Tuesday, May 25, 2010

Ijtihad Maqasidi dalam Isu Perubatan ( siri 1 )

Perubatan merupakan antara bahagian baru dalam bidang fiqh. Kebanyakkan isu yang timbul adalah perkara baru yang tidak dinyatakan hukum oleh ulama sebelum ini. Jika ada sekali pun, penilaian harus dilakukan oleh ulama moden agar lebih praktikal dan sesuai dengan kehidupan.

Dalam hal ini, kebanyakkan nas Al-Quran dan Hadith yang menyebut berkenaan perubatan secara terperinci adalah terhad. Maka, satu kaedah baru diperlukan, bukan untuk menafikan Al-Quran dan Hadith namun sebagai tafsiran yang tepat agar aplikasinya sesuai untuk manusia.

Ijtihad Maqasid, iaitu mengeluarkan hukum berdasarkan keutamaan dan kepentingan agama dan manusia.

Secara asasnya teori maqasid dalam membicarakan kepentingan manusia, tahapnya keutamaan manusia terbahagi kepada 3 iaitu:-
1.Dharuriyyat ( penting )
2.Hajiyyat ( keperluan )
3.Tahsiniyyat ( pelengkap )

Dharuriat merujuk kepada keperluan asas manusia. Tanpanya manusia tidak akan mampu untuk hidup. Maka islam meletakkan kewajipan memelihara 5 keperluan manusia iaitu :-
1.Memelihara agama.
2.Memelihara nyawa.
3.Memelihara keturunan.
4.Memelihara akal.
5.Memelihara harta.

Antara hukum-hakam yang terbina atas kepentingan nyawa adalah:-
1.Menjadikan ilmu perubatan fardhu kifayah terhadap ummat islam agar mengusai bidang ini kerana menyelamatkan nyawa adalah wajib.
2.Mengharuskan bahan-bahan yang dilarang pada asalnya terhadap ummat islam untuk dijadikan penawar seperti arak ( sebahagian pendapat ), anggota badan haiwan dan anggota badan manusia untuk tujuan perubatan.
3.Mengharuskan memotong sebahagian anggota badan manusia demi menyelamatkan nyawa seperti kes pesakit kencing manis. Sama juga kes menggugurkan janin untuk menyelamatkan nyawa ibu dan memotong payu dara bagi pesakit kanser.
4.Mengharuskan pemindahan organ dan pendermaan darah.

Antara hukum-hakam yang terbina atas keutamaan keturunan:-
1.Mengharuskan mengubati bagi merawat kemandulan
2.Mengharamkan permanian beradas bagi benih yang berlainan.
3.Mengharamkan pengguguran
4.Mengharamkan pengklonan manusia

Antara hukum-hakam yang terbina atas maslahat akal:-
1.Larangan menggunakan dos ubat bius yang berlebihan yang merosakkan akal.
2.Larangan mengambil ubat tanpa panduan dan kebenaran daripada pakar seperti ubat batuk dan pil.
3.Diharuskan perubatan pesakit mental.

Hukum-hakam yang terbina atas maslahat harta
1.Harus membedah perut orang yang mati tertelan wang kerana untuk mengambilnya.
2.Harus menanggalkan alat bantuan pernafasan bagi seseorang yang sudah mati otak kerana kosnya sangat tinggi dalam masa yang sama sudah tidak mampu untuk menyelamatkan nyawa.

0 ulasan: