
Alhamdulillah, kemuncak bagi perbentangan modul Kembara Mencari Tuhan apabila diberi peluang membentangkannya kepada 60 saudara baru dalam program pemantapan akidah dan motivasi muslim di Hotel Brisdale anjuran PERKIM wilayah persekutuan.
Terima kasih kepada Ustaz Jogi, Team AFM, Ustaz Mohammad dan Ustaz Said kerana memberi peluang yang tidak ternilai kepada saya dalam menimba pengalaman dakwah.
Cabaran kami bermula pada hari tersebut apabila pihak PERKIM memaklumkan kepada kami seawal pagi bahawa ada beberapa perkara penting. Antaranya:-
1.Kebanyakan daripada saudara baru ini memeluk Islam kerana ingin berkahwin dan mendapat sumbangan.
2.Kebanyakan daripada mereka hanya mendapat pendidikan SPM.
3.Majoriti peserta adalah berusia 30 tahun ke atas.
Ini agak mengejutkan saya kerana modul kembara mencari Tuhan adalah untuk mereka yang berfikir ataupun mengkaji tentang agama. Modul ini mengandungi:-
1.Dalil-dalil kepercayaan akdiah secara logik.
2.Perbandingan agama.
3.Hakikat seorang muslim.
Apatah lagi kami diharapkan agar tidak ber’kasar’ dengan peserta yang baru berjinak dengan Islam. Ada dikalangan mereka baru 2 minggu memeluk agama Islam dan masih susah dengan perkara-perkara berkenaan halal dan haram.
Namun ini tidak melemahkan semangat kami. Pada mulanya saya membayangkan mereka seperti orang tua di kampung saya apabila mendengar ceramah, namun sebenarnya berbeza. Mereka begitu bersemangat, cuma ada beberapa bahagian yang memerlukan berfikir agak meletihkan mereka. Walaubagaimanapun dengan soalan yang dikemukakan, respon yang diberi dan perkongsian pengalaman, nampaknya diluar jangkaan saya.
Syahrul Yoga misalnya begitu meminati kisah-kisah Nabi. Maklumlah, hanya kisah dalam agama islam sahaja yang dilihat ada pengajarannya berbanding dengan agama lain yang penuh dengan mitos.
Abdullah Wong pula sangat tertarik dengan penjelasan ayat “ Tidaklah aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepada Aku”. Konsep matlamat hidup manusia ini tidak wujud dalam agama lain.
Sejak daripada dahulu lagi saya berusaha menguasai semua ilmu Islam agar mampu menjadi seorang pendakwah yang serba boleh dalam berhadapan dengan sesiapa sahaja.
Saya mempelajari ilmu perbandingan agama, menulis buku berkenaan dengannya dan menghasilkan modul ini.
Saya berinteraksi dengan pelajar-pelajar non muslim di sebuah sekolah hingga saya menghasilkan modul Apa Erti Saya Seorang Muslim.
Pengalaman menuntut ilmu syariah, saya tidak begitu rigid dengan bidang fiqh sahaja malah terjun dalam bidang hadith dengan harapan mampu berhadapan dengan mereka yang terlalu keras dengan pegangan sunnah yang membid’ahkan orang lain.Ataupun mereka yang terlalu anti kepada hantu wahabi dan Ibnu taimiyyah. Penyelesaiannya kuasailah ilmu hadith agar mampu mengenal apa itu sunnah dan apa itu bid'ah.
Saya memaksa diri belajar subjek firaq semata-mata persiapan jika berhadapan dengan seorang Syiah ataupun mereka yang terkesan dengan muktazilah. Walaupun pertemuan itu tidak berlaku dan nampak sukar untuk berlaku,namun siapa sangka jika khidmat kita tetap diperlukan.
Subjek Principle of Law saya tadah walaupun terpaksa mengulangi sebanyak 2 kali semata-mata ingin membuktikan fiqh dan syariah mampu menjadi undang-undang jenayah suatu hari nanti. Bukannya seperti ulama ...... yang tidak optimis dengan undang-undang Islam hanya kerana parti Islam bertanding 60 kerusi.
Melihat masa hadapan.. Siapalah yang tidak mahu berada dalam keadaan sekarang; sudah bergaji tetap dan terjamin pekerjaannya, ditambah lagi dengan graduan syariah yang sangat sukar dalam perjuangan ini..
Namun..
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada saya untuk terus dengan perjuangan dan misi menjadi seorang da’ie dan faqih…
Tidaklah begitu mudah… Kerana itu adalah ujian..
Selamat Menyambut Ramadhan..
Laallakum Tattaqun..
1 ulasan:
'KIAMAT DAN KEADAANNYA'
http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti
Post a Comment