Alhamdulillah, dalam mesyuarat jabatan baru-baru ini saya bersuara supaya diberi peluang untuk membentangkan modul kembara mencari tuhan. Lebih sebulan di sini, saya cuba melihat apakah pendekatan yang sesuai kepada pelajar aliran bukan agama untuk mereka memahami apakah itu islam dari laur kaca mata akademik.
Islam itu indah, islam itu saintifik, islam itu fitrah, islam bukan sekadar agama.
Sebab itu untuk mejadikan islam agama terbaik mestilah dibandingkan dengan agama lain. Maka, dalam modul ini saya memperkenalkan pembelajaran islam melalui konsep perbandingan agama.
Bermula dengan isu ketuhanan hinggalah cara hidup.
Alhamdulillah, saya berjaya membentangkan dengan baik walaupun saya mengharapkan saya dapat mengadakan dengan suasana yang lebih baik.
Terima kasih kepada Timbalan pengetua, Puan Awaliah, Ketua Jabatan, Cikgu Aida, Kauselor, Cikgu Farid, Ustaz Salleh, Ustaz Kamal, Ustaz Shah, Cikgu Ain, Cikgu Lia, Cikgu Rosni dan ramai lagi yang memberi sokongan kepada saya.
Teruja melihat peserta-peserta yang begitu bersemangat. Pada pembentangan pertama semuanya memberi tumpuan, cuma slot ke dua dan ketiga pelajar agak kurang selesa dengan suasana surau.
Apa pun ini satu penghargaan kepada saya bukan sekadar memenuhi cuti cikgu yang bersalin semata-mata.
Ke Mana Selepas Ini.
Selepas pembentangan saya bersarapan bersama kauselor dan Puan Awaliah. Apabila ditanya berkenaan masa depan, saya cuma memberi respon kemungkinan besar saya bekerja di bahagian zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terenggganu.
" Tak sesuailah, awak ada ilmu, menulis buku. Sepatutnya mengajar kan" Respon Puan Awaliah.
" Demo kena jadi orang sosial, bukan pentadbiran" Komen Cikgu Farid yang cuba berdialet timur dengan saya.
Apa pun, saya sentiasa mengharapkan jalan untuk itu sentiasa terbuka. Benar, tekanan hidup sentiasa menjadikan manusia melupakan tanggungjawab dan minat mereka semata-mata...
Kerja tetap..
Gaji..
Akhirnya, mereka yang mendalami ilmu kemanusiaan gagal memainkan peranan.
Mereka yang sepatutnya membentuk dibentuk.
Kembara Mencari Tuhan..
0 ulasan:
Post a Comment