Monday, April 5, 2010

Selamatkan kanak-kanak



Banyak isu-isu fiqh semasa yang berlaku di Malaysia yang menarik minat saya menulis tentangnya. Namun, kekurangan sumber di 'hulu' negeri sembilan ini menyukarkan saya menilai dengan penuh ilmiah.

Antaranya isu perkahwinan kanak-kanak. Saya cuba menulis berdasarkan apa yang saya belajar daripada Dr. Muhammad Said Hawa dalam subjek Hadith Ahkam. Mungkin artikel ini berguna untuk mereka di Universiti Mu'tah.

Sebelum bercakap mengenai hukum berkaitan dengan perkahwinan elok dilihat dahulu apakah sebenarnya maqasid ( objektif ) perkahwinan dalam islam.

"Dialah (Allah) yang mencipta kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan ia mengadakan pada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri) untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain". (surah al-A'raaf 7 : 189)

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawaIa menciptkan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu suami-isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan". (Surah Ar-Rum 30::21)

Jelas kepada kita bahawa tujuan perkahwinan adalah untuk kebahagian, ketenangan antara suami dan isteri.

Maka, jika perkahwinan melibatkan kanak-kanak sudah tentu mereka belum mengerti kebahagian kehidupan berumah tangga. Begitu juga perempuan yang dinikahi secara paksa oleh walinya.

Walaupun ada hadith-hadith yang menunjukkan diharuskan wali mengahwini anak perempuannya yang kecil namun kaedah pendalilannya cukup lemah.

Apatah lagi hadith-hadith berkaitan dengan wali secara umum pun hampir kesemuanya lemah dan tidak jelas.

Peristiwa umur Aisyah yang berkahwin dengan Nabi s.a.w sering dijadikan hujjah. Walaupun jumhur Ulama berpengang dengan pendapat ini, namun, jika diteliti benarkah Aisyah berkahwin dengan Nabi ketika usia 9 tahun?

Bahkan ada pendapat yang menyatakan umur sebenar beliau adalah 17 tahun. Yang pasti dalam sejarah islam masih banyak perkara yang berasaskan usia tidak direkodkan dengan tepat, hatta usia Nabi kita s.a.w.

Pendapat mana yang tepat bukan isunya, namun sesuaikah hukum perkahawinan, suatu perkara yang besar dalam hidup manusia dibina atas dalil yang masih dibahaskan ketepatannya? Sedangkan Al-Quran memberikan petunjuk yang sangat jelas dalam hal ini.

Mungkin pendapat ulama dipengaruhi dengan uruf dan suasana ketika itu.

Yang jelas jangan menghalalkan sesuatu mengikut nafsu dengan hujjah sunnah yang anda sendiri pun tidak faham tentangnya.

Selamatkan kanak-kanak..

0 ulasan: