Friday, June 18, 2010

Fiqh Itu Faham Yang Lebih Faham.


Dilema yang dihadapi oleh graduan syariah adalah terlalu ramai mereka yang dihasilkan dalam bidang ini. Saya maksudkan di sini bukanlah seperti kuliah syariah di Universiti-universiti di Jordan yang menjadikan bidang syariah adalah bidang agama keseluruhan, namun mejoriti kuliah syariah merupakan kuliah fiqh seperti di Mesir dan Kebanyakan universiti di Malaysia.

Apabila pulang ke Malaysia terlintas di hati alangkah baiknya jika saya mengambil bidang usuludin, hadith, tafsir dan perbandingan agama. Kesemua bidang tadi agak kurang persaingannya di alam pendidikan di Kolej dan Universiti di Malaysia. Umpamanya di Universiti Darul Iman, bidang usuludin menjanjikan kekosongan untuk jawatan fellow dan tutor.

Saya betul-betul dalam dilema, semenjak pulang ke Malaysia saya banyak menghabiskan masa membaca buku perbandingan agama. Bukan di Malaysia lagi, sejak tahun akhir saya di Universiti Mu’tah, saya berusaha mendalami bidang usuludin iaitu hadith dan firaq akidah.

Hinggakan Dr. Mustofa Abu Ziyad pelik dengan pengetahuan dan minat saya dalam bidang hadith.

Semua ini apabila mendengar kata-kata Dr Syuesh

“ Kita perlukan ramai daei daripada faqih”

Di Malaysia saya juga berusaha memotivasikan diri bahawa saya tidak sepatutnya menyesal hanya semata-mata masih belum menemui jalan untuk mengajar fiqh.

Hinggalah bertemu dengan seorang Ustaz.
“ Anta tau tak fiqh itu agama. Segala cabang lain agama wujud dalam fiqh.”

Ada benar katanya. Petunjuk yang paling jelas hadith nabi

“ Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan akan difaqihkan dalam bidang agama”

Fiqh itu bukan sekadar faham, lihatlah perkataan fiqh digandingkan dengan ‘fi din’ yang bermaksud faham sedalam-dalamnya agama. Lihatlah dalam sejarah perkembangan mazhab siapakah yang benar-benar digelar imam mazhab feqah? Hanya 4 orang yang berjaya mengekalkan legasi dan pengiktirafan sepanjang zaman.

Bahkan generasi awal sahabat, bukan semuanya digelar faqih. Ada sahabat yang meriwayatkan beribu-ribu hadith masih belum mencapai tahap faqih ( rujuk pandangan mazhab Hanafi terhadap Abu Hurairah )

Seorang yang hafiz quran tidak semestinya faqih.
Seorang yang sudah bergelar mufti adakah dimata masyarakat sudah faqih?
Ramai graduan syariah, namun layakkah mereka mendapat gelaran faqih?
Faqih hanya dipilih Allah.. Bukannya dipilih oleh Universiti..

Ya Allah, jadikanlah diri ini seorang yang faqih dalam agama dan mampu mentafsirkan Al-Quran.

p/s : Esok kena mengajar subjek balaghah, nahu dan sorof…

0 ulasan: