Semalam, saya menunggu keputusan pilihanraya kecil Sibu. Takala pengerusinya menjanjikan akan memaklumkan keputusan antara pukul 9 hingga 10 malam,saya terus ke surau. Kemudian agak lama juga menanti sehingga mak bising kerana saya menonton rancangan hiburan Mentor 4 di TV 3suku.
Semata-mata menantikan keputusan tersebut disebabkan saya mendapat mesej kejutan bakal berlaku.
Namun tidak keluar-keluar juga hingga saya tertidur.
Keesokan harinya, saya masih tidak sempat menonton berita pagi, namun mengharapkan MHI dalam rancangan akhbar akan menyebut keputusannya. Walaubagaimanapun, itu tidak disentuh. Yang digembar-gemburkan hanyalah berita kenaikan insentif guru.
Saya ke perpustakaan Kuala Terengganu. Dalam perjalanan cuba menjeling ke arah gerai-gerai yang menggantung surat khabar, namun masih tidak nampak berita itu disensasikan. Ada yang tidak kena.
Sampai di Perpustakaan baru nampak di dada akhbar dengan kolum yang kecil, bahawa DAP diisytiharkan pemenang.
Parti sekular, anti islam, laknatulllah ( kata zulkifli nordin ), cina, komunis..
Sabar.. Kenal dulu mereka, jika salah kita dakwah, jika benar, kita yang patut berubah..
DAP ( Parti Tindakan Demokrasi )adalah satu parti politik yang berkonsepkan sosialis demokratik. Ditubuhkan pada 1965. Ada yang menyatakan parti ini adalah serpihan PAP di Singapura.
Mana-mana negara, pasti akan wujud parti yang memperjuangkan idea sosialis seperti parti Buruh di UK. Ramai orang yang apabila disebut sosialis terus terbayang komunis dan anti islam.
Tapi ramai yang tidak menyedari sosialis adalah satu sistem kemasyarakatan dan kebajikan. Menentang rasuah, penyelewengan dan penindasan.
Jika anda kata sosialis itu daripada barat dan anti islam, apa bezanya dengan Nasionalis, Demokrasi, Liberal, Pilihanraya, Parlimen dan lain-lain. Bagi saya semua sistem-sistem tersebut ada percanggahan dengan islam, namun boleh di'islam'kan.
Satu perkara yang menarik tentang DAP, parti ini sentiasa teguh dengan pendirian mereka. Slogan-slogan tidak pernah bertukar, kalah menang, perjuangan sentiasa cekal. Bahkan ketika idea Barisan Nasional diwujudkan oleh Tun Razak, parti ini tidak berminat menyertainya berbanding PAS yang akhirnya ditendang oleh UMNO.
Apabila mereka memperolehi peluang mentadbir sebuah negeri:-
1. Mengisytiharkan modul Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai modul pemerintahan.
2. Bantuan sekolah agama dinaikkan.
3. Tander lebih banyak diberi kepada bumiputera.
Apa yang tak kena? Orang melayu kenalkah Umar Abdul Aziz?
Muslim tanpa islam. Islam tanpa muslim.
p/s : Menanti komen Prof Abdul Aziz Bari yang sebelum ini mencadangkan Lim Guan Eng sebagai PM bukan melayu.
Teringat cadangan Ustaz Maszlee Malik kepada Ustaz Mahadi agar menyertai DAP dan menubuhkan Dewan Ulama DAP.
0 ulasan:
Post a Comment