Perkahwinan?
Apa yang ingin diceritakan?
Dari sudut hukum fiqh, hukum asal perkahwinan adalah sunat. Namun boleh bertukar kepada wajib, boleh juga harus, boleh makruh dan tidak mustahil sunnah tersebut bertukar menjadi haram.
Ini bukan satu yang pelik, kerana semua perkara hukumnya sedemikian. Bukan perkahwinan itu hukumnya, namun keadaan mereka yang berkahwin itulah faktornya.
Jika niat ingin mengikuti sunnah baginda, maka sunatlah hukumnya.
Jika boleh membawa kepada zina apabila tidak berkahwin, maka wajiblah hukumnya.
Jika niat ingin menzalimi isterinya, maka tentulah haram.
Tidak begitu menarik mengupas isu perkahwinan dari sudut fiqh kerana fiqh itu sangat statik.
Namun perkahwinan harus dilihat dari sudut psikologi, motivasi dan kehidupan. Itu semua juga adalah sebahagian daripada agama. Ini lebih penting daripada menilai menurut hukum fiqh dalam kitab semata-mata.
Perkahwinan adalah satu proses perubahan dalam hidup manusia. Ia bukannya suatu perkara yang ingin dicuba ataupun main-main. Tiada istilah kembali ke belakang.
Ada beberapa perkara yang perlu dijawab oleh mereka yang ingin berkahwin.Antaranya.
Sudah bersediakah untuk berkahwin?
Sebelum, ketika dan selepas berkahwin.
Ataupun soalan yang lebih penting dan utama dijawab sebelum itu.
Mengapa berkahwin?
Kata si A
" Saya ingin isteri saya cantik"
Kata si B
" Saya ingin isteri saya dari keluarga orang yang hebat"
Kata si C
" Saya ingin isteri saya dari kalangan mereka yang kaya"
kata si D
" Saya ingin isteri saya be'agama'"
Terdapat sebuah hadith:-
Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia. Hadith riwayat Bukhari.
Hadith yang lain pula berbunyi:-
Sesiapa yang mengahwini wanita kerana kehebatan dunianya , Allah hanya menambah kehinaan padanya. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana hartanya, Allah hanya menambah kepapaan kepadanya. Sesiapa yang mengahwini wanita kerana keturunannya, Allah hanya menambah kerendahan padanya.Sesiapa yang mengahwini wanita hanya kerana untuk menjaga pandangannya, memelihara farajnya atau untuk menyambung silaturrahim, Allah akan memberkati lelaki tadi pada isterinya dan memberkati isterinya pada lelaki tersebut. Hadith riwayat tabarani.
Mengapa demikian?
Kerana mengharapkan kecantikan, kedudukan dan kekayaan, semua itu adalah mengharap kepada makhluk. Jika mengharapkan agama maka kita akan mengharapkan keredhaan Allah. Jika Allah redha, ada lagikah yang lebih baik daripada itu?
Kemudian persoalan kedua bersediakah kita dari sudut keperluan? Samada zahir ataupun batin.
Semua mengetahui keperluan zahir. Makanan, pakaian dan tempat tinggal. Namun ramai yang salah faham tentang keperluan batin.
" Saya kahwin ramai kerana saya kuat tenaga batin" bangga seorang lelaki yang berkahwin lebih daripada seorang.
Batin adalah bermaksud perkara dalaman melibatkan hati dan emosi. Apa kaitannya dengan hubungan kelamin? Inilah yang menjadikan ramai yang salah faham.
Benar hubungan itu adalah salah satu daripada keperluan batin, namun bukan semua. Perkara ini adalah bagaimana si suami mampu memenuhi kepeluan isterinya dari sudut emosi, kasih sayang, belaian dan segala perkara yang mampu menggembirakan isterinya.
Perempuan adalah satu kejadian yang istimewa. Penciptaannya tidak sama seperti lelaki. Emosi mereka lebih menguasai diri mereka dalam banyak keadaan. Apatah lagi apabila bergelar isteri, bebanan rumah tangga yang ditanggung oleh isteri. Ketika inilah isteri memerlukan kekuatan dari sudut emosi.
Ini juga harus dinilai kemampuannya untuk suami dan bakal suami.
Bercinta membawa ke syurga.
1 ulasan:
I'm appreciate your writing skill.Please keep on working hard.^^
Post a Comment