Monday, October 4, 2010

Sekurang-kurangnya Boleh Berbangga



Pidato Ahmadenijad di PBB baru-baru ini menarik perhatian umum. Sekurang-kurangnya melahirkan rasa bangga mereka yang anti Amarika terutamanya ummat islam seluruh dunia. Sebelum ini beliau melontarkan idea agar Israel dihapuskan dari muka bumi, kali ini beliau dengan penuh bangga tampil menyinggung Amarika Syarikat bahawa tragedi 9/11 adalah perancangan mereka sendiri.

Beberapa wakil Amarika dan barat keluar mungkin tidak tahan dengan ucapan beliau. Seluruh akhbar di dunia melaporkannya. Penduduk New York pula mengadakan tunjuk perasaan tanda protes.

Betapa pahitnya untuk merasa gembira apabila yang bercakap itu wakil daripada Iran, sebuah negara yang bermazhab Syiah Ja'fariah. Siapa yang belajar berkenaan akidah mereka pasti terasa berat untuk berbangga dengan semua ini. Isunya Syiah!

Sebenarnya, apa pilihan yang kita ada? Masih mengharap dengan negara-negara islam yang lain yang dikatakan bermazhab sunnah. Mana lebih baik, syiah yang multazim ( teguh dengan agama ) atau sunnah yang sekular ( memisahkan agama daripada kehidupan ).

Dilema bukan?

Ahmadinejad bukan sebarangan. Kereta beliau, rumah beliau, pakaian beliau membanggakan ummat islam yang merindui kepimpinan yang zuhud. Solat beliau ditepi jalan, saat beliau menolak untuk bersalam dengan pemimpin perempuan diimpikan oleh mereka yang sayangkan agama.

Cuma masalahnya yang menunjuk contoh itu adalah Syiah. Sukar diterima. tetapi memandangkan pemimpin Arab Saudi dengan jubah kemegahannya, pemimpin jordan yang bersalaman dengan perdana menteri Israel, isteri pemimpin-pemimpin islam yang lain...

Tidak mengapalah.

Kita tahu bahawa bagaimana tuduhan Syiah kepada Sahabat Nabi, Akidah Taqiyyah mereka yang sering menjadikan mereka tidak boleh dipercayai dan dakwaan mereka Quran kita masih belum cukup.

Cukuplah itu dalam alam rumah tangga antara kita dan dia.

Sekurang-kurangnya kita tidak pernah mendengar semua itu daripada Ahmadinejad. Cukuplah kita berbangga sekurang-kurangnya ada manusia yang begitu berjaya merobek keegoan Amarika Syarikat dan Israel.

Sekurang-kurangnya di PBB masih ada suara kita.

Bila Erdagon nak bersuara? Hanya beliau harapan kita.

Najib?

Oh, terlupa. Berbangga dengan kejayaan beliau menasihati Amarika dalam menangani islamfobia. 1 Malaysia!!!

1 ulasan:

mohamad bin mohsin said...

Kau ni dah lebih dari aku nampak?he2