Antara perkara yang saya lakukan ketika menjadi cikgu sambilan di MRSM Kuala Klawang, setiap kali kelas saya hampir ke penghujungnya, saya akan minta pelajar tuliskan soalan mereka di atas kertas kosong dan saya akan menjawabnya di kelas akan datang.
Selain dapat mengetahui masalah mereka dalam agama, saya juga dapat menilai tahap pemikiran dan pandangan mereka terhadap agama.
Ada beberapa 'orang' meremehkan usaha tersebut. Yang menjadi sasarannya pelajar.
" Ada ke patut ini pun tak tau"
Sapa seorang ustaz apabila membaca soalan yang berbunyi " ustaz, mengapa orang perempuan ramai masuk neraka daripada lelaki sedangkan tanggungjawab kita sama"
" Budak-budak ni main-main je. tak leh layan"
'kritik' seorang ustaz apabila dalam 30 soalan tersebut ada nota yang bertanya " ustaz pandai main takraw,jomlah ke padang"
Wahai orang yang bergelar agamawan, anda bercakap dengan orang yang jahil dan yang masih kebudak-budakkan, bukannya orang yang alim macam anda.
Lupakan seketika.
Saya sangat suka pendekatan Ustaz Azhar Idrus dalam menjawab soalan-soalan yang biasa ditanya oleh pendengar. Bukan pendekatan humornya yang sentiasa menghangatkan keadaan, namun laras bahasanya sangat sesuai untuk masyarakat yang awam.
Tidak perlu pelbagai pendapat yang memeningkan.
Tidak perlu menggunakan istilah talfiq.
Jadikan semua pendapat milik islam bukannya mazhab.
Teringat saya, ulama pernah menyebut syarat menjadi mufti, seseorang itu hendaklah berada dalam masyarakat untuk tempoh tertentu. Ini bukan suatu yang pelik kerana masyarakat adalah 'pelanggan' bagi mufti dan orang agama.
Kita bukan sekadar ulama, kita adalah kaunselor, doktor, guru, dan bapa kepada mereka yang bertanya. Boleh jadi jawapan yang kita nyatakan membuka ruang kepada orang yang bertanya untuk terus ber'agama'. Boleh jadi jawapan yang diberikan menjadikan orang tersebut jauh daripada agama.
Ilmu ini tidak diajar di Kuliah Syariah, namun akan dapat sekiranya kita banyak memahami masalah orang dan menghayati tanggangjawab kita bukan sekadar 'ustaz'.
1 ulasan:
Salam Ifwat,
teruskan usaha murni anda. jangan biarkan masyarakat kerugiaan. berilah sebanyak mungkin untuk menerima daripada-Nya.
semoga terus berjaya dalam apa juga ko buat.
Post a Comment