Saturday, July 10, 2010

Apabila Sudah Bersara..


Tahniah saya ucapkan kepada pemimpin-pemimpin baru yang menerajui persatuan-persatuan pelajar Malaysia di bumi Jordan. Daripada setinggi-tinggi MPPM, PERMATA, PRISMA, PERMAI, PPMA dan BKAN-BKAN hinggalah kepada AJK kecil.

Setiap yang menang, kalah, semuanya ada nostalgia yang tersendiri.

Hussin ada gahnya dalam menerajui pimpinan PERMATA. Tahniah.

Namun, apa yang menggembirakan saya apabila kita sudah ada 2 wakil Mu'tah dalam MPPM. Buktikanlah keupayaan kita wahai Al-Fadhli Ustaz Azmudin dan Ustazah Iffah..

Suasana di Jordan kadang kala sering membuatkan saya tersenyum, pelajar-pelajar Malaysia bagaikan ada musim yang tersendiri dalam mencoretkan suasana di sana. Dan saya yakin suasananya kini adalah mereka-mereka yang telah berjaya dipilih pastinya penuh dengan mesej-mesej dan nasihat-nasihat tentang amanah dan tanggungjawab.

Sebenarnya saya kurang bersetuju jika mesej-mesej berbentuk amanah itu membebankan kepada mereka. Mereka naik kerana undi anda, maka anda pun bertanggungjawab sama.

Kerana bagi saya amanah yang paling besar di sana adalah belajar agar dapat memimpin masyarakat di Malaysia. Samada Medic ataupun Agama...

Apa pun amanah tetap amanah. Lakukanlah dengan yang terbaik.

Tutup cerita tentang mereka yang telah menang. Bagaimana pula mereka yang telah ber'sara'? Sepatutnya mereka juga perlu diberi nasihat. Antaranya:-

1. Anda sudah bertaraf 'veteren', namun jangan lupa anda juga adalah ahli biasa. Jangan berlagak seperti pemimpin dan jangan jadi seperti ahli tahun satu yang tidak tahu apa-apa. Sebaiknya jika diminta memberi nasihat dan sumbangan, berikanlah.

2. Fokuskan kepada pelajaran dan ilmu semaksima mungkin. Takala ini, mungkin anda kurang diganggu lagi. Tiada alasan untuk gagal.

3. Anda telah melepasi tugasan ataupun tanggungjawab yang mencabar. Dengan pengalaman tersebut anda mungkin layak untuk tugasan yang lebih mencabar..

Anda tahu apa dia?

" Kahwin...."

Bila lagi?

2 ulasan:

MOHD ADI AMZAR BIN MUHAMMAD NAWAWI said...

ust afutt...dengar cite enta nk kawin...betul ke?jgn buat kenduri lg tau...tunggu ana balik mesia dulu...nk join kenduri enta...he2

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
(h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

FAKEH KHALIFAH SAKA