Tuesday, April 13, 2010

Berkawan Dengan Non Muslim

Malam itu ketika membahagikan kepada pelajar kelas-kelas saya buku 20 soalan lazim tentang islam, 10 soalan hindu terhadap islam dan 10 soalan kristian terhadap islam, Tiba-tiba saya disapa oleh Visha.

" Ustaz, kawan-kawan saya ramai yang minat kat ustaz. Ramai yang cakap ustaz tahu macama-macam. Tapi kami tiada peluang untuk bertemu ustaz"

Terkejut saya dibuatnya. Terus saya menghadiahkan buku-buku tersebut padanya.

" Boleh tak kami nak jumpa ustaz?"

Sebelum ini, mereka ada menyertai kelas bahasa arab dan pendidikan islam saya, namun tidaklah begitu kerap. Hinggakan tersebar berita pelajar non muslim bertemu saya untuk memeluk islam, walhal sebenarnya mereka hanya ingin menyertai kelas pendidikan islam untuk menonton video islam.

Keesokan harinya, kami bertemu. Kelihatan Shris, Nava, Teena, Shadika, Annitta turut bersama saya. Dalam masa 30 minit di waktu rehat, saya mengambil kesempatan untuk bertanyakan cita-cita, keluarga, dan hobi mereka. Tidak lebih sekadar itu. Mereka menceritakan dengan penuh bersemangat.

Kemudian tiba giliran saya bercerita.Hanya pengalaman belajar dan hidup, tidak lebih dari itu. Khusyuk juga mereka mendengarnya.

Ramai mata-mata yang memandang kami. Samada pelajar atupun cikgu.

Kelas pendidikan islam terakhir untuk kelas 2 IR saya telah berjanji kepada pelajar untuk berdiskusi tentang agama hindu dan apa pertanyaan mereka terhadap islam. Modul yang digunakan adalah 10 soalan yang ditanya oleh orang hindu tentang islam.

Saya terkejut melihat non muslim turut berada dalam kelas sehinggakan saya tidak dapat menumpukan perhatian, risau mereka akan terasa diskusi tersebut.

" Teruskan ustaz, kami tak rasa apa-apa pun" sapa Visha ( pelindung kepada 5 unsur )

Selepas itu, pada waktu petang sekali lagi kami bertemu. Suasana agak ceria. Apa yang mereka ingin daripada saya, bagaimana kehidupan saya dan cita-cita.

Pada malam itu, giliran Vimal ( lelaki ) datang ke bilik saya. Kemudian menjemput saya ke bilik beliau berborak bersama rakan-rakan non muslim yang lain.

Alhamdulillah ini satu pengalaman kepada saya di MRSM.

Kembara Mencari Tuhan

p/s : sedang menunggu bas ke Kuala Terengganu

0 ulasan: