
Sesungguhnya Allah, Hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang hari Kiamat; dan Dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. ( Luqman: 34 )
Dalam surah Al-Luqman ini, ada pihak cuba menyangkal fakta Al-Quran. Isunya apabila Allah menyebut apa yang ada dalam rahim hanyalah diketahui olehNYA sahaja.
Namun, dengan penuh bangganya manusia mendakwa mereka juga mengetahui jantina bayi dalam kandungan berdasarkan Ultrasonography.
Syeikh Mutawali Sya’rawi ada jawapan tersendiri dalam hal ini.
“ Kita bertanya kepada mereka yang mendakwa sedemikian, adakah perkataan apa ( ما ) sekadar mengetahui lelaki dan perempuan?
“ Hakikatnya perkataan apa itu merangkumi kebahagian dan kesengsaraan bayi tersebut di dunia nanti, tinggi ataupun rendah, putih ataupun hitam, umurnya, rezekinya, ajalnya, namanya dan segalanya tentang bayi tersebut apabila dilahirkan nanti”
“ Sedangkan pengetahuan Allah sangat luas, bagaimanakah anda menyempitkannya sekadar menentukan lelaki dan perempuan?”
“ Bahkan pengetahuan kamu ( manusia ) bukanlah benar-benar ilmiah. Hanya mengetahui lelaki dan perempuan masih bergantung kepada kebarakalian. Mungkin 50% lelaki dan 50% perempuan, lainlah jika jantina manusia berbagai jenis. Dengan hanya demikian kamu mendakwa mengetahui apa yang terkandung dalam rahim?”
Dr Zakir Naik pula menyebut..
“ Ayat tersebut bukanlah merejuk kepada jantina bayi dalam kandungan, namun merujuk kepada masa depan bayi tersebut. Bagaimanakah keadaannya nanti? Adakah memberi rahmat ataupun cacian kepada keluarganya? Adakah memberi kebaikan ataupun kemudharatan buat masyarakat? Adakah menjadi seorang yang baik ataupun jahat? Adakah akan menuju ke syurga ataupun neraka?
“ Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Tidak akan ada saintis yang mengetahuinya walau sehebat mana pun pencapaian ilmu mereka”
Sejak kepulangan di Malaysia, masa saya cukup lapang untuk merujuk kitab-kitab idaman dan laman-laman web ilmiah. Cumanya tiada tekanan untuk mengkajinya dengan lebih serius.
Kadang-kadang diri ini sering bertanya apalah yang ditulis oleh Allah nasib di dunia dan diakhirat.
Manusia sering mengimpikan agar dapat kembali ke masa lepas dan mengetahui masa depan semata-mata ingin mengubah dan menentukan takdir mereka tersendiri. Namun, itulah sebahagian daripada iman iaitu beriman kepada qada’ dan qadar.
Allah mengetahui apa sahaja tentang kita. Namun itu hanyalah pengetahuan dia semata-mata.
Dan kita.. urusan kita adalah berusaha dengan kekuatan akal dan pilihan yang ada moga Allah menentukan masa depan kita dengan sebaiknya..
0 ulasan:
Post a Comment