Saturday, April 24, 2010

Dari " Saya Datang Kerana Ukhuwwah" ke "Minda Atasi Upaya"

Tahun 2010, ada signifikasinya yang tersendiri. Tahun ini berlangsungnya Piala Dunia, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan pelbagai lagi sukan-sukan dwi-tahunan mahupun tahunan. Sukan membawa erti yang besar kepada masyarakat global, negara ataupun kelompok yang lebih kecil seperti kampung dan keluarga.

Pasukan bola sepak Iran dan Amarika boleh bertemu dengan persaudaraan di medan permainan. Korea Utara boleh menyertai sukan Asia tanpa prejudis oleh lain-lain negara. Itulah medan sukan, bukan sekadar perjuangan mengejar kemenangan dengan menghalalkan apa sahaja cara.

Sempena KARISMA 2010 di Mafraq, persedian dan promosi cukup baik. Cukup positif untuk tuan rumah Mafraq dan yang lebih penting MPPM. Hingga kini program MPPM semakin cemerlang dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli. Inilah menjadikan MPPM sentiasa relevan di mata ahli.

Minda Atasi Upaya, satu tema yang cukup mudah difahami untuk sama-sama direalisasikan. Sukan tidaklah terlalu sukar falsafahnya. Bagi yang memikirkan secara logik semata-mata pasti tidak akan menemui titik matlamatnya.

Bagi yang melihat sukan bola sepak adalah satu kebodohan dengan hanya mengejar satu bola untuk memasukkannya ke dalam gawang ditengah-tengah panas, itu satu pandangan yang silap. Hakikatnya, bukan bola itu yang dipandang, namun kebijaksanaan mengatur strategi, semangat berpasukan, kesungguhan yang tiada batasan dan yang paling penting sentiasa wujud nilai ukhuwwah dengan pihak lawan.

Falsafah yang cukup berbeza dengan peperangan politik, cukup berbeza dengan melakukan kerja sia-sia.

Maka, sukan seharusnya dilihat dengan minda, hati dan apa yang lebih penting mata ukhuwwah.

Dalam kejohanan nanti anda akan melihat suara dan tempikan yang begitu kuat,anda akan melihat mereka yang sebelum ini lembut bertukar watak, mereka yang kelihatan biasa menjadi hebat.

Anda tahu apa sebebnya

Kerana Minda boleh mengatasi Upaya

Bersukanlah, tunjukkan kehebatan anda digelanggang yang sebenar. Bersukanlah dengan ukhuwwah.

Semoga Berjaya KARISMA 2010.

1 ulasan:

ainshams said...

salam,
walau jauh di Msia, terima kasih kerana tetap memberikan sokongan terhadap program MPPM di Jordan.
smg ust terus sukses!