Wednesday, June 2, 2010

Kenangan Rachel Corrie : Apa Erti Jihad Umat Islam?



Saya mengikuti perkembangan kapal kedua misi kemanusiaan yang bakal tiba di perairan Gaza dalam beberapa jam lagi. Kapal ini merupakan kapal sukarelawan Malaysia. Rachel Corrie adalah nama yang diberi kepada kapal tersebut.

Terfikir saya, mengapakah nama itu yang dipilih? Padahal slogan 1 Malaysia belum cukup popular lagi dimata dunia..

Dua hari lepas, ketika bertemu dengan rakan-rakan bekas sekolah, ada sebahagian rakan meragui usaha kemanusian tersebut. Apakah niat mereka?

Setahu saya bangsa arab bangsa yang tidak begitu mudah digula-gulakan untuk menukar agama dan pegangan mereka.

Lagipun isu Gaza bukan lagi isu siapa yang menyebarkan pengaruh ataupun agama namun isu ini adalah isu kemanusiaan yang sudah sampai tahap kritikal. Manusia normal pasti tidak akan menerima apa yang terjadi kepada mereka.

Tidak hairanlah ada pejuang yang berpegang teguh dengan nilai kemanusiaan sanggup mengorbankan diri kerananya.

Antaranya Rachel Corrie. Pada tahun 2003, beliau terkorban selepas bertindak sebagai perisai manusia untuk manghalang jentolak Israel daripada merobohkan rumah rakyat Palestin di Rafah.

Apa yang mendorong beliau berbuat demikian?

Sangat pelik untuk difikirkan dan yang penting tidak perlu difikirkan mengapa mereka begitu berani.

Kerana sebab untuk ummat islam mempunyai semangat sedemikian terlampau banyak.

Muslim dijanjikan syurga tanpa hisab jika syahid...
Muslim diwajibkan membantu saudaranya yang dalam kesukaran walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa...
Tanggungjawab memelihara Al-Aqsa adalah tanggungjawab muslim...

Apa yang menghalang kita semua?



" Jika tidak cita-cita untuk jihad dan syahid, tidak layak bergelar seorang mukmin"

0 ulasan: