Wednesday, July 21, 2010

Cakap Dulu, Baru Cari Dalil..

Teringat ketika mempelajari subjek hadith ahkam di Universiti Mu'tah bersama dengan Dr Muhammad Said Hawa. Kata beliau ketika permulaan kelas

" Ahli hadith akan melihat sesuatu hadith dahulu sebelum mengeluarkan hukum, manakala ahli fiqh akan menyusun hukum dahulu dan akan mencari dalil untuk menguatkannya. Inilah perbezaan antara kedua-dua metodologi ini"

Fahamkah anda?

Ada orang bercakap dahulu dengan mengeluarkan kenyataan, kemudian carilah dalil dan hujjah untuk menjadikannya benar.

Ada orang cari dalil dan hujjah terlebih dahulu baru keluarkan kenyataan.

Mana yang lebih benar? Dalam isu agama kesemuanya benar cuma ada yang lebih tepat dan ada yang kurang tepat. Selagi ulama itu berijtihad, maka mereka tidak akan dikategorikan sebagai orang yang bersalah.

Namun bagaimana pula dengan politik

Dua hari lepas saya membeli sebuah vcd forum “Bolehkah Melayu Bersatu”. Ahli penalnya terdiri daripada Dr Mujahid ( MP PAS ), Ustaz Afendi ( Biro agama UMNO ), Ustaz Lokman Adam ( JASA/ UMNO ) dan Dr Asri Zainal Abidin ( bekas mufti )

Isunya bolehkah Melayu Bersatu, namun realitinya perjalanan forum disempitkan kepada siapakah yang lebih benar UMNO ataupun PAS.

Isu dibangkitkan, hujjah diketengahkan, adab dan akhlak memang tidak dikawal.

Kesemuanya ustaz.. Namun mengapakah begitu?

Kesemuanya berhujjah dengan ayat Al-Quran dan Hadith, namun siapakah yang benar?

""Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar (syubhat), kebanyakan manusia tidak mengetahuinya." Hadith.

Bagi mereka yang belajar agama tentunya dapat menilai ulama mana yang bercakap dahulu kemudian berusaha mencari dalil menyokong kenyataannya walaupun jelas berada di pihak yang mungkar.

Bravo Dr. Asri
Ketika kemunculannya banyak menimbulkan kontroversi kerana membangkitkan isu-isu khilafiyyah. Kemudian cenderung melihat kesalahan yang ada pada gerakan islam. Paling ketara ketika menjadi Mufti Perlis dan kenyataannya terhadap perhimpunan BERSIH.

Hinggakan seorang penceramah pembangkang yang berstatus ustaz menggelarkannya 'bapak syaitan'.

Namun itu semua mematangkan beliau yang terus memilih landasan non partisan sebagai wadah perjuangan. Dalam forum tersebut, hujjah beliaulah yang menyelamatkan PAS daripada terus dibelasah. Dengan ketinggian ilmu yang dimiliki semestinya menggerunkan PAS dan juga UMNO.

Masih ada lagi ustaz-ustaz dan mereka yang masih mengungkit-ngungkit biografi ulama muda ini. Masih ada yang mengaitkan dengan isu khilfayyah dan keceluparan beliau terhadap ulama silam.

Lupakanlah kerana kita perlu dilandasan yang sama.

Merelevenkan perlaksanaan islam…

Menentang kezaliman, penindasan sang pemerintah..

p/s : baru mendaftar mengundi...

0 ulasan: