Jika anda perhatikan tanah air ini, bilakah agama dilihat sebagai satu kepentingan? Bilakah manusia perlukan agama?
Dalam politik? Jangan harap, semalam perhimpunan Melayu Bangkit di Terengganu terang-terangan menyatakan politik perlu diasingkan daripada agama. Satu perkara yang cukup memalukan apabila ada pihak 'agamawan' yang menyokong diluluskan lesen judi kerana bukan islam membenarkannya, namun amat menerima pukulan hebat apabila bukan islam sendiri secara terang-terangan menolaknya.
Dalam masyarakat? Benar juga, agama akan dipanggil apabila ada kenduri dan orang mati. Bak kata seorang penulis terkenal, orang agamawan akan menjadi seperti lalat yang sifatnya muncul apabila adanya makanan dan bangkai. Tahlil, Doa selamat, bacaan yasin dan akad nikah..
Bukan nikah tapi akad nikah. Selepas akad nikah, bagaikan pesta. Pengantin pula bagaikan artis.
Dalam pendidikan? Mungkin ada sedikit kesedaran pada zaman kini apabila ramai dikalangan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas agama dan Quran, namun pendidikan di sekolah menengah kebangsaan bagaimana? Minggu lepas diumumkan 16 orang pelajar perempuan Kuala Terengganu mengandung anak luar nikah. Dan rekod yang paling hebat 1 juta anak luar nikah sepanjang 2000 hingga 2008. Pendidikan yang islamik ke?
Dan akhir sekali penilaian yang mengkagumkan saya adalah watak ustaz dalam cerita kini sangat laku.
Lihat lah filem seram, mula-mula akan disajikan dengan tulisan dan terjemahan Al-Quran. Kebiasaannya ayat yang berkaitan dengan jin dan di akhir rancangan dipaparkan ayat Quran yang menceritakan tentang taubat.
Kemudian akan ada watak iblis, jin jahat, nenek kebayan, penunggu. Mereka ini akan 'masuk' ke alam manusia dan mengganggu manusia. Kebiasaannya akan ada watak Tok Bomoh yang tidak islamik. Bomoh ini akan diketawakan oleh Iblis dan konco-konconya.
Akhir sekali datanglah hero ustaz ataupun ilmu ustaz yang diturukan kepada watak utama cerita ini. Bukan susah nak kalahkan watak-watak iblis itu, hanya baca beberapa ayat al-quran, nak lagi berkesan terus azan.
Tidak hairanlah watak yang membaca itu tidak memakai tudung..
Malaysia oh Malaysia.. Apa boleh buat hanya ini yang mampu.
Ada sesiapa nak berlakon jadi ustaz dalam filem seram?
Malu dengan filem laskar Pelangi dan Perempuan berkalung serban.
0 ulasan:
Post a Comment