Sudah lama saya tidak mengunjungi rumah siber saya ini. Banyak peristiwa yang berlaku. Kadang kala ingin menulis apa yang dirasai, namun lebih baik berhati-hati. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Sudah lama kitab-kitab tidak dibelek. Jauh di hati, perasaan rugi menyelami diri. Alangkah baiknya jika saya terus menyambung MA. Namun, hidup ini bukan begitu. Tekanan dan keperluan lebih perlu diutamakan daripada kemahuan.
Hidup ini bukan kita yang tentukan, namun kita melakukan apa yang ditentukan.
Memang niat dihati ingin terus mengkaji dan mentakhrij hadith, namun semangat itu tersentak apabila 4 kelas pelajar tingkatan 2 MRSM tidak tahu menahu tentang hadith nabi.
Memang teringin menerjah alam fiqh moden namun mendengus seketika ada pelajar yang tidak solat semata-mata kerana sukan.
Mereka ini begitu dahagakan rohani agama. Siapakah yang akan membimbing mereka nanti.
Minggu ni minggu terakhir ustaz di MRSM.
0 ulasan:
Post a Comment