberi ruang kepada saya menghasilkan modul-modul untuk mereka.
Dua modul Kembara Mencari Tuhan dan Kristian pada pandangan islam di puji oleh pihak PERKIM dan juga peserta. Begitu perkongsian cerita daripada mereka menjadikan kita rasa amat bersyukur dalam dalam agama fitrah ini.
Sehingga saat ini..
Kita sentiasa melalui fasa perubahan dalam hidup. Namun kita tidak akan berubah melainkan jika kita ingin berubah. Semua ini menuntut manusia perlu faham mengapa mereka di dunia ini.
Inilah tanggungjawab mereka yang mendalami ilmu agama.
Kini hanya menanti detik untuk kembali ke Jordan. Misi 2006 ( jiazah ) sebelum ini masih ada yang belum dicapai. Moga-moga dengan penerbangan kali ini akan membuka ruang keberkatan dan ilmu seluas-luasnya di bumi Syam nanti
Kunu Ansorullah...
3 ulasan:
selamat memulakan cabaran baru sebagai pelajar sarjana di bumi syam....insyaALLAH kejayaan akan bersama-sama enta biiznillah
Semoga anda pulang dengan membawa mutiara ilmu yang tidak ternilai dari Dataran Syam.
Moga sentiasa yang terbaik ditentukan Allah s.w.t buat enta. Doakn juga ana dpt kembali ke sana mengutip butir-butir ilmu yang berkilau di sana. Hati ini rindukan ketenangan bumi Syam
Post a Comment