Rakan saya menambah, mengapakah jadi sedemikian? Mana lagi kerusi-kerusi Melayu Islam. Jawapan saya tanyalah kepada siapa yang bertanggungjawab membentuk sempadan baru pada tahun 2003 sehingga kerusi Melayu berubah.
Maka, melayu tidak bersatu berpecah kepada tiga parti ( UMNO, PAS, PKR )!
Jawapan saya PAS dan PKR tidak pernah mendakwa mereka adalah parti melayu.
Jika orang Melayu yang menjadi tonggak dalam kedua-dua parti itu dikatakan punca Melayu berpecah, maka bukan sahaja bangsa Melayu, bangsa lain turut mengalami masalah yang sama.
Bangsa Cina terdiri daripada MCA, DAP, Gerakan dan mungkin juga PKR.
Bangsa India berpecah kepada MIC, PPP, Makhal Sakti, Kimma dan PKR.
Realitinya, mana-mana bangsa di dalam dunia ini mustahil tidur di atas satu bantal politik.
Ini membuktikan bahawa tabiat bangsa ataupun manusia itu sendiri memang tidak akan bersatu. Cuma bezanya ada pihak yang benar dan ada yang salah.
Al-Quran sendiri menyebut:-
sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu ( maidah 48 )
Prof Dr Wahbah Zuhaili pernah menulis hukum gabungan parti islam dan bukan islam kepada tiga situasi ( Qadaya Fiqh wa Fikrah Muasirah ). Antaranya:-
1. Parti islam wajib bergabung dengan parti islam jika berhadapan dengan parti kafir.
2. Parti Islam haram bergabung dengan parti kafir dalam menentang parti Islam.
3. Parti Islam harus bergabung dengan parti kafir jika berhadapan dengan parti islam yang lain yang turut bergabung dengan parti kafir yang lain. Namun dengan syarat parti bukan islam yang dipilih itu kurang mudharatnya berbanding parti bukan islam di pihak lawan.
Maka situasinya adalah situasi ketiga.
Dalam memahami politik Malaysia, tidak dapat tidak sesebuah parti yang ingin membentuk kerajaan mesti mendapat sokongan dan pengiktirafan daripada kelompok bukan islam.
Dalam hal ini ada dua parti yang betanding di kerusi islam iaitu PAS atau PKR dan UMNO.
Ada dua juga parti yang bertanding di kerusi cina iaitu DAP atau PKR berhadapan MCA.
Ada dua parti yang bertanding di kerusi India iaitu DAP atau PKR berhadapan MIC.
Maka tidak dapat dinafikan di Malaysia ini politiknya adalah pertembungan dua pakatan besar..
Jika anda menyatakan haram bergabung atau bersekutu dengan parti bukan islam, jawapannya islam tidak akan menguasai Malaysia. Namun jika ada kata boleh, keharusannya bukanlah secara mutlak. Mesti bersyarat.
PAS sentiasa kosisten dengan perjuangan islamnya walaupun terpaksa bersendirian. PAS pernah memutuskan kerjasamanya dengan DAP yang menentang negara islam. Bahkan hubungan PAS dengan DAP kini hanyalah berbentuk pakatan kerjasama bukannya bergabung. PAS juga membentuk alternatif lain dengan membuka keahlian khas parti itu kepada bukan islam. Ini satu persiapan jangka panjang yang baik.
UMNO pula telah bergabung membentuk BN bersama dengan MCA dan gerakan. MCA dan gerakan tidak kurang hebatnya memainkan sentimen perkauman dan keagamaan. Bezanya, sering didiamkan oleh media arus perdana yang terkenal dengan pekak, bisu dan butanya apabila bercakap tentang kerajaan.
Sukar dibayangkan PAS bergabung dengan UMNO kerana PAS bertanding pada kerusi yang sama dengan UMNO, begitu juga sebaliknya.
Sukar membayangkan PAS bersendirian untuk membentuk kerajaan.
Maka kaedah yang harus digunakan “ Jika tidak dapat semua jangan tinggal semua”
Parti Islam perlukan parti non muslim.
MCA membuktikan perjuangan mereka terang-terangan untuk bangsa Cina. Pemimpinnya kini terlibat dengan skandal video lucah dan kini apabila menjadi presiden dengan selambanya menghina negara islam.
DAP tidak juga sempurna, Lim Kit Siang dan Kaparl Singh sentiasa kosisten dengan anti islamnya. Namun pemimpin baru mereka seperti Guan Eng, Nga sudah mula berjinak-jinak dengan islam.
Maka kesimpulannya adalah:-
1. Mustahil parti Melayu bersatu, namun pilihlah salah satu daripada parti Melayu yang lebih baik. Antara UMNO ataupun PAS.
2. Mustahil membelakangkan parti non Muslim. Maka pilihla mereka kurang mudharatnya kepada islam. Antara MCA dan DAP.
Kesimpulan tambahan: Apabila membaca media arus perdana, percayalah hanya dua perkara sahaja yang benar iaitu tarikh dan juga pengumuman nombor ekor..
0 ulasan:
Post a Comment