Membuktikan wujudnya kehidupan selepas mati adalah satu sangat mustahil jika berdasarkan bukti pancaindera semata-mata. Walaupun sebelum ini telah tersebar gambar seorang budak yang dikeluarkan kembali daripada kuburnya dan didapati seolah-olah beliau diazab, kesahihannya masih diragui.
Apa pun jika benar, itu adalah tanda kekuasaan Allah, jika tidak ini adalah satu ujian untuk manusia mempercayai wujudnya kehidupan selepas mati.
Sebab itulah manusia perlu beralih kepada rujukan wahyu apabila akal tidak mampu lagi melepasi batasan pengetahuan.
Timbul persoalan, adakah balasan terhadap manusia hanya pada roh ataupun jasad dan roh bersama?
Sebahagian kecil ulama Ahli Sunnah ada yang berpendapat hanya roh sahaja yang diazab. Ini juga adalah pendapat muktazilah yang sering berpaksikan kepada akal dalam menilai isu agama. Hujjah mereka jelas dan nampak kukuh iaitu, bukan semua orang yang mati mempunyai jasad yang sempurna. Bagaimana situasi dengan mereka yang mati ditelan haiwan, terbakar ataupun yang sudah tidak wujud lagi jasad.
Walaubagaimanapun ini disanggah oleh mejoriti ulama Ahli Sunnah yang berpendapat jasad turut merasai azab ataupun nikmat.
Di sana terdapat beberapa dalil walaupun tidak jelas namun memberi petunjuk apabila ditafsirkan. Antaranya:-
"Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang Telah hancur luluh?"Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama. dan dia Maha mengetahui tentang segala makhluk. ( Yassin : 78-79 )
Jika dilihat mengapakah persoalan menghidupkan tulang belulang dibangkitkan oleh orang kafir yang tidak mempercayai azab selepas mati? Dan Allah menegaskan ia akan dihidupkan kembali. Ini menunjukkan bahawa Allah akan menjadikan kembali jasad manusia untuk merasai balasan azab.
Begitu juga dalam surah Ar-Rum, ayat 27.
Dan dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, Kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkan kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya
Jika difikir secara logik sekalipun sekiranya azab tersebut hanya dikenakan ke atas roh sahaja samalah dengan mimpi manusia yang diazab yang tidak membawa kesakitan.
Walaubagaimanapun perbezaan ini masih dalam kerangka masalah furu' akidah yang tidak membatalkan akidah seseorang.
Yang penting ummat islam mestilah meyakini bahawa azab kubur dan pembalasan hari akhirat pasti berlaku.
Merindui diskusi bersama ulama di Jordan.
0 ulasan:
Post a Comment