Petang semalam saya bersiar-siar dengan seorang rakan yang merupakan ahli salah satu NGO Islam di Malaysia.
Kawan saya menceritakan bahawa suatu ketika dahulu dia amat taksub dengan PAS, Namun akhirnya dia kecewa dan beralih kepada NGO. Saya cuba memahami antara perkara yang beliau terkilan tentang PAS adalah seperti berikut:
1. Amanat Haji Hadi yang menyebabkan masyarakat huru hara, pulau memulau dan kafir mengkafir.
2. Terburu-buru dalam melaksanakan hudud hingga dilihat lebih ke arah kepentingan politik.
3. Konsep tahaluf ( kerjasama politik ) antara PAS dan DAP yang jelas lebih menguntungkan DAP.
4. Kenyataan ahli PAS yang tidak menghormati institusi mufti ( YB Mahfuz mencabar mufti Perak )
Kemudian beliau menambah alangkah baiknya jika PAS dan UMNO duduk bersama ( bukan bersatu menjadi satu parti ) daripada PAS bertahaluf dengan DAP yang jelas mengikis kepentingan bangsa melayu dan islam
Kekuatan bangsa Melayu adalah menjamin kekuatan Islam. Nabi pun berbangsa arab. Maka bangsa adalah satu perjuangan bukannya ketaksuban.
Respon saya kepada beliau.
Fitnah dalam politik adalah peranan yang dimainkan oleh media arus perdana. Anda boleh lihat ketika perbicaraan Anwar, betapa jijiknya tajuk-tajuk muka depan Utusan Malaysia. Selain PAS, DAP juga adalah mangsa kepada tomahan-tomahan media arus perdana.
Akhirnya masyarakat mengenali DAP berdasarkan media dengan cukup pandai bermain dengan sentimen agama dan perkauman. Antaranya:-
1. DAP parti memperjuangkan kepentingan cina.
2. DAP ingin menghapuskan kepentingan Melayu dan Islam.
3. Pemimpin DAP mempersendakan Islam seperti kenyataan Karpal Singh terhadap negara Islam dan hudud. Isu Nga menghina Al-Quran apabila membacanya dalam ceramah, isu doa seorang khatib terhadap Lim Guan Eng dan yang terbaru wakil rakyat DAP memberikan tazkirah di sebuah surau.
Semua ini sengaja dimainkan oleh media. Ada beberapa perkara tidak pernah disentuh oleh media. Antaranya:-
1. Kesungguhan Lim Guan Eng ingin menjadikan modul pentadbirannya seperti khalifah Umar Abdul Aziz. Dalam ucapannya di sebuah majlis beliau menyebut beberapa contoh keadilan yang ada pada khalifah tersebut. Orang Melayu sendiri pun tidak mengetahui akan hal ini.
Adakah anda ingin Lim Guan Eng menjadikan sultan-sultan melayu sebagai model pemerintahan beliau?
2. Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan majoriti tender kepada melayu islam jauh lebih besar daripada kerajaan BN sebelum ini.
3. Tony Pua mencadangkan agar dimansuhkan diskaun pemilikan rumah mewah bumiputra. Cadangan beliau jauh lebih dekat dengan keadilan jika dibandingkan menghapuskan subsidi minyak dan gula.
Anda tidak rasa pelikkah apabila Prof Abdul Aziz Bari yang merupakan tokoh undang-undang terkenal mencadangkan Lim Guan Eng sebagai perdana menteri? Tentu ada sebabnya dan pemerhatian yang lebih mendalam.
Jika anda membaca media arus perdana, mereka sendiri tidak pandai mengeja ‘barang naik’ dengan menggantikan rasionalize subsidi.
Politik Malaysia.
Bercakap tentang politik lebih memerlukan maklumat yang tepat bukan sekadar sentimen semata-mata.
Ada beberapa perkara yang perlu diketahui dalam politik Malaysia:-
1. Malaysia adalah negara persekutuan. Gabungan negeri-negeri membentuk sebuah negara. Ada dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan pusat dan 14 kerajaan negeri. Walaubagaimanapun kuasa kerajaan pusat lebih luas daripada negeri.
2. Untuk menguasai kerajaan pusat sekurang-kurangnya mesti menguasai 112 buah kerusi daripada 222 yang dipertandingkan.
3. Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berpelembagaan. Untuk mengubah perlembagaan memerlukan majoriti 2/3 dan sokongan daripada majlis raja-raja.
Kembali kepada cerita tadi. Saya menyatakan ada dua bentuk penggabungan seperti yang disebut oleh kawan saya. Antaranya:-
1. PAS bergabung dengan UMNO.
Kerusi UMNO sebanyak 78 dan PAS sebanyak 24. Jadi jumlahnya sebanyak 102. Jumlah ini belum cukup untuk membentuk kerajaan walaupun dengan majoriti mudah.
2. PAS bergabung dengan BN.
Kerusi BN ( UMNO, MCA, MIC dan sekutunya yang lain ) adalah sebanyak 139 dan apabila dicampur dengan PAS sebanyak 24, jumlahnya adalah 163. Maka jumlah ini membentuk majoriti 2/3. Kemudian PAS akan menjadi parti kedua terbesar BN.
Jika dilihat saranan kedua lebih releven. Namun jika memainkan sentimen PAS menggadaikan Islam kerana berkawan dengan DAP, bagaimana pula dengan MCA, MIC dan gerakan?
Apa kata MCA tentang perjuangan mereka?
1. MCA secara terang-terangan menyatakan bahawa parti itu memperjuangkan kepentingan masyarakat cina di Malaysia.
2. Presiden MCA baru-baru ini tanpa segan silu menyatakan negara islam adalah mundur, banyak rasuah dan miskin.
3. MCA juga menyokong 10 resolusi perhimpunan cina yang ingin menghapuskan Dasar Ekonomi Baru ( DEB )
Ini belum termasuk rasuah-rasuah dan penyelewengan pemimpin MCA.
Bersambung....
0 ulasan:
Post a Comment