Monday, August 16, 2010

Apa Erti Al-Quran Pada Anda?

Bulan ramadhan cukup sinonim dengan Al-Quran. Selain daripada puasa dan solat tarawih, Al-Quran juga merupakan unsur terpenting dalam bulan ini, apatah lagi bulan yang menjadi sejarah turunnya Al-Quran. Maka, tidak hairanlah ramadhan dihidupkan dengan tadarus Al-Quran.

Apa erti anda membaca Al-Quran?

Ada orang yang membaca..
Ada orang membaca dengan bacaan yang betul tajwidnya..
Ada orang mampu membaca dengan memahami makna sekaligus..
Ada orang bukan setakat mengetahui makna, namun menghayati keindahan bahasa dan sasteranya..

Apa erti anda membaca AL-Quran?

Sekadar membaca?
Ataupun membaca dan beramal?
Ataupun beramal tanpa membaca?

Al-Quran menyebut:-

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan Hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal ( Al-Anfal : 2 )

Sesungguhnya orang yang benar benar percaya kepada ayat ayat kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong.( Al-Sajadah : 15 )

Bertambahkah iman anda apabila membaca Al-Quran? Yakinkah anda bahawa Al-Quran itu daripada Allah setelah membacanya?

Ataupun soalan yang lebih penting lagi..

Yakinkah kita dengan seluruh perintah dan pengajaran yang terkandung dalam Al-Quran..

Tepuk dada tanya iman

0 ulasan: