Tuesday, May 11, 2010

Makhluk Politik.

Di Jordan, saya mengambil subjek prinsip-prinsip undang-undang, subjek yang membincangkan tabiat manusia dalam mewujudkan undang-undang. Yang menariknya, Dr. Basil seorang yang gemar bercerita realiti politik Jordan, banyak juga kisah-kisah lucu mengenai mereka.

Sistem Jordan lebih kurang sama dengan Malaysia cuma Rajanya masih berstatus 'monarki'. Buktinya, 11 hak tidak boleh disentuh oleh parlimen dan kerajaan yang melibatkan kuasa mutlak raja. Antaranya hubungan luar. Tidak hairanlah anda lihat Rajanya bertemu dengan Presiden USA dan PM Israel ( tanpa nasihat APCO ).

Pengamal undang-undang Jordan juga kadangkala berbangga bahawa mereka adalah pendokong demokrasi, buktinya apabila dua-dua dewan ( Parlimen ) meluluskan sesuatu usul dengan mejoriti 2/3 sebanyak 2 kali perbahasan, maka raja tidak boleh menolak lagi.

Tapi yang peliknya, raja boleh menggantung parlimen. Bahkan pernah selama 2 tahun parlimen jordan tergantung.

Kisah yang lain Dr Basil mendedahkan ada dikalangan wakil rakyat yang tidak tahu membaca, maklumlah mereka dipilih secara membuta tuli oleh rakyat. Yang penting mereka satu kabilah ( keluarga ). Yang menariknya, pernah terjadi ahli parlimen Jordan ingin merangka undang-undang dengan mengambil 100% daripada undang-undang Mesir dan Lubnan, hingga terlupa membuang perkataan negara tersebut..

Orang politik oh orang politik.

Di Malaysia..

Betul kata Pak Lah, infranstruktur kelas pertama, tapi pemikiran kelas ketiga.

Wakil rakyat melompat. Sebelum lompat wakil rakyat ini dituduh perasuah oleh parti yang dilompat itu, namun lepas melompat dipuji pulak.

Semua yang melompat alasan yang sama, hilang kepercayaan.

Kemudian ketika kempen, media massa cukup meluat itu ditonton, yang ketara TV3 (3suku ), Utusan Meloya, Berita Hairan.

Tidak hairanlah kini surat khabar Sinar dan Kosmo lebih diminati.

Kempen pula cukup bosan didengar, pampasan itu, bonus itu, pembangunan itu, hingga tidak kenal rasuah. Maklumlah nama itu kini ditukar menjadi politik wang.

Cukup meluat, bagaimana jika parti yang menjanjikan pembangunan itu bukan kerajaan.

Enjin Jet hilang, kapal selam tidak mampu menyelam, 77 juta untuk membayar kepada APCO, Judi yang ada lesen halal..

Pelik pelik..

P/s : Culture Shock dengan politik Malaysia

0 ulasan: